Penang Tempang Tanpa Rafael Vitor

Penang FC bakal beraksi menentang Sri Pahang FC tanpa kelibat kapten mereka dari Brazil, Rafael Vitor. Perkara ini disahkan sendiri oleh pengendali Sang Harimau Kumbang, Akmal Rizal Ahmad Rakhli. Vitor terpaksa disisihkan selepas mengalami kecederaan dalam aksi menentang KL City FC pada 29 September lalu. Akmal mengakui ketiadaan bek tengah berusia 31 tahun itu bakal […]
4 Import Liga Super Berpotensi Dinaturalisasi Menjelang 2025

Sekurang-kurangnya empat pemain import Liga Super Malaysia berpotensi untuk dinaturalisasikan kelab masing-masing menjelang tahun 2025. Seperti mana yang diketahui proses naturalisasi memerlukan seseorang pemain import itu beraksi di Malaysia untuk tempoh lima tahun berturut-turut. Park Tae-su (Sabah FC) Kapten pasukan Sabah ini sememangnya sudah boleh dinaturalisasikan apabila beliau sudah beraksi bersama Sabah sejak Januari 2019 […]
Safuwan Baharudin Ikut Jejak Rafael Vitor

Bek tengah Selangor FC, Safuwan Baharudin bukan pemain pertahanan pertama yang merekodkan jaringan hatrik dalam sejarah saingan Liga Malaysia (Liga M). Pemain pertahanan Singapura itu mencuri tumpuan apabila meledakkan hatrik dalam aksi separuh akhir kedua Piala FA 2024 menentang Terengganu FC pada 3 Ogos lalu. Tiga gol beliau dan satu gol daripada penyerang Jordan, Reziq […]
Rafael Vitor Meledak Aksi Ke-100

Kapten Penang FC, Rafael Vitor meraikan penampilan ke-100 bersama pasukan itu dengan meledakkan gol semasa menentang Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) baru-baru ini. Sejak menyertai Penang pada Januari 2020, tiada siapa menyangka bek tengah Brazil itu akan kekal di Pulau Pinang untuk satu tempoh yang lama. Justeru, tidak hairanlah aksi Liga Super menentang Kelantan […]
MPFL: Bergson Hadir Beri Sokongan Kepada JDT

Kelibat tonggak-tonggak import Liga Super diketuai Bergson da Silva memberi sokongan kepada skuad futsal Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mencuri tumpuan penyokong. Aksi terbaru Divisyen 1 Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) menyaksikan JDT turun menentang Shah Alam City di Stadium Bandaraya Pasir Gudang. JDT yang dibimbing Juan Antonio Miguel Garcia memburu kemenangan bagi melebarkan […]
Malaysia Bakal Peroleh Seorang Pertahanan Naturalisasi?

Skuad Malaysia yang dibimbing Kim Pan-gon berpotensi mendapat seorang pemain pertahanan berstatus naturalisasi. Ini selepas Pengurus Besar Penang FC, Jeffrey Chew mendedahkan pasukan itu kini menggerakkan proses naturalisasi untuk kapten dan bek tengah Brazil, Rafael Vitor. Proses pengumpulan dokumen rasmi sedang dijalankan dan Penang berharap dapat mendaftarkan Vitor sebagai pemain tempatan pada tahun depan. “(Rafael […]
Rafael Vitor Bakal Calon Naturalisasi

Sejak beberapa tahun lepas, Harimau Malaya diperkuat beberapa pemain naturalisasi seperti Paulo Josue dan Endrick dos Santos. Kini, Rafael Vitor dijangka berpeluang menyarung jersi Harimau Malaya atas sebab sama. Perkara ini didedahkan oleh wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran hari ini. Vitor dijangka layak mendapat status kewarganegaraan menjelang akhir tahun hadapan. Ini selepas bek tengah […]