ACL2: Selangor Raih Tiga Mata Berharga Tewaskan DH Cebu

Selangor FC berjaya meraih tiga mata berharga di laman sendiri selepas menewaskan wakil Filipina, DH Cebu dalam saingan AFC Champions League 2 (ACL2) Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan terbaik dalam misi mencipta kemenangan pertama bagi perlawanan kedua ACL2 kumpulan H. Selangor tidak menunggu lama untuk mendahului jaringan minit ke-2 permainan menerusi Yohandry Orozco selepas mudah menyempurnakan […]

Selangor Bayar Harga Mahal Tewaskan Terengganu

Selangor FC terpaksa membayar harga mahal untuk meraih kemenangan ke atas Terengganu FC dalam aksi terbaru liga pada 28 September lalu. Ini selepas penjaring terbanyak mereka dari Chile, Ronnie Fernandez tidak dapat meneruskan permainan kerana kecederaan peha. Keadaan ini memaksa pengendali Selangor, Nidzam Jamil memasukkan Aliff Haiqal Lau pada minit ke-65 untuk menggantikan Fernandez. Sebelum […]

Liga Super: Gol ‘Kilat’ Ronnie Fernandez Bantu Selangor Benam Terengganu

Terengganu terpaksa akur tewas di gelanggang sendiri kepada Selangor dengan jaringan 1-0 bagi saingan Liga Super. Tomislac Steinbruckner menurunkan kesebelasan terbaik yang dibarisi oleh Akhyar Rashid, Manuel Ott, Nurillo Tukhtasinov, Marin Pilj dan Safawi Rasid selaku kapten pasukan. Selangor pula menagih bisa Ronnie Fernandez, Ali Olwan, Alvin Fortes, Nooa Laine, Sharul Nazeem dan Safuwan Baharudin […]

ACL2: Taring Ronnie Fernandez Gegar Jaring Muangthong United

Penyerang sensasi Selangor, Ronnie Fernandez membuka akaun jaringan untuk pasukan Selangor di pentas AFC Champions League 2. Skuad Merah Kuning telah dijadual menentang Muangthong United dalam kempen ACL2 bagi perlawanan pertama di Stadium Rajamangala, Thailand. Biarpun pada babak pertama perlawanan Selangor dan Muangthong terikat tanpa jaringan, skrip berbeza terjadi kepada skuad kendalian Nidzam Jamil di […]

Liga Super: Ali Olwan Pacu Selangor Belasah Kuching City

Perlawanan saingan Liga Super minggu ke-10 malam ini menyaksikan Selangor berjaya membenam Kuching City di laman sendiri. The Red Giants menurunkan penggempur terbaru, Ali Olwan berganding dengan Ronnie Fernandez dan Alvin Fortez di jentera serangan.  Skuad kendalian Aidil Sharin juga membarisi barisan terkuat mereka, Jordan Mintah, Pedro Henrique dan Tchetche Kipre. Perlawanan bermula rancak apabila […]

ACL2: Selangor Sasar Juara Kumpulan

Selangor meletakkan sasaran bergelar juara peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2). Perkara ini dinyatakan sendiri oleh peledak import pasukan itu, Ronnie Fernandez bila ditanya tentang sasaran pasukan dalam saingan berprestij itu. Ini kali pertama Merah Kuning beraksi di peringkat Asia. Kali terakhir pasukan itu melakukannya pada 2016 menerusi saingan Piala AFC. Selangor berada dalam […]

Ronnie Fernandez Sedia Pimpin Selangor Ke Asia

Penyerang import Selangor FC, Ronnie Fernandez sedia mengetuai cabaran pasukan itu ke saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim 2024/25. Selangor layak beraksi dalam kejohanan itu selepas meraih gelaran naib juara Liga Super musim 2023. Ini kali pertama Selangor beraksi di peringkat Asia sejak kempen Piala AFC musim 2016. Kempen ACL2 menyaksikan Merah Kuning berdepan […]

Liga Super: Selangor Bawa Pulang Tiga Mata Berharga Dari Sabah

Aksi saingan Liga Super malam ini menyaksikan Selangor berjaya membawa tiga mata berharga menewaskan Sabah di Stadium Likas, Sabah. Skuad kendalian Nidzam Jamil turun dengan barisan terbaik mempertaruhkan Ronnie Fernandez, Alvin Fortes dan Reziq Bani di jentera serangan.  Sementara, anak buah Ong Kim Swee pula mahu menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri mendapatkan tiga mata […]

