AFC U-23 Asian Cup: Gol Minit Akhir Qatar Buat Jordan Menangis

Jaringan minit akhir dari Qatar memastikan pasukan tuan rumah itu layak ke suku akhir setelah menewaskan Jordan di Stadium Jassim Hamad. Jordan tampil meletakkan kepercayaan kepada gandingan duo penyerang utama, Sief Darwish dan Baker Kalboukeh. Qatar pula turun dengan trio serangan terbaik mereka iaitu Khaled Ali, Mohamed Gouda dan juga Tamem Mansour. Pemain pertahanan, Abdulla […]

AFC U-23 Asian Cup: 2 Kad Merah ‘Bantu’ Qatar Tumbangkan Indonesia

Indonesia ditewaskan Qatar dalam aksi saingan Kumpulan A, Piala Asia B23 2023 yang berlangsung di Stadium Jassim Hamad hari ini. Qatar turun dengan membariskan barisan ampuh sebagai tuan rumah dibawah kendalian pengendali dari Portugal, Ilidio Vale. Skuad Garuda pula mempertaruhkan Ernando Ari di benteng terakhir sebagai penjaga gawang pasukan. Babak separuh masa pertama tamat dengan […]

Qatar Bawa Aura Berbeza Bertemu Indonesia

Tuan rumah Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2024, Qatar bakal menunjukkan aura berbeza bila bertemu Indonesia esok. Ini kerana pasukan itu mahu mengambil inspirasi daripada kejayaan skuad senior Qatar yang menjulang Piala Asia 2023 beberapa bulan lalu. Atas sebab itu, jurulatih Qatar B-23, Ilidio Vale melihat kejayaan tersebut mampu merangsang moral pasukan itu bila […]

Shin Tae-yong Mula Tekan Butang Panik Berdepan Qatar B-23

Menjelang aksi saingan Piala Asia bawah 23 tahun, jurulatih pasukan Indonesia, Shin Tae-yong mula menekan butang panik terlebih dahulu.  Tugas berat buat pasukan Indonesia apabila berada dalam kