Badrul Afzan Puas Hati Prestasi Rahadiazli Rahalim

Pemangku jurulatih Terengganu FC, Badrul Afzan Razali cukup berpuas hati dengan prestasi penjaga gol, Rahadiazli Rahalim. Musim 2024/25 menyaksikan penjaga gol berusia 23 tahun itu terpaksa menunggu peluang untuk menjadi penjaga gawang Terengganu. Ini disebabkan jurulatih sebelumnya dari Croatia, Tomislav Steinbruckner lebih cenderung memilih Suhaimi Husin atau Syed Nasrulhaq Syed Bidin sebagai penjaga gol utama. […]

Rahadiazli Rahalim Perlu Pertimbang Semula Cadangan Jurulatih?

Penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim mungkin perlu mempertimbangkan semula cadangan ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbrucker yang disuarakan pada penghujung musim lalu. Rahadiazli pernah dicadangkan oleh Steinbruckner untuk berhijrah ke pasukan lain memandangkan saingan sengit di posisi penjaga gol. “Untuk masa depannya, Abe (Rahadiazli) perlu ke kelab lain untuk menjadi penjaga gol nombor satu kerana […]

Juan Torres Sahkan Posisi Rahadiazli Ke Qatar Terpaksa Diganti

Pengendali Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Juan Torres Garrido mengakui terpaksa menyisihkan penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim akibat kecederaan. Perkara ini didedahkan beliau kepada media sebelum berlepas bersama delegasi Harimau Muda ke Qatar awal pagi ini. Ini menjadikan Rahadiazli sebagai pemain muda keempat negara yang terpaksa disisihkan untuk kempen Piala Asia B-23 2024. Sebelumnya, […]

4 Pemain Muda Digugurkan Dari Skuad Ke Qatar

Skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) bertolak ke Qatar awal pagi ini sebagai persiapan awal menghadapi Piala Asia B-23 2024. Pasukan yang dibimbing jurulatih Sepanyol, Juan Torres Garrido itu menyaksikan empat orang pemain muda disisihkan. Empat pemain tersebut ialah Azam Azmi Murad, V. Ruventhiran, Richard Chin dan Rahadiazli Rahalim. Hal ini dinyatakan oleh Garrido seperti […]

Rahadiazli Hampir Pasti Tinggalkan Terengganu

Penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim dikhabarkan selangkah untuk meninggalkan pasukannya, Terengganu FC. Berita perpindahan penjaga gol muda ini disahkan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Suhaimi ketika ditemu bual dalam rancangan Nadi Arena. “Di posisi penjaga gol, Rahadiazli Rahalim hampir pasti juga ucapkan selamat tinggal (kepada Terengganu)”, lapor Fadhirul. Sebelum ini, ketua jurulatih Terengganu, Tomislav […]

Tomislav Steinbruckner Dedah Punca Turunkan Penjaga Gol Ketiga Berbanding Rahadiazli

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner memberi sebab beliau menurunkan penjaga gol ketiga, Syed Nasrulhaq berbanding Rahadiazli dalam aksi terakhir kumpulan G Piala AFC pada Rabu. Beliau yang ditemui pada sidang media selepas perlawanan berkata Rahadiazli tidak dipilih kerana kecederaan ringan yang dialami beliau di bahagian lututnya dan beberapa kesilapan yang dilakukan beliau pada aksi-aksi sebelum […]

Tomislav Steinbruckner: Rahadiazli Perlu Cari Kelab Lain

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner memberitahu bahawa penjaga gol utama pasukannya ialah Suhaimi Husin sambil berharap agar Rahadiazli mencari tempat baharu untuk menjadi penjaga gol utama pasukan. Dalam satu kenyataan pra perlawanan sebentar tadi, pengendali kelahiran Croatia itu memberitahu bahawa beliau sudah membuat keputusan mengenai penjaga gol yang bakal diturunkannya. Beliau sedar banyak pihak […]

Rahadiazli Rahalim Perlukan Sokongan Untuk Bangkit Semula

Seorang pemerhati bola sepak tempatan berpandangan penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim memerlukan sokongan untuk memulihkan kembali prestasinya. Pandangan tersebut diutarakan pemerhati bola sepak Terengganu, Piang Shankly susulan kesilapan terbaru yang dilakukan Rahadiazli dalam perlawanan Penang FC-Terengganu semalam. Tindakan penjaga gol skuad bawah 23 tahun negara itu merempuh pemain Penang dalam kotak penalti mengakibatkan tuan […]

