Jurulatih Malaysia Bangga ‘Pemain Berjuang Hingga Saat Akhir’

Jurulatih Malaysia, Rakhpol Sainetngam berbangga dengan usaha keras para pemain yang berjuang ketika tumpas di tangan Thailand dalam aksi peringkat kumpulan Kejuaraan Futsal Asean. Dalam aksi tersebut, tiga gol menerusi Atippong Munplhai, Thanawat Koedbangrachan dan Therdsak Charoenphong memastikan Thailand meraih 3 mata berharga untuk mara ke separuh akhir. Walaupun kapten pasukan, Abu Haniffa berjaya merapatkan kedudukan […]
Rakhpol Sainetngam Panggil 3 Watak Baharu Ke Vietnam

Jurulatih skuad futsal Malaysia, Rakhpol Sainetngam melakukan sedikit perubahan menjelang dua aksi persahabatan menentang Vietnam di Ho Chi Minh City pada 6 dan 8 April ini. Jurulatih Thailand itu memanggil dua pemain Sabah FA, Faezwan Ashwandie Ahmad dan Wan Raziq Wan Zulhasmi serta kapten Selangor FC, Khairul Effendy Bahrin. Trio ini dipanggil bagi menggantikan Syawal […]
“Malaysia Mendahului Tapi Masih Kalah” – Rakhpol Sainetngam

Jurulatih skuad futsal Malaysia, Rakhpol Sainetngam mengakui kelebihan psikologi yang dimiliki Australia membantu pasukan itu meraih kemenangan semalam. Aksi terbaru NSDF Futsal Championship 2024 itu menyaksikan skuad negara pada awalnya mendahului 2-0 menerusi Ridzwan Bakri (minit ke-14) dan Syahir Iqbal Khan (minit ke-16). Bagaimanapun, Australia bangkit pada babak kedua dengan menyumbat empat gol. Awalluddin Mat […]
Thailand Medan Terbaik Uji Skuad Futsal Malaysia

Pengendali skuad futsal Malaysia, Rakhpol Sainetngam melihat Thailand sebagai medan terbaik untuk menguji kemantapan barisan pemain negara. Skuad futsal negara bakal beraksi dalam NSDF Futsal Championship Thailand 2024 yang bakal berlangsung dari 24 hingga 28 Mac ini. Kejohanan tersebut bakal menampilkan tuan rumah Thailand, Malaysia, Afghanistan dan Australia. Rakhpol melihat dengan penyertaan skuad negara dalam […]