Indonesia Tempang Tanpa Rafael Struick

Skuad Indonesia Bawah 23 Tahun (B-23) terpaksa mengharungi aksi separuh akhir Piala Asia B-23 2024 tanpa khidmat peledak utama, Rafael Struick. Struick tidak dapat diturunkan dalam aksi menentang Uzbekistan kerana perlu menjalani penggantungan satu perlawanan. Keadaan ini berlaku selepas beliau memiliki dua kad kuning sepanjang kejohanan. Struick sebelum ini mengutip kad kuning semasa menentang Jordan […]

Bintang Indonesia Kekal Di Eropah Lebih Lama

Pemain kacukan Indonesia, Rafael Struick menandatangani kontrak lanjutan untuk kekal beraksi di Eropah bersama kelabnya di Belanda. Berita lanjutan kontrak Rafael Struick ini disiarkan oleh Asean Football di laman Instagram yang menyaksikan pemain berusia 21 tahun ini diikat lebih lama oleh pasukannya, ADO Den Haag. “Penyerang pasukan kebangsaan Indonesia, Rafael Struick telah memperbaharui kontraknya secara […]

Kelayakan Piala Asia U23: Indonesia Mara Ke Piala Asia, Tewaskan Turkmenistan

Skuad B-23 Indonesia berjaya layak ke Piala Asia B-23 2024 sebagai juara Kumpulan K selepas menewaskan Turkmenistan hari ini. Selepas mengalahkan Taiwan 9-0 beberapa hari lepas, Indonesia berpeluang cerah ke Piala Asia B-23 2024 dengan syarat mereka perlu mengatasi cabaran Turkmenistan. Tuan rumah yang beraksi di Stadium Manahan, Surakarta mendapat sokongan padu penyokong termasuk Presiden […]

Kelayakan Piala Asia U23: Indonesia Bantai Taiwan 9-0

Skuad B-23 Indonesia memulakan kempen kelayakan Piala Asia B-23 2024 dengan bergaya apabila membelasah Taiwan 9-0 dalam aksi kedua Kumpulan K di Stadium Manahan, Surakarta hari ini. Hadir sebagai naib juara Piala AFF B-23 2023, Timnas Indonesia yang dibimbing Shin Tae-yong tampil garang pada babak pertama. Pemain tengah KMSK Deinze, Marselino Ferdinan membuka tirai jaringan […]

Indonesia Sah Terima Kehadiran Dua Lagi Pemain Naturalisasi

Skuad kebangsaan Indonesia bakal menjadi lebih kuat selepas ini. Ini selepas dua pemain Belanda, Rafael Struick dan Ivar Jenner sah bergelar pemain naturalisasi baru Indonesia. Perkara ini telah disahkan oleh Ketua Umum Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erich Thohir. Beliau menjangkakan kehadiran Struick dan Jenner bakal menjadikan Tim Garuda lebih kompetitif di bawah bimbingan Shin […]