Pemain Manchester United Kagum Corak Latihan Ruben Amorim

Barisan pemain Manchester United kagum dengan corak latihan yang diterapkan jurulatih baharu mereka, Ruben Amorim. Pengurus Portugal berusia 39 tahun itu dibawa masuk sebagai pengganti Erik ten Hag pada 1 November lalu. Walau bagaimanapun, Amorim perlu menunggu sehingga 11 November kerana memenuhi notis bersama kelab lamanya, Sporting Lisbon. Beliau akhirnya tiba bersama lima pembantunya di […]

Ruben Amorim Jujur, Beri Dua Sebab Terpikat Dengan Manchester United

Pengurus baru Manchester United, Ruben Amorim mengakui terpikat dengan kelab berkenaan kerana didorong oleh faktor sejarah dan jalinan hubungan dengan individu penting di kelab itu. Amorim tiba di Old Trafford sebagai pengendali baru United menggantikan pengurus sebelumnya, Erik ten Hag. Bekas pengurus Ajax Amsterdam itu dipecat selepas prestasi tidak menentu The Red Devils sejak awal […]

Amaran Awal Ruben Amorim Buat 5 Pemain Manchester United

Pengurus baru Manchester United, Ruben Amorim mengingatkan lima tonggak muda kelab berkenaan itu tampil konsisten untuk musim 2024/25. Lima pemain yang dimaksudkan ialah Alejandro Garnacho, Amad Diallo, Kobbie Mainoo, Rasmus Hojlund dan Leny Yoro. Garnacho dan Mainoo merupakan antara pemain yang menyerlah semasa era pengurus sebelumnya, Erik ten Hag. Manakala Diallo pula menunjukkan kualitinya terutama […]

Ruben Amorim Bawa Rekod 71% Kemenangan Ke Man Utd

Pengurus baru Man Utd, Ruben Amorim membawa rekod yang memukau penyokong dari kelab lamanya, Sporting Lisbon. Sejak menyertai Sporting pada Mac 2020, Sky Sports melaporkan jurulatih berusia 39 tahun itu merekodkan 162 kemenangan daripada 228 perlawanan atau 71% dalam semua kejohanan termasuk Liga Juara-Juara UEFA (UCL). Rekod ini cukup mengagumkan ditambah dengan lima trofi yang […]

Ruben Amorim Jurulatih Baharu Manchester United

Bekas pengurus Sporting Lisbon, Ruben Amorim sah dilantik sebagai pengurus Manchester United yang baharu. Perlantikan jurulath Portugal berusia 39 tahun itu diumumkan pengurusan The Red Devils menerusi satu kenyataan di laman sesawang rasmi pasukan. Ini sekaligus menamatkan desas-desus siapa calon pengganti jurulatih sebelumnya, Erik ten Hag. “Manchester United gembira untuk mengumumkan perlantikan Ruben Amorim sebagai […]

Sporting CP Untung RM66 Juta Kerana Man Utd

Kelab gergasi Portugal, Sporting CP meraih laba bernilai €14 juta (RM66 juta) disebabkan usaha Man Utd mendapatkan pengurus mereka, Ruben Amorim. Selepas memilih memecat pengurus Belanda, Erik ten Hag, pengurusan The Red Devils memilih Amorim sebagai calon utama untuk mengisi kerusi panas di Old Trafford. Walau bagaimanapun, Sky Sports mendedahkan United perlu membayar klausa pelepasan […]

Liverpool Sudah Temui Pengganti Jurgen Klopp

Liverpool bakal mendapat nafas baharu apabila seorang jurulatih kelahiran Portugal bakal menggantikan tempat Jurgen Klopp musim hadapan. Pengendali Sporting Lisbon, Ruben Amorim merupakan nama yang sedang hangat diperkatakan dan dikhabarkan dalam perjalanan ke Merseyside bagi menyertai kelab tersebut. Khabar angin perpindahan ini juga dikongsikan laman berita terkenal, Sky Sports Football bahawa Ruben Amorim telah bersetuju […]