Romel Morales Buka Akaun Jaringan Bersama JDT Pada Saat Genting

Pemain naturalisasi negara, Romel Morales membuka akaun jaringan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) pada saat yang amat genting. Skuad kendalian Hector Bidoglio menamatkan babak pertama menentang Kelantan DN dengan hanya satu jaringan. Hal ini memaksa pengendali berpengalaman itu menggantikan tiga pemain pada babak kedua dengan Romel Morales, Arif Aiman dan Feroz Baharudin dibawa masuk. Percaturan […]

Kim Pan-gon Sisih 4 Pemain Senior Hadapi Kyrgyzstan

Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon membuat keputusan untuk menyisihkan 4 pemain senior berdepan Kyrgyzstan bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menyenaraikan 26 pemain bagi menghadapi dua perlawanan kali ini terutamanya bagi melayakkan diri ke pusingan ketiga kejohanan. Antara pemain yang mencuri tumpuan ialah kepulangan peledak Kedah Darul Aman, Syafiq […]

“Romel Morales Perlu Kerja Keras, Kalau Tak Tempatnya Di JDT II”

Peledak naturalisasi negara, Romel Morales diingatkan untuk bekerja keras atau tidak tempatnya hanyalah di JDT II. Perkara ini disampaikan oleh dua lagenda bola sepak negara, Zaquan Adha dan juga Shahrom Kalam tentang ketiadaan bekas pemain KL City itu dalam skuad menentang Negeri Sembilan. Pemain kelahiran Colombia itu menyertai JDT daripada KL City dan beraksi dalam […]

KL City Hilang 4 Tonggak Penting Musim 2024/25

Liga Super musim 2024/25 menyaksikan KL City FC kehilangan empat tonggak utama yang membantu mereka ke final Piala FA musim 2023. Mengikut data Transfermarkt, empat tonggak tersebut ialah T. Saravanan, Azim Al Amin Kamaruddin, Akram Mahinan dan Romel Morales. Saravanan dan Azim masing-masing menyertai Sri Pahang FC dan Selangor FC. Sementara Akram pula beralih angin […]

“Saya Rasa Romel Morales Patut Dikeluarkan, Bukan Darren Lok”

Lagenda bola sepak negara, Safee Sali merasakan pertukaran untuk mengeluarkan Darren Lok berbanding Romel Morales telah memakan diri. Perkara ini dikongsikan olehnya di laman Sports Tarik berkenaan analisis aksi antara Harimau Malaya menentang pasukan ke-77 dunia, Oman. Safee berpendapat bahawa antara masalah lain yang mengganggu rentak permainan skuad kebangsaan adalah disebabkan beberapa pertukaran yang kurang […]

Romel Morales Buka Akaun Jaringan Bersama JDT

Penyerang naturalisasi kebangsaan, Romel Morales berjaya mencatat satu jaringan dalam aksi debut bersama Johor Darul Ta’zim. Penyerang baharu juara 10 kali Liga Super itu menjadi watak penting pasukan ketika membantu skuad kendalian Hector Bidoglio menewaskan kelab gergasi Singapura, Lion City Sailors dalam satu aksi persahabatan pra-musim. Diberi kepercayaan untuk turun dalam kesebelasan utama pasukan, Romel […]

Peledak Slovenia Calon Pengganti Romel Morales

KL City FC dilaporkan sibuk memburu peledak baru menggantikan Romel Morales untuk mengetuai jentera serangan mereka Liga Super musim 2024-2025. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam untuk segmen redONE Keluar Masuk Liga M di Nadi Arena semalam. Sebelum ini, The City Boys dilaporkan bakal mendapat khidmat Morales secara pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim FC […]

“Selepas Jaring Gol, Mereka Hanya Bermain Di Bawah” – Romel Morales

Biarpun skuad kebangsaan Malaysia tewas 0-2 kepada Oman dalam aksi kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 tempoh hari, pujian perlu diberikan kepada barisan pemain yang sentiasa berusaha mencari gol walaupun ketinggalan. Bagi penyerang Malaysia, Romel Morales, beliau berbangga dengan sumbangan semua rakan sepasukan yang sudah pun memberikan yang terbaik bagi mencipta sesuatu di Muscat, Oman. Selain […]

