Teknologi Penghawa Dingin, Padang Bertaraf Dunia Antara Keunikan 9 Stadium Di Piala Asia Qatar

Kempen Piala Asia 2023 dijadualkan bakal bermula 13 Januari 2024 dengan perlawanan pembukaan melibatkan tuan rumah Qatar bertemu Lubnan di Stadium Lusail. Selain Stadium Lusail terdapat lapan lagi stadium yang bakal digunakan untuk kempen Piala Asia ini. Enam daripadanya telah menjadi venue untuk kejohanan Piala Dunia 2022 Qatar tahun lalu. Stadium Al Bayt Stadium yang […]
Sebuah Kelab Di Qatar Dijangka ‘Ganti’ Arab Saudi

Selepas Arab Saudi membatalkan aksi persahabatan menentang Malaysia, skuad negara kini memiliki pilihan alternatif sebagai persiapan Piala Asia 2023 di Qatar. Perkara ini didedahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dalam sidang media selepas majlis doa selamat sempena Piala Asia 2023 dan Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027. Beliau […]
Thailand Bawa Skuad Tempang Ke Qatar

Thailand mendapat tamparan hebat menjelang saingan Piala Asia 2023 di Qatar yang bakal berlangsung pada 12 Januari ini. SNE Sports melaporkan penyerang berbisa skuad Gajah Perang, Teerasil Dangda terpaksa menarik diri daripada pasukan yang dibimbing Masatada Ishii itu. Teerasil dilaporkan mengalami kecederaan ligamen kolateral medial (MCL) semasa perlawanan Thai FA Cup membabitkan BG Pathum United […]
Qatar Tak ‘Layan’ Malaysia, Pilih Kemboja

Hasrat Malaysia untuk berdepan tuan rumah Piala Asia, Qatar lebur apabila pasukan tersebut memilih Kemboja dan Jordan bagi aksi persahabatan. Skuad kendalian Kim Pan-gon sebelum ini merancang untuk berdepan Arab Saudi namun ketua jurulatih lawan, Roberto Mancini membuat keputusan untuk tidak bertemu Harimau Malaya. Hal ini susulan beliau menjangkakan akan bertemu Malaysia pada pusingan 16 […]
Malaysia Sasar Tiga Lawan Berprofil Tinggi Sebelum Ke Piala Asia

Malaysia mensasarkan untuk mencari lawan yang setara dengan Arab Saudi sebagai persiapan sebelum melangkah ke Piala Asia di Qatar awal tahun hadapan. Harimau Malaya mendapat khabar yang kurang baik selepas pasukan kebangsaan Arab Saudi telah membuat keputusan untuk menolak pelawaan bagi berdepan Malaysia dalam aksi persahabatan. Hal ini susulan kerisauan yang timbul oleh ketua jurulatih […]
Qatar Jumpa Jurulatih Baru Saat Akhir Ke Piala Asia

Susulan pemecatan Carlos Queiroz sebagai jurulatih Qatar, pengurusan Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA) bertindak segera untuk memilih penggantinya. Tidak sampai beberapa jam berita pemecatan jurulatih Portugal itu disiarkan, QFA mengumumkan perlantikan Tintin Marquez Lopez sebagai jurulatih baru The Maroons. Lopez atau nama sebenarnya Bartolome Marquez Lopez sebelum ini menggalas peranan sebagai jurulatih kelab Qatar, Al-Wakrah. […]
Jurulatih Qatar ‘Jejas’ Persiapan Pasukan Di Piala Asia

Persiapan Qatar untuk Piala Asia 2023 dijangka terjejas susulan berita jurulatih mereka, Carlos Queiroz telah dipecat. Akhbar The National melaporkan Queiroz telah diberitahu tentang perkara tersebut oleh pengurusan Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA) pada minggu lepas. Lantaran itu, bekas penolong jurulatih Manchester United itu telah berlepas ke Doha, Qatar pada Isnin lepas dengan keputusan dibuat […]
Kyrgyzstan Mahu Tampil Lebih Gagah, Atur 3 Aksi Di UAE & Qatar

Pasukan kebangsaan Kyrgyzstan kini sedang melakukan persiapan rapi apabila sudah pun mengatur tiga aksi persahabatan yang bakal berlangsung di Ameriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar bulan ini. Pasukan ke-98 dunia itu menerima tamparan hebat selepas dikecewakan oleh Malaysia pada aksi pertama Kelayakan Piala Dunia 2026. Sungguhpun begitu, pasukan bimbingan Stefan Tarkovic berjaya bangkit untuk mengejutkan […]
Piala Asia B-23: Malaysia Hadapi Tentangan Vietnam & Uzbekistan