Tindakan Rahadiazli Dipersoal Penyokong Terengganu

Hasrat Terengganu FC mencuri tiga mata dari Stadium Bandaraya hari ini tidak kesampaian apabila dikecewakan jaringan penalti saat akhir Penang FC yang disudahkan Rafael Vitor sekali gus mengakhiri perlawanan dengan keputusan seri 1-1. Namun disebalik keputusan seri tersebut, penyokong Terengganu dilihat tidak bersetuju dengan tindakan penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim yang melakukan kekasaran ke […]

Tomislav Steinbruckner: Masa Depan Pemain Muda Terengganu Cerah

Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner yakin dengan masa depan para pemain muda Terengganu berdasarkan prestasi semasa yang ditonjolkan mereka ketika ini. “Saya boleh katakan dalam pasukan Terengganu FC ini, makin ramai pemain muda yang bakal menonjol selepas ini. Sebagai contoh, anda boleh lihat kualiti yang ada pada Safwan Mazlan, Ubaidullah Shamsul dan beberapa pemain lagi. […]

AFF U23: Rahadiazli Bangkit Selepas Disisihkan

Penjaga gol Terengganu FC dan skuad bawah 23 tahun (U23) Malaysia, Rahadiazli Rahalim dilihat semakin yakin apabila diturunkan pengendali skuad U23 Malaysia, E. Elavarasan pada aksi pertama kumpulan B Piala AFF U23 menentang Indonesia pada Jumaat. Penjaga gol tinggi lampai itu menjadi penjaga gol utama skuad ‘Harimau Muda’ sekali gus mengetepikan dua penjaga gol lain […]

Rahadiazli Tak Rela Tragedi Lama Berulang

Penjaga gol muda berpotensi negara, Rahadiazli Rahalim tidak mahu menanggung duka lagi tatkala bakal berdepan dengan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT). Kedua-dua pasukan bakal berdepan sesama mereka bagi aksi Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, 24 Februari ini. Pemain yang mesra disapa Abe ini bagaimanapun yakin dengan percaturan jurulatih baharu, Tomislav Steinbrukner […]

Rahadiazli Akui Terkilan

Penjaga gol muda Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim mengakui sedikit terkilan kerana tidak dapat membantu Terengganu menjulang sebarang piala musim ini. Pemain berusia 21 tahun itu buat pertama kalinya tercalon dalam kategori Penjaga Gol Terbaik di Liga Super mengakui berasa teruja dan gembira apabila tercalon bersama-sama Syihan Hazmi dan juga Kalamullah Al-Hafiz. Mengulas lanjut, anak jati […]

Rahadiazli Kenang Keberanian Nafuzi Dua Tahun Lalu

Penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim berharap pengendali, Nafuzi Zain kekal membimbing Terengganu pada musim hadapan. Sebelum ini dikhabarkan Nafuzi ditawarkan kontrak oleh dua pasukan besar yang beraksi di saingan Liga Super 2023. Namun begitu tidak pasti sejauh mana kesahihannya. Rahadiazli ketika ditemubual dalam sesi latihan skuad kebangsaan berharap agar Nafuzi kekal di Terengganu kerana […]

Rahadiazli Mohon Maaf Kepada Peminat

Penjaga gol Terengganu FC (TFC), Rahadiazli Rahalim tampil memohon maaf secara terbuka terutamanya kepada peminat setia skuad penyu. Beliau akui gagal mempamerkan aksi yang cemerlang dalam perlawanan akhir Piala FA ketika menentang JDT kerana beliau percaya peminat meletakkan hasrat yang tinggi terhadap Terengganu untuk menjulang trofi Piala FA.  Beliau menjelaskan pasukannya telah memberikan sepenuhnya untuk […]

Kepercayaan Nafuzi Zain Terhadap Rahadiazli Tak Pernah Tergugat

Ketua jurulatih skuad Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain tetap memberi kepercayaan terhadap penjaga gol muda Terengganu, Rahadiazli Rahalim walaupun telah melakukan beberapa kesilapan. Rahadiazli yang dilihat melakukan tindakan kurang tepat apabila keluar dari posisinya hingga memberi peluang terhadap Bergson Da Silva meledak gol ketiga Johor Darul Ta’zim (JDT) pada final Piala FA di Stadium Nasional, […]