3 Tonggak JDT Dipinjamkan

3 tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah dibawa pinjam ke kelab lain bagi saingan musim 2024/25. Skuad kendalian Hector Bidoglio mengharugi musim cemerlang apabila kini mendahului carta saingan Liga Super. Harimau Selatan juga memulakan langkah di pentas Asia dengan cukup baik apabila berjaya merekodkan 4 mata daripada 3 perlawanan awal. Kehadiran beberapa watak baharu dalam […]
Kuching City Terpaksa Lupakan Khidmat Danial Amier & Ramadhan Saifullah

Kuching City FC terpaksa melupakan khidmat Danial Amier Norhisham dan Ramadhan Saifullah menjelang aksi Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Danial dan Ramadhan tidak dapat beraksi disebabkan status mereka sebagai pemain pinjaman JDT. Perkara ini turut disahkan pengendali Kuching City, Aidil Sharin Sahak. Danial menyertai pasukan yang berpangkalan di Kuching, Sarawak itu […]
JDT Lepaskan 3 Pemain Secara Pinjaman

Juara bertahan Piala FA 2024, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah melepaskan 3 pemain secara pinjaman. Skuad Harimau Selatan mengharungi kempen cemerlang musim ini apabila tidak tewas dalam mana-mana kejohanan musim ini. Persaingan merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan telah menyebabkan beberapa pemain utama pasukan dilepaskan secara pinjaman. Pemain sayap lincah JDT, Ramadhan Saifullah menjadi tonggak […]
Ramadhan Saifullah Sarung Jersi Kuching City

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Ramadhan Saifullah sah menyarung jersi Kuching City untuk baki saingan Liga Super 2024-2025. Pengumuman ini dibuat menerusi satu hantaran video di akaun media sosial Kuching City yang memperkenalkan pemain kelahiran Johor ini sebagai muka baharu pasukan. Ramadhan yang berusia 24 tahun hanya beraksi sebanyak 3 kali sahaja bersama skuad […]
Pemain Tempatan JDT ‘Buka Mata’ Orang Sepanyol

Rekod hebat yang ditunjukkan oleh jaguh Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) mula menjadi bualan media Eropah. Skuad bimbingan Hector Bidoglio mengarungi kempen yang cukup baik selepas 5 perlawanan pra-musim di Alicente, Sepanyol. Harimau Selatan memulakan langkah dua aksi awal penuh bergaya selepas menundukkan Real Murcia (Divisyen 3) dan juga La Nucia (Divisyen 4) dengan keputusan […]
Tiga Pemain Malaysia Menyinar Di Eropah

Tiga pemain Malaysia berjaya menunjukkan kematangan beraksi di luar negara apabila menyinar dalam beberapa aksi di Eropah. Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini dalam momentum terbaik selepas mengadakan aksi pra-musim di Alicente, Sepanyol. Skuad kendalian Hector Bidoglio juga memberi peluang kepada muka-muka baharu untuk beraksi bagi mendapatkan rentak permainan sebenar. Beberapa […]
Magis Ramadhan Saifullah Julang JDT Di Sepanyol

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Ramadhan Saifullah mempamerkan aksi memukau dalam perlawanan pra-musim di Sepanyol pada awal pagi Selasa. Pada aksi persahabatan menentang Club Costa City, JDT tampil dengan aksi bertenaga untuk membelasah kelab Sepanyol itu 7-0 dengan dua gol di babak pertama dan baki lima lagi gol dijaringkan di separuh masa kedua. Namun […]
Ramadhan Saifullah Selangkah Berkelana Di Luar Negara

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Ramadhan Saifullah dikahabarkan akan mengembangkan lagi kariernya di luar negara. Bintang muda berusia 21 tahun itu bergelut dengan siri kecederaan yang menyaksikan beliau tidak banyak beraksi musim ini. Namun begitu, beliau difahamkan sudah pulih sepenuhnya bakal mengikut jejak langkah rakan sepasukan, Safawi Rasid untuk beraksi di luar Liga […]
Ramadhan Saifullah Sertai BG Pathum United?

