Razman Roslan Kesan Kelebihan Syafiq Ahmad

Bekas pemain kebangsaan Malaysia dan Selangor, Razman Roslan berjaya mengesan impak yang dijelmakan oleh pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Syafiq Ahmad dalam aksi Liga Super menentang Selangor FC semalam. Kesungguhan dan komitmen Syafiq dalam aksi semalam turut diakui dua lagi bekas pemain bola sepak kebangsaan iaitu Dato’ Zainal Abidin Hassan dan Norshahrul Idlan […]

“Jersi Tak Penting, Tiga Mata & Bayar Hutang Lagi Penting” – Razman Roslan

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Razman Roslan menyifatkan kejayaan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) meraih kemenangan pertama liga amat penting buat pasukan itu. Ini kerana dengan kemenangan tersebut, pasukan utara tanah air itu tidak perlu lagi memikirkan isu potongan tiga mata yang dihadapi mereka untuk musim 2024/25. Sebelum ini, Sang Kenari dihukum denda RM50,000 dan […]

Razman Roslan Jumpa Formula Indonesia Cemerlang Di Piala Asia B-23

Bekas pertahanan kebangsaan, Razman Roslan merungkai formula yang membolehkan Indonesia cemerlang di pentas Piala Asia B-23. Skuad kendalian Shin Tae-yong mencipta kejutan alabila mara ke pentas separuh akhir di Qatar dan menjadi wakil tunggal Asia Tenggara. Pasukan senior Sang Garuda juga mengharungi kempen yang amat cemerlang pada awal tahun ini apabila mara ke pusingan kalah […]

Razman Roslan: Pra-Musim JDT Di Sepanyol Bukan Biasa-Biasa

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Razman Roslan menyifatkan persiapan pra-musim Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada tahap yang berbeza. Tidak seperti sesetengah pasukan yang mengadakan persiapan pra-musim baik di dalam negara atau negara jiran seperti Thailand dan Singapura, JDT memilih Sepanyol sebagai destinasi pra-musim. Semasa di Sepanyol, Harimau Selatan mengharungi tujuh aksi persahabatan dari kelab […]

“Dia Pemain Malaysia Yang Kita Tunggu-Tunggu Untuk Beraksi”

Bekas pertahanan kebangsaan, Razman Roslan menyebut seorang watak dalam skuad Malaysia yang dinanti-nantikan kemunculannya di Qatar. Pasukan bimbingan Juan Torres Garrido merekodkan dua kekalahan awal menentang Uzbekistan dan Vietmam sekaligus menyaksikan peluang untuk ke peringkat seterusnya tertutup. Skuad muda negara bagaimanapun masih memiliki peluang terakhir untuk merekodkan sekurang-kurangnya satu mata berdepan Kuwait. Beliau bagaimanapun optimis […]

Razman Roslan: VAR Di Malaysia? Mungkin Lebih Baik Atau Sebaliknya

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Razman Roslan memilih pendekatan tunggu dan lihat berkenaan perlaksanaan sistem video bantuan pengadil (VAR) dalam Liga Super musim 2024/25. Sebelum ini, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan perlaksanaan VAR dalam Liga Super bakal dibuat pada musim 2024/25. Pengenalan sistem tersebut dilihat dapat membantu meningkatkan mutu pengadilan liga ke tahap yang lebih […]

13 Pasukan Liga Super Tak Jejaskan Saingan Musim 2024/25

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Razman Roslan menyifatkan ketiadaan pasukan ke-14 dalam Liga Super musim 2024/25 tidak akan merencatkan kemeriahan liga. Ini bukan satu isu kerana itu langsung tidak menjejaskan tahap persaingan antara 13 pasukan dalam saingan Liga Super. Selain itu, ini dilihat tanda keseriusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam menangani isu pasukan bermasalah dari […]

“Filosofi Kim Pan-gon Sudah Sebati Dengan Harimau Malaya” – Razman Roslan

Bekas pemain kebangsaan Malaysia, Razman Roslan berpendapat filosofi yang diterapkan jurulatih Kim Pan-gon sudah sebati dengan Harimau Malaya. Razman Roslan juga percaya sekarang bukan waktu terbaik untuk memikirkan pengganti Kim Pan-gon sebaliknya skuad kebangsaan harus kekal fokus dengan misi meraih mata penting dalam dua aksi terakhir Kelayakan Piala Dunia. Malaysia berbaki dua perlawanan bertemu Taiwan […]

