Liga Super: Kuching City Pamer Bisa Tundukkan KL City Kali Kedua

Kuching City mempamerkan aksi berbisa apabila berjaya menewaskan cabaran KL City dalam saingan Liga Super di Stadium Negeri Sarawak. Sebelum ini Kuching City mencatat keputusan seri ketika melawan KL City di Stadium Cheras dan turut pernah menyingkirkan KL City 3-2 dalam saingan Piala FA 2024/2025. Aidil Sharin menurunkan barisan pemain hebat seperti James Okwuosa, Yuki […]

Pemain Pinjaman Dibenarkan Beraksi Menentang JDT

Pemain KL City, Ryan dan Declan Lambert dibenarkan beraksi menentang JDT meskipun status sebagai pemain pinjaman dari kelab tersebut. Ryan dan Declan sebelum ini telah diumumkan pada Februari lalu sebagai pemain baharu skuad juara Liga Super 2023 itu untuk musim akan datang setelah beberapa musim menyarung jersi KL City. Walau bagaimanapun, menurut Ketua Pegawai Eksekutif […]

Declan & Ryan Lambert Selangkah Pulang Ke KL City

Penyokong KL City FC berpeluang melihat Ryan dan Declan Lambert kembali menyarung jersi pasukan itu untuk musim 2024-2025. Wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran melaporkan dua pemain tersebut bakal kembali menyertai The City Boys secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). “Ryan Lambert semakin hampir kembali menyertai Kuala Lumpur (City) secara pinjaman. Beliau […]

KL City Semakin Hampir Sambar 2 Pemain Negeri Sembilan

Negeri Sembilan

KL City kini semakin hampir mendapatkan khidmat 2 pemain Negeri Sembilan bagi mengharung liga Malaysia musim 2024/25. Setelah kehilangan beberapa tonggak utama seperti Romel Morales, Declan Lambert, Ryan Lambert dan Akram Mahinan, KL City kini sedang giat meneruskan pencarian pemain baharu. Menurut perkongsian wartawan sukan Zulhelmi Zainal Azam, dua pemain Negeri Sembilan kini semakin hampir […]

JDT Muktamadkan Perpindahan Ryan & Declan Lambert

Pasukan gergasi selatan tanah air, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mengesahkan perpindahan dua bintang KL City FC, Ryan dan Declan Lambert. Perpindahan ini disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edwards menerusi satu kenyataan media hari ini. “Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menandatangani Azam Azmi, Manuel Hidalgo, Declan Lambert dan Ryan […]

Individu Mirip Ryan Lambert Dikesan Berlatih Bersama JDT

Ramai peminat Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) teruja kerana mereka percaya seorang lagi pemain tempatan telah menyertai pasukan itu. Ini selepas mereka melihat gambar-gambar barisan pemain JDT menjalani latihan pra-musim yang dimuatnaik Johor Southern Tigers. Satu gambar menarik perhatian mereka di mana seorang pemain kelihatan seperti pemain tengah KL City FC, Ryan Lambert. Pemain […]

Kelab Selatan Tanah Air Dilaporkan Buru Khidmat Ryan & Declan Lambert

Musim 2024-2025 bakal menyaksikan adik-beradik kembar yang mewakili KL City FC, Ryan dan Declan Lambert mengambil haluan baru. Ini selepas wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran mendedahkan mereka kini sedang menimbang tawaran daripada sebuah pasukan yang berpangkalan di selatan tanah air. “Difahamkan bahawa kembar Lambert iaitu Ryan dan Declan mungkin akan berpindah dari Kuala Lumpur. […]

Dua Kelab Handalan Liga Super Buru Khidmat Adik Beradik Lambert

Aksi konsisten dua tonggak KL City, Ryan dan Declan Lambert musim lalu berjaya memikat hati beberapa kelab di Liga Super. Ini selepas khabar angin yang mengaitkan dua pemain ini bakal berhijrah keluar sedang tersebar luas dalam kalangan peminat bola sepak tanah air. Menerusi ciapan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, dua pasukan gergasi Liga […]

KL City Hadapi Terengganu Tanpa Dua Perancang Utama

KL City dijangka bakal menghadapi gergasi Pantai Timur, Terengganu tanpa kelibat dua pemain utama menjelang aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia malam ini. Paulo Josue yang baru pulih daripada demam denggi tempoh hari telahpun mula menjalani latihan bersama KL City beberapa hari yang lalu namun pemain ini tetap tidak dapat diturunkan ekoran digantung perlawanan. Manakala […]

Ryan Lambert Sudi Sarung Jersi Kebangsaan

Menurut satu hantaran di laman Twitter, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam menyatakan bahawa pemain kacukan Malaysia-Australia, Ryan Edward Lambert akui sedia mewakili negara jika dipanggil jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe. Ryan juga menyatakan kesudian dan sentiasa mempersiapkan diri jika dipanggil beraksi bersama pasukan kebangsaan pada saingan Piala AFF Disember kelak. Persembahan cemerlang pemain […]