Selepas pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid menyertai kelab Liga 1 Thai, Ratchaburi FC berkemungkinan pemain sayap lincah JDT, Muhammad Ramadhan Saifullah pula dikatakan bakal ke BG Pathum United. Pemain muda ini merupakan antara sayap sensasi pasukan Harimau Selatan namun beliau sering diturunkan sebagai pemain gantian. Persaingan yang hebat di JDT dan kekurangan […]
‘Super-Sub’ Ramadhan Warnai Santapan Moreh JDT

Aksi pertama kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) menyaksikan pertembungan di antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Guangzhou FC. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu berkesudahan dengan kemenangan milik JDT, 5-0. Ramadhan Saifullah telah diberi kepercayaan oleh pengendali JDT, Benjamin Mora untuk masuk menggantikan Arif Aiman pada minit ke-74 permainan. Ramadhan berjaya membalas kepercayaan […]
Jentera Serangan Malaysia Dipenuhi Prospek Muda Berkualiti Walaupun Tanpa Pemain Naturalisasi

Skuad kebangsaan Malaysia menggunakan barisan serangan 3 serangkai sewaktu aksi kelayakan Piala Dunia Jun yang lalu dimana skuad Malaysia dimantapkan lagi dengan kehadiran 2 pemain naturalisasi baharu iaitu De Paula dan Liridon Krashniqi. Namun Malaysia sebenarnya sudah mempunyai beberapa prospek muda yang mampu mengemudi jentera serangan dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Artikel ini lebih […]
TMJ: Lalat Tidak Akan Pernah Faham Bahawa Madu Lebih Lazat Daripada Najis

Tatkala saingan Liga Super musim 2021 berselang beberapa hari setelah perlawanan minggu ke-17 berlangsung, pasukan tangga teratas, Johor Darul Ta’zim bakal melayan kunjungan pasukan Sabah FC pada Ahad ini di Stadium Sultan Ibrahim pada jam 9 malam. Terbaru, lama rasmi Johor Darul Ta’zim ada mengeluarkan satu kenyataan mengenai dua pemain muda sensasi mereka iaitu Ramadhan […]
Ini Sebenarnya Yang Terjadi Pada Ramadhan Saifullah

Beberapa minggu sebelum ini, telah tular gambar dan artikel berkenaan status pemain muda Johor Darul Ta’zim JDT, Ramadhan Saifullah yang dikatakan mengalami kecederaan setelah aksinya gagal dikesan sejak saingan Liga Super disambung semula. Hal ini kerana nama Ramadhan tidak didaftarkan dalam skuad JDT pada beberapa aksi Liga Super sebelum ini. Pemain muda berusia 20 tahun […]
Ramadhan Saifullah Alami Kecederaan Jangka Panjang ?

Baru-baru ini pemain muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Ramadhan Saifullah ada memuat naik satu ciapan kata-kata motivasi dan semangat di laman rasmi Twitternya. Menerusi ciapan tersebut, akaun Twitter pemain sayap lincah JDT itu telah mendapat reaksi balas daripada rakan sepasukannya, Arif Aiman dan Akhyar Rashid. Kedua-dua rakan sepasukkannya itu menasihati Ramadhan agar kekal tabah […]
Ramadhan Permata Berharga JDT

Ketajaman penyudah pemain sayap lincah Johor Darul Ta’zim (JDT), Ramadhan Saifullah terbukti apabila beliau berjaya merobek gawang pasukan Nagoya Grampus dalam aksi kumpulan G kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) malam tadi. Jaringan tersebut cukup bermakna buat pemain yang menyarung jersi bernombor 17 kerana ia merupakan gol pertamanya di pentas saingan berprestij itu. Walaupun perlawanan tersebut […]