Felipe Leite: Selangor Pasukan Kuat Tapi Percaturan Kami Menjadi

Penyerang import skuad futsal Sabah, Felipe Leite melihat perancangan pasukan itu berjaya menjerat Selangor FC dalam aksi pertama Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL). Sabah meraih kemenangan 3-2 hari ini menerusi dua gol Leite pada minit keempat dan ke-23 serta Ahmad Azim Mohammad (minit ke-35). Merah Kuning membalas menerusi Syed Aizad Daniel Syed Nasir (minit ke-21) […]
MPFL: Sabah Cipta Kejutan Tundukkan Selangor

Selangor terpaksa menelan kepahitan setelah tumpas di aksi pertama Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2024 kepada Sabah. Aksi yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara (KSN) Panasonic, Shah Alam menyaksikan tuan rumah dikejutkan dengan jaringan awal oleh pemain import Sabah, Felipe Da Silva seawal minit keempat. Selangor lantas bangkit merencanakan serangan demi serangan namun ketangkasan penjaga […]
Felipe Leite Sasar Jadi Penjaring Terbanyak Di Malaysia

Penyerang import baru skuad futsal Sabah FA, Felipe Leite meletakkan sasaran menjadi penjaring terbanyak Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim 2024. Penyerang Brazil ini bukan asing dengan dunia futsal Asia Tenggara kerana pernah mewakili kelab Thailand, Bluewave Chonburi pada musim lepas. Semasa bersama kelab itu, beliau telah meledakkan 16 gol untuk membantu Bluewave Chonburi menduduki […]
Sabah Sedia Gegar Arena Futsal Malaysia

Pasukan Sabah FA hari ini telah memperkenalkan jersi dan senarai pemain yang bakal beraksi dalam saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) musim 2024. Dalam sebuah majlis di Crystal Crown, Petaling Jaya hari ini, Sabah memaklumkan bahawa skuad kendalian Patt Sriwijit bakal diperkuat dengan kombinasi tempatan dan beberapa bintang import. Ketua Jurulatih kelahiran Thailand, Patt Sriwijit […]
AFC MA Ranking: Australia Pintas Kedudukan Malaysia

AFC MA Ranking: Malaysia kini menghuni tangga ke-12 Asia selepas terhentinya perjalanan wakil terakhir negara, Sabah FC baru-baru ini. Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee terpaksa akur dengan keputusan yang diterima apabila tewas 3-0 kepada jaguh Australia, Macarthur FC. Keputusan itu menyaksikan The Rhinos berjaya menyumbangkan 5.000 mata kepada Malaysia hasil 4 kemenangan dan tiga […]
Rizal Ghazali Letak Kedah No. 1

Bek kanan kental, Rizal Ghazali sehingga hari ini masih menunggu tawaran rasmi daripada pasukan Kedah. Selepas berbakti bersama pasukan Sabah selama dua musim, Rizal memilih untuk meninggalkan skuad The Rhinos itu dan berhasrat untuk berhijrah ke pasukan lain. Dalam aksi Piala AFC antara Sabah dan Macathur pada semalam, nama Rizal tidak lagi disenaraikan dalam pasukan […]
Daniel Ting Anggap Tiada Aksi Kompetitif Ganggu Rentak Sabah

Pemain pertahanan Sabah FC, Daniel Ting mengakui ketiadaan aksi kompetitif menggugat rentak Sabah untuk aksi separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC. Selepas tamat kempen Liga Super musim 2023 pada 17 Disember lalu, skuad Badak tidak beraksi secara kompetitif selama lebih sebulan. Situasi ini tidak dibantu dengan empat tonggak skuad Badak iaitu Daniel Ting, Stuart Wilkin, […]
AFC Cup: Langkah Sabah Terhenti, Tewas Kepada Macarthur

Aksi AFC Cup antara pasukan Sabah dan juga Macarthur menyaksikan kemenangan memihak kepada tuan rumah dengan keputusan 3-0. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sukan Campbelltown itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik namun The Rhinos tampil tanpa kelibat pemain sayap sensasi, Saddil Ramdani. Aksi babak pertama berlangsung cukup baik dengan Macarthur kelihatan bersedia untuk mengekang […]
Bekas Jurulatih Sri Pahang Jadi Halangan Besar Sabah Di Asia