Dua Bekas Penyerang Malaysia Rungkai Kualiti Sebenar Ronnie Fernandez

Bekas penyerang Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha menyifatkan Ronnie Fernandez memiliki ciri seorang penyerang yang bagus terutama dari segi fizikal. Sejak menyertai Selangor FC pada awal musim 2024/25, penyerang berusia 33 tahun itu membantu pasukan itu merekodkan empat perlawanan tanpa kalah dalam saingan Liga Malaysia (Liga M). Ini termasuklah merekodkan tiga kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga […]

Alvin Fortes & Ronnie Fernandez Tinggalkan Impak Besar Di Indonesia

Dua pemain import Selangor FC, Alvin Fortes dan Ronnie Fernandez menunjukkan impak besar dalam kejohanan RCTI Premium Sports yang berlangsung semalam. Ini selepas Selangor mengumumkan kedua-duanya masing-masing dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan dan Pemain Terbaik Kejohanan. Fortes dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan kerana menunjukkan persembahan konsisten dalam perlawanan akhir antara Selangor dengan Persija Jakarta semalam. […]

Nidzam Jamil Gembira Dengan Impak Ronnie Fernandez

Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil gembira dengan sumbangan yang dihasilkan penyerang Chile, Ronnie Fernandez kepada pasukan itu semalam. Perlawanan Liga Super antara Selangor dengan Negeri Sembilan FC menyaksikan Merah Kuning meraih kemenangan besar 4-0. Fernandez membuka akaun golnya untuk musim 2024/25 menerusi gol pada minit ke-57. Noor Al-Rawabdeh menggandakan kelebihan Selangor pada minit ke-67. Yohandry […]

Liga Super: Selangor Pamer Taring Berbisa, Mudah Tundukkan Negeri Sembilan

Perlawanan saingan Liga Super malam ini menyaksikan pertembungan diantara Selangor dan Negeri Sembilan di Stadium MBPJ, Petaling Jaya berakhir dengan keputusan 4-0. Skuad kendalian Nidzam Jamil menurunkan barisan sama seperti perlawanan lepas dengan jentera serangan pasukan diketuai oleh Alvin Fortes dan juga Ronnie Fernandez. Sementara Negeri Sembilan pastinya memburu kemenangan pertama dalam saingan Liga Super […]

Gandingan Faisal Halim & Ronnie Fernandez Mula Tunjuk Taring

Selangor FC

Gandingan dua pemain serangan Selangor antara Faisal Halim dan Ronnie Fernandez kini sudah mula menunjukkan taring. Dua pemain itu memainkan peranan penting dalam kemenangan besar Selangor ke atas Samut Prakan City dengan jaringan 6-0 dalam sebuah aksi persahabatan. Faisal Halim berjaya mencetak 1 gol manakala Ronnie Fernandez mencetak 2 gol. Baki 3 gol lagi disumbangkan […]

Ronnie Fernandez Mahu Bantu Selangor Julang Piala

ronnie fernandez-selangor

Penyerang baharu Selangor, Ronnie Fernandez mahu membantu Selangor menjulang piala bagi musim 2024. Pemain berusia 33 tahun itu yakin kehadiran dirinya mampu memperkuatkan lagi pasukan Selangor dan turut bercita-cita memenangi kejuaraan bersama kelab tersebut. Ronnie Fernandez hadir menggantikan bekas penyerang import Selangor pada musim lalu, Ayron Del Valle dan Richmond Boakye-Yiadom yang tidak disambungkan kontrak […]

Tan Cheng Hoe Puas Hati, Puji Pengganti Ayron Del Valle

Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe akhirnya boleh menarik nafas lega apabila Selangor berjaya membawa masuk Ronnie Fernandez sebagai penyerang utama pasukan untuk musim baharu. Terdahulu, Selangor dilihat agak pincang menjelang musim baharu selepas kehilangan dua penyerang berbisa pasukan iaitu Ayron Del Valle dan Richmond Boakye-Yiadom yang tidak disambung kontrak. Cheng Hoe berpendapat kehadiran […]

Nilai Pasaran Bintang Baharu Selangor Jatuh Mengejut

Nilai pasaran bintang baharu Selangor FC mengejutkan selepas turun dengan agak besar tatkala baru diumumkan sebagai pemain kelab tersebut. Pemain yang dimaksudkan itu ialah penyerang berbisa pasukan, Ronnie Fernandez yang menjadi bintang import kedua selepas pertahanan Uzbekistan, Umar Esmurodov. Pemain kelahiran Chile ini datang dengan reputasi hebat termasuklah pernah membantu negaranya dalam kempen Kelayakan Piala […]