Kemerduan Azan Tarik Perhatian Penyokong Mexico Di Qatar

Penganjuran Piala Dunia 2022 di Qatar bukan saja membuktikan keupayaannya menganjurkan kejohanan berprestij. Malah, ia juga menjadi medium dakwah bagi negara Teluk itu kepada pengunjung luar termasuk penyokong bola sepak. Ini dapat dilihat dalam satu video TikTok di mana seorang penyokong Mexico tertarik dengan laungan azan di Masjid Lusail, Lusail, Qatar. Video tersebut memperlihatkan si […]
Misteri Kehilangan Mbappe Dari Kem Latihan Perancis Akhirnya Terjawab

Penyerang berbisa Perancis, Kylian Mbappe telah mencetuskan keresahan dalam bilik persalinan pasukan apabila dilaporkan tidak menyertai latihan Selasa lalu. Pemain berusia 23 tahun ini difahamkan baru sahaja pulih daripada kecederaan buku lali uang dialaminya sebelum kejohanan Piala Dunia bermula. Malah, beliau segera memberi impak seperti yang dijangkakan apabila meledak 5 gol dalam 4 penampilan di […]
Maghribi Bakal Didenda Kerana Kibar Bendera Palestin?

Pasukan dari benua Afrika, Maghribi mencipta sejarah negaranya apabila berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir selepas menewaskan gergasi Eropah, Sepanyol menerusi sepakan penalti. Susulan dengan kemenangan itu, barisan pemain Maghribi dilihat mengibarkan bendera Palestin selepas tamat perlawanan sebagai solidariti terhadap negara tersebut. Adakah pasukan Morroco bakal didenda oleh FIFA? Merujuk kepada peraturan FIFA, adalah […]
Penyokong Wanita Piala Dunia Rasa Selamat Di Qatar

Sejak Piala Dunia 2022 diadakan di Qatar, negara tuan rumah itu sentiasa dirundung kontroversi terutama isu pekerja asing. Tetapi bagi ramai penyokong khususnya penyokong wanita, satu perkara sudah terbukti di situ: keselamatan mereka sentiasa terjamin. Sebelum ini, Qatar sentiasa dimomokkan dengan pelbagai label oleh media Barat seperti konservatif, menindas kaum wanita dan kolot. Keputusan tuan […]
Kad Hayya Piala Dunia Qatar Bantu Umat Islam Kerjakan Umrah

Ketika ini, pusingan kalah mati Piala Dunia 2022 sedang berjalan dengan dua perlawanan terakhir bakal berlangsung malam ini. Tetapi bagi sesetengah penyokong, ada yang mengambil kesempatan ke Qatar agar berpeluang mengerjakan ibadat umrah pada kadar yang berkemampuan. Salah seorang yang mengambil kesempatan ini ialah Ahashanuzzaman Shujan dari Bangladesh. Dia membeli dua tiket perlawanan pada 28 […]
Hero Piala Dunia Jepun Rungkai Kisah Korbankan Bola Sepak Demi Segulung Ijazah

Bintang Piala Dunia Jepun, Kaoru Mitoma sebenarnya pernah menolak peluang keemasan apabila beliau ditawarkan kontrak profesional bola sepak semata-mata mahu melanjutkan pelajaran di universiti. Pemain berusia 25 tahun itu merupakan bintang dalam pembikinan skuad matahari terbit itu apabila mereka kini berada pada landasan terbaik dalam kejohanan berprestij tersebut. Kisah perjalanan bekas bintang Kawasaki Frontale mencuri […]
Piala Dunia: Senegal Singkirkan Qatar

Hasrat tuan rumah, Qatar untuk bangkit daripada kekalahan 0-2 kepada Ecuador dalam perlawanan pertama Kumpulan A Piala Dunia 2022 tidak kesampaian. Ini selepas mereka tewas kepada Senegal di Stadium Al-Thumama dalam perlawanan kedua Kumpulan A hari ini. Qatar kelihatan lebih tersusun dan berdisiplin berbanding perlawanan pertama dan ini dapat dilihat pada babak pertama. Tetapi Senegal […]
Reaksi Spontan Warga Qatar Hadapi Media Israel Terima Pujian

Tular satu video yang menunjukkan reaksi spontan warga Qatar yang menolak untuk diwawancara daripada wartawan media Israel. Perkara tersebut berlaku di perkarangan Stadium ketika berlangsungnya Piala Dunia 2022 di Qatar. Wawancara pertama dimana seorang warga Qatar berjubah putih pada awalnya dilihat bersedia untuk diwawancara. “Adakah kamu penyokong Qatar?,” tanya wartawan Israel itu. “Ya, kamu daripada […]
Zakir Naik Islamkan 4 Pemuda Di Piala Dunia Qatar

Pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik berjaya mengislamkan empat orang pemuda dalam satu sesi syarahan ketika upacara perasmian kejohanan Piala Dunia Qatar 2022. Zakir Naik hadir ke Qatar atas jemputan penganjur untuk berucap menyampaikan syarahan agama sepanjang kejohanan. Ceramah pertamanya di Qatar hari ini berjaya membuka hati empat orang pemuda dan dengan izin Allah, mereka telah […]
Presiden FIFA Anggap Eropah Hipokrit Terhadap Qatar

Presiden FIFA, Gianni Infantino melabel negara-negara Eropah sebagai hipokrit terhadap negara penganjur Piala Dunia 2022, Qatar. Label hipokrit ini disebut dalam sidang media beliau menjelang perlawanan pembukaan kejohanan pada Ahad ini. Sebelum ini, FIFA dikecam kerana menganugerahkan hak tuan rumah kepada Qatar yang dikatakan mempunyai rekod buruk terhadap pekerja migran dan golongan minoriti. Isu ini […]
Mane Tetap Kena ‘Angkut’ Ke Piala Dunia

Bintang pasukan Senegal, Sadio Mane tetap disenaraikan bagi membawa cabaran negaranya di pentas Piala Dunia Qatar tidak lama lagi. Bekas bintang Liverpool ini sedang menikmati perjalanan karier yang amat baik sungguhpun baru sahaja meninggalkan kelabnya pada musim panas ini. Pemain berusia 30 tahun ini difahamkan telah mengalami kecederaan yang agak serius ketika bertemu dengan Werder […]
Kos Penginapan Di Qatar Serendah RM1000 1 Malam

Peminat bola sepak seluruh dunia berpeluang menonton aksi Piala Dunia di Qatar hujung tahun ini apabila penginapan yang disediakan hanya boleh didapati dengan kadar serendah RM 1000 satu malam. Piala Dunia ini dicanang sebagai salah satu penganjuran paling bersejarah apabila diadakan dalam keadaan yang serba lengkap. Malah, pihak penganjur bertungkus-lumus untuk mengadakan perlawanan Piala Dunia […]
Impian Sadio Mane Ke Piala Dunia Berkecai

Pemain sayap Bayern Munich, Sadio Mane dikhabarkan terlepas peluang untuk beraksi di Piala Dunia Qatar 2022 hujung tahun ini. Bintang kelahiran Senegal ini mengalami kecederaan ketika beraksi buat pasukan menentang Werder Bremen tempoh hari. Pemain berusia 30 tahun itu hanya bertahan selama 20 minit sahaja sebelum beliau terpaksa diusung keluar. Pada awalnya, kecederaan bekas bintang Liverpool […]
Blatter Menyesal Pilih Qatar Jadi Tuan Rumah Piala Dunia

Bekas Presiden FIFA, Sepp Blatter mengakui keputusan untuk memilih Qatar selaku tuan rumah ada satu tindakan yang silap. Blatter merupakan Presiden FIFA pada 2010 dan menjadi individu yang bertanggungjawab apabila jawatankuasa eksekutifnya secara kontroversi telah memilih Piala Dunia untuk diadakan di Rusia dan Qatar pada 2018 dan 2022. Walau bagaimanapun, bekas lagenda bola sepak berusia […]
Jurulatih Qatar ‘Intai’ Bakat Muda Malaysia

Jurulatih pasukan Qatar kini mula memberi tumpuan terhadap kemampuan pasukan muda Malaysia yang berjaya melangkah ke Piala Asia Bawah 17 tahun. Pasukan kendalian Osmera Omaro muncul selaku juara Kumpulan B selepas berjaya memperoleh tiga kemenangan dan juga satu seri untuk mengesahkan kemaraan. Keputusan memberangsangkan ini telah pun menarik perhatian banyak pihak tenyang kemampuan sebenar pemain […]
Southgate Percaya Harry Maguire Kunci England Julang Piala Dunia

Pertahanan kebangsaan England, Harry Maguire mendapat pujian yang melambung tinggi oleh jurulatih pasukan, Gareth Southgate berkenaan impaknya bersama England. Jurulatih berusia 44 tahun itu dikesan kekal memberi kepercayaan kepada kapten Manchester United ini untuk terus mengemudi benteng pertahanan pasukan. Kata Southgate, pemain berusia 29 tahun ini masih memiliki sentuhan terbaik untuk berada dalam kesebelasan utama […]