Sentuhan bekas jurulatih Sri Pahang bakal menjadi halangan terbesar wakil Liga Super, Sabah FC di Asia. The Rhinos bakal berdepan jaguh Australia, Macarthur FC dalam aksi separuh akhir Piala AFC Zon Asean yang bakal berlangsung pada 13 Februari 2024. Perjalanan Sabah bagaimanapun dilihat berdepan detik sukar apabila kepakaran bekas jurulatih Sri Pahang, Christophe Gamel kini […]
Info Siaran Langsung AFC Cup: Macarthur vs Sabah (Live Streaming)

Aksi separuh akhir AFC Cup Zon Asean menemukan wakil Malaysia, Sabah FC yang bakal membuat perhitungan dengan jaguh Australia, Macarthur FC. Skuad kendalian Ong Kim Swee mengharungi tempoh yang amat baik musim lalu apabila berjaya menamatkan saingan di tangga ke-3 Liga Super. The Rhinos bagaimanapun perlu berhadapan dengan lawan yang memiliki rekod cemerlang apabila tidak […]
AFC Cup: “Persiapan Sabah Seperti Dirancang” – Ong Kim Swee

Ketua jurulatih Sabah FC, Dato’ Ong Kim Swee menganggap segalanya berjalan seperti yang dirancang menjelang pertemuan dengan Macarthur FC. The Rhinos masih membawa cabaran Malaysia apabila mara ke peringkat separuh akhir Piala AFC 2023 zon Asean. Sungguhpun berdepan dengan lawan yang cukup hebat, bekas pengendali kebangsaan itu optimis untuk memastikan pasukannya memberikan yang terbaik untuk […]
Sabah Hilang Khidmat Saddil Ramdani

Pasukan Liga Super, Sabah FC berisiko kehilangan khidmat pemain sayap sensasi, Saddil Ramdani. Pemain berusia 25 tahun itu menjadi tunjang utama buat The Rhinos sejak beberapa musim kebelakangan ini dengan khidmatnya menjadi pilihan utama ketua jurulatih, Dato’ Ong Kim Swee. Sabah menjalani latihan lebih awal berbanding pasukan lain susulan bakal menempuhi aksi di pentas Asia […]
Lawan Sabah Terima Sentuhan Pemain Divisyen Dua England

Menjelang aksi separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC antara Sabah FC dan lawan mereka, Macarthur pada 13 Februari ini, wakil A-League itu dilaporkan telah memperkuatkan barisan pemain mereka. Salah satu nama yang dibawa masuk The Bulls ialah bekas bek tengah Ipswich Town dan New Zealand, Tommy Smith. Smith menyertai kelab itu secara percuma selepas meninggalkan […]
Rozaimi Rahman Kembali Berbakti Buat Sabah

Penyerang berbisa pasukan Sabah FC, Rozaimi Rahman membuat kepulangan bersama bekas pasukannya bagi saingan musim 2024/25. Pemain berusia 32 tahun itu sebelum ini hanya beraksi buat pasukan Liga M4, Machan FC namun berjaya mempamerkan aksi yang cukup memukau. Beliau berhasil meledak beberapa gol dan membawa pasukan ke tahap terbaik untuk bersaing dalam kancah liga. Sebelum […]
Kelab Indonesia & Thailand Jadi Pilihan Ong Kim Swee

Kelab Indonesia dan Thailand dijangka bakal menjadi lawan pasukan Sabah FC sebelum melangkah ke aksi separuh akhir Piala AFC 2023. Pasukan bimbingan Dato’ Ong Kim Swee membawa reputasi hebat di Asia selepas melayakkan diri ke pusingan berikutnya. Cabaran berikutnya yang menanti The Rhinos adalah wakil Australia, Macarthur FC yang kini turut berada dalam momentum yang […]
“Digugurkan Tak Bermakna Karier Saddil Ramdani Berakhir” – Ong Kim Swee

Ketua jurulatih Sabah FC, Dato’ Ong Kim Swee meminta agar Saddil Ramdani memahami situasi yang melandanya bersama kem Timnas Indonesia. Pengendali Sang Garuda, Shin Tae-yong membuat keputusan untuk menggugurkan Saddil Ramdani itu daripada skuad akhir di Qatar. Indonesia bagaimanapun berjaya mara ke pusingan kalah mati namun dibelasah oleh Australia dengan keputusan 4-0. Menerusi satu temu […]