Pandangan Berbeza Tentang Gol Romel Morales Lawan Oman

Selepas Malaysia tewas 2-0 kepada Oman pada awal pagi tadi, satu perkara yang menjadi bualan hangat penyokong ialah gol Romel Morales yang dibatalkan pengadil. Gol yang disumbang Issam Al Sabhi dan Muhsen Al-Ghassani sudah cukup memastikan kemenangan buat tuan rumah. Bagaimanapun, gol Morales yang dibatalkan pengadil pada minit ke-80 menjadi bualan hangat penyokong. Skuad negara […]

Darren Lok Rungkai Keistimewaan Romel Morales Bersama Harimau Malaya

Penyerang pasukan Malaysia, Darren Lok memiliki pandangan tersendiri tentang kehadiran Romel Morales bersama Harimau Malaya. Pemain kelahiran Colombia itu dipanggil kali pertama bersama skuad kebangsaan pada aksi Piala Asia 2023 tempoh hari. Beliau tidak menunggu lama untuk mencipta impak apabila beraksi cemerlang termasuklah menjaringkan satu gol ketika bertemu Korea Selatan. Menerusi satu temu bual di […]

Romel Morales Kembali Ke KL City?

Khabar angin mula bertiup melibatkan penyerang kebangsaan, Romel Morales bakal kembali ke pangkuan KL City musim hadapan. Perkara ini dilaporkan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, bahawa Romel Morales, Ryan dan Declan Lambert yang telah menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal dipinjamkan semula ke skuad warga kota. ”Dan saya difahamkan juga, khabar angin bertebaran, walaupun […]

“Seri Dengan Korea Selatan, Gol Romel Morales Itu Penyudah KL City” – Khalid Samad

fa malaysia-paulo-romel

Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad mengingatkan bahawa kudrat dua tonggak KL City, Romel Morales dan Paulo Josue telah membawa kegembiraan kepada rakyat Malaysia. Beliau menjelaskan perkara ini dalam satu sesi sidang media berkenaan perkembangan pasukan The City Boys bagi musim 2024/25. Mengulas lanjut, Khalid memberitahu bahawa tunggakan gaji KL City […]

Romel Morales Buka Mulut Tentang Perpindahan Ke JDT

Penyerang berbisa baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Romel Morales membuka mulut tentang perpindahannya yang sudah terlerai baru-baru ini. Pemain naturalisasi negara itu baru sahaja selesai tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan di Piala Asia AFC 2023. Beliau juga memainkan watak penting apabila meledak gol ketiga negara untuk mengikat pasukan ke-25 dunia, Korea Selatan dengan keputusan 3-3. […]

JDT Jadi Destinasi Baharu Romel Morales

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan ketibaan pemain naturalisasi baharu, Romel Morales. Pemain berusia 26 tahun itu sudah berbakti hampir 6 tahun di Malaysia sebagai pemain import. Beliau juga beraksi cukup cemerlang bersama pasukan Ibu Kota, KL City FC selama tiga musim dan membantu pasukan mara ke tiga final berbeza. Romel juga menjadi watak penting […]

Paulo Josue Puji Kerja Keras Romel Morales Untuk Malaysia

fa malaysia-paulo-romel

Paulo Josue memuji kerja keras yang dipamerkan oleh Romel Morales sewaktu pertama kali dipanggil menyarung jersi Harimau Malaya. “Saya rasa Romel seorang yang kuat bekerja keras dan bagus. Dia mampu belajar dan mendengar apa yang lain nasihatkan. Saya rasa dia layak dan merupakan aset penting untuk pasukan kebangsaan.” “Sudah tentu dua perlawanan awal dia sedikit […]

Kejayaan Romel Morales Bersama Malaysia Terima Pujian Orang US

Kejayaan pemain naturalisasi Malaysia, Romel Morales menjaringkan gol dalam aksi bertemu Korea Selatan bagi kempen Piala Asia 2023 telah membuka mata banyak pihak. Bagi Romel, beliau merasakan peluang mewakili Malaysia adalah satu peluang yang beliau sendiri tidak dapat menolak kerana kecintaan yang beliau miliki terhadap negara ini. “Ianya merupakan satu pengalaman yang indah bagi saya […]