Piala MFL: Selangor Hentikan Deretan Kemenangan Sri Pahang

Perlawanan saingan Piala MFL petang ini menyaksikan skuad muda Selangor berjaya menghentikan ‘win streak’ hebat Sri Pahang di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang.  Skuad muda Sri Pahang ketika ini memegang rekod empat perlawanan tanpa kalah, manakala Selangor pula turun dengan misi mencuri tiga mata berharga di tempat lawan. Seawal minit ke-7 permainan, pemain tengah Selangor, […]

Selangor Perlu Tunggu Ruventhiran Lebih Lama

Selangor terpaksa melupakan khidmat Ruventhiran buat sementara waktu ekoran kecederaan yang melanda pemain bek kiri pasukan itu. Perkara tersebut dikongsikan oleh Nidzam Jamil, ketua jurulatih Selangor dalam program Nadi Bola di Astro Arena. “Alhamdulillah, perkara baiknya ialah kita dapat kurangkan senarai kecederaan kita. Saya fikir hampir semua pemain cergas kecuali Ruventhiran yang cedera semasa bersama […]

Ruventhiran Digugurkan Dari Skuad Harimau Malaya

Skuad Harimau Malaya menerima tamparan hebat apabila terpaksa menyisihkan bek kiri Selangor FC, V. Ruventhiran. Ini selepas pemain berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan semasa menjalani latihan bersama skuad kebangsaan. Khabar ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam. Disebabkan kecederaan itu juga, nama Ruventhiran juga tidak tersenarai dalam barisan pemain yang diturunkan menentang […]

V. Ruventhiran Mahu Manfaatkan Pengalaman Tewaskan Thailand

Pemain pertahanan skuad B-23 Malaysia, V. Ruventhiran melihat Thailand mampu ditewaskan menjelang aksi terakhir Kumpulan H yang berlangsung esok. Bek kiri Selangor FC itu berpandangan sedemikian kerana beliau pernah membantu skuad senior negara mengalahkan Gajah Perang dalam aksi separuh akhir Piala AFF 2022. Justeru, pengalaman itu mahu dimanfaatkan bagi membantu Harimau Muda mengalahkan Thailand dan […]

Ruventhiran Kurang Selesa Ditanya Berkenaan Kelab Waktu ‘National Duty’

Pemain pertahanan Harimau Malaya, V. Ruventhiran dilihat seakan kurang selesa ketika ditanya berkenaan kelab ketika sedang bersama kem kebangsaan. Tonggak baru Selangor FC itu berpendapat keutamaannya ketika ini adalah untuk membantu Harimau Malaya menjuarai kejohanan Piala AFF 2022. Ketika Ruventhiran ditanya seorang wartawan berkenaan perjalanannya bersama Selangor FC musim ini, pemain berusia 21 tahun itu […]

Selangor Tinggal Selangkah Sambar Tiga Bintang Harimau Malaya

Semi finalis Piala Malaysia 2022, Selangor FC kini berada pada landasan yang cukup baik untuk memperkuatkan pasukan apabila dikhabarkan bakal membawa masuk tiga muka baharu yang mewakili Harimau Malaya. Kemasukan jurulatih berpengalaman tempatan, Tan Cheng Hoe jelas memberi impak segera terhadap persembahan pasukan apabila tidak mencatatkan sebarang kekalahan setakat ini. The Red Giants cemerlang membenam […]

Debut Indah Ruventhiran

Pemain PJ City, Ruventhiran Vengedesen berjaya melengkapkan kaps antarabangsa pertamanya bersama skuad kebangsaan dalam aksi persahabatan antara Malaysia dan Brunei. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan Malaysia cemerlang menewaskan Brunei dengan keputusan 4-0. Ruventhiran yang diberi kepercayaan untuk turun dalam kesebelasan utama pasukan telah menampilkan aksi terpuji tatkala menjadi nadi kepada […]