Razman Roslan: Kalau Dua Aksi Lawan Timor Leste Tak Payahlah

Bekas pertahanan negara, Razman Roslan mahu melihat skuad Malaysia memperoleh aksi kompetitif bertaraf tinggi sebelum berdepan Oman bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Beliau dalam satu perkongsian bersama Nindia Bola memberitahu bahawa perancangan tersusun harus dirangka oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon bagi mempersiapkan pasukan. Baru-baru ini, Presiden FAM, Dato’ Hamidin Mohd Amin memaklumkan bahawa skuad […]

“Peluang Mereka Masih Ada” – Razman Roslan

Lagenda bola sepak Malaysia, Razman Roslan menyifatkan peluang untuk mana-mana pemain dalam senarai bersedia masih terbuka untuk merebut tempat ke Piala Asia. Bekas pertahanan Selangor itu memberi penjelasan kepada Astro Arena berkenaan situasi kem kebangsaan yang sedang melakukan persiapan sebelum melangkah ke Qatar tidak lama lagi. Katanya, para pemain yang telah dipanggil oleh ketua jurulatih, […]

“Walaupun Sikit, Keputusan Pengadil Tepat”- Razman Roslan

Lagenda bola sepak negara, Razman Roslan merasakan bahawa keputusan pengadil untuk memberikan sepakan penalti kepada JDT adalah tepat. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim menyaksikan skuad Harimau Selatan mencatatkan kemenangan 4-1 di laman sendiri. Baca Lain: Selangor ‘Top 10’ Di Asia Aksi ini bagaimanapun diserikan dengan sepakan penalti yang diberikan kepada JDT selepas tandukan […]

Razman Roslan Anggap Pesaing Afiq Fazail Terlalu Ramai

Bekas pertahanan kebangsaan, Razman Roslan menganggap kedudukan Afiq Fazail terlalu ramai ketika ini dalam usahanya untuk merebut tempat ke Piala Asia. Pemain berusia 29 tahun itu pernah menyatakan hasrat untuk beraksi buat skuad kebangsaan di pentas tertinggi Asia itu namun yakin semuanya terletak di tangan ketua jurulatih, Kim Pan-gon. Beliau tahu bahawa peranan seorang pemain […]

“Ketika Bertahan Dia Akan Tekan, Sama Macam Safee Sali” – Razman Roslan

Kualiti yang dimiliki oleh penyerang utama Sabah FC, Darren Lok meraih perhatian bekas pertahanan kebangsaan, Razman Roslan. Penyerang berusia 32 tahun itu mencatat satu lagi jaringan untuk membantu The Rhinos layak ke peringkat separuh akhir Piala AFC antara zon Asean. Bintang kelahiran England-Malaysia ini terus diberi kepercayaan untuk memacu cabaran pasukan dan kini menjadi antara […]

“Adakah Kemenangan Sebenarnya Menyukarkan Malaysia?” – Razman Roslan

Bekas tonggak pertahanan kebangsaan, Razman Roslan tertanya-tanya tentang laluan yang bakal ditempuhi Malaysia selepas ini susulan dua kemenangan di pentas Kelayakan Piala Dunia 2026. Skuad bimbingan Kim Pan-gon kini mengemudi carta Kumpulan D dengan 6 mata selepas dua perlawanan hasil kemenangan berdepan Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei. Menerusi analisis yang dilakukan oleh Razman di Nindia […]

“Mungkin Dia Ada Tiket Khas Ke Piala Asia”-Razman Roslan

Lagenda bola sepak Malaysia, Razman Roslan memberi ramalan bahawa perancang tengah berbakat Johor Darul Ta’zim (JDT), Hong Wan berkemungkinan akan dipanggil oleh ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon pada saat akhir ke Piala Asia. Perkara ini dikongsikan menerusi satu analisis berdepan Kyrgyzstan dengan Harimau Malaya mencatatkan kemenangan penting 4-3 di laman sendiri. Menerusi kenyataan bekas pemain […]

Razman Roslan Beri Petunjuk Pemain Baharu JDT

Sejak beberapa musim yang lalu, Matthew Davies telah menunjukkan aksi konsisten bersama JDT dengan aksi bertemu Perak FC minggu lalu merupakan penampilan ke-100 buat pemain kacukan Malaysia-Australia itu. Biarpun ada persaingan sihat yang diberikan oleh Syahmi Safari di posisi pertahanan kanan JDT, namun ianya masih belum mencukupi untuk menembusi kesebelasan utama JDT buat masa ini. […]