Skuad bawah 23 tahun Malaysia berdepan ujian mencabar apabila diundi bersama tiga negara besar iaitu Vietnam, Uzbekistan dan juga Kuwait di Piala Asia B-23. Undian yang berlangsung di Al Bustan Ballroom, Wyndham Doha West Bay di Doha, Qatar menyaksikan perjalanan hebat yang bakal ditempuhi oleh anak buah Juan Torres Garrido. Undian tersebut menyaksikan Malaysia diundi […]
Kelayakan Piala Dunia: Qatar Cemerlang Benam Cabaran India

Qatar terus dominan dalam Kumpulan A apabila mengatasi cabaran pasukan dari Asia Selatan, India dalam aksi kedua kumpulan hari ini. Kedua-dua pasukan turun dengan motivasi yang tinggi selepas masing-masing meraih kemenangan dalam aksi pertama kumpulan. The Maroons masih segar dengan kejayaan membelasah Afghanistan 8-1. Sementara The Blue Tigers pula berjaya mengejutkan Kuwait 1-0 pada minggu […]
Juan Torres Laung Amaran Awal Kepada Pemain Malaysia

Pengendali baharu pasukan kebangsaan b-23 negara, Juan Torres Garrido memberikan peringatan awal kepada para pemain muda negara berkenaan tempat dalam pasukan menjelang Piala Asia U23 tahun hadapan. Jurulatih kelahiran Sepanyol itu memgambil alih peranan untuk melatih pasukan muda negara selepas dilepaskan oleh pengendali terdahulu, E. Elavarasan. Beliau menegaskan bahawa tiada ‘anak emas’ dalam skuad bimbingannya […]
Skuad Bawah-23 Malaysia Bakal Ke Qatar Lebih Awal

Persediaan buat skuad bawah 23 tahun negara kendalian Juan Torres Garrido sudah dibuat dengan skuad tersebut dijangka berlepas ke Qatar lebih awal iaitu pada Januari depan bagi membuat persediaan ke Piala Asia B-23 yang dijadualkan pada April tahun hadapan. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin dalam satu […]
Giliran Kemboja Uji Pasukan Piala Dunia

Pasukan kebangsaan Kemboja menerima perkhabaran yang amat besar apabila difahamkan akan berdepan dengan sebuah pasukan Piala Dunia tahun 2022. Menerusi satu perkongsian oleh laman Asean Football, Kemboja yang menghuni tangga ke-178 dunia itu bakal berdepan sebuah ujian hebat untuk menentang lawan yang bukan calang-calang. Pasukan bimbingan Félix Dalmás juga berada dalam momentum terbaik sungguhpun dikecewakan […]
Jutawan Qatar Tak Jadi Beli Manchester United

Jutawan Qatar, Sheikh Jassim bin Hamad al-Thani memilih untuk membatalkan hasrat mendapatkan kelab gergasi EPL, Manchester United. Keputusan ini telah disampaikan Sheikh Jassim kepada pemilik United, keluarga Glazers semalam. Beliau berbuat demikian kerana merasakan nilai jualan yang ditetapkan mereka sebagai tidak munasabah. Akhbar The Guardian mendedahkan The Red Devils bernilai £2.63 bilion (RM15 bilion) mengikut […]
Harga Tiket Piala Asia Qatar Bermula Serendah RM33

Dengan Piala Asia 2023 berbaki beberapa bulan saja lagi, Qatar mula menggerakkan jualan tiket kejohanan itu dengan harga serendah 25 riyal Qatar (RM33). Pengumuman ini dibuat oleh Ketua Bahagian Pemasaran & Promosi Piala Asia, Abdul Aziz Ali Almawlawi dalam satu sidang media hari ini. Beliau melihat penetapan harga tersebut sebagai munasabah dan berpatutan memandangkan ramai […]
Ini Sebab Malaysia Belum Menjadi Tuan Rumah Sukan Asia

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akhirnya mendedahkan sebab sebenar Malaysia belum bergelar tuan rumah Sukan Asia. Sebelum ini, ramai yang hairan mengapa Malaysia tidak menjadi tuan rumah temasya berprestij itu. Sedangkan negara memiliki pengalaman sebagai penganjur Sukan SEA sebanyak enam kali dan Sukan Komanwel edisi 1998. Bagaimanapun, Khairy mendedahkan soal kewangan sebagai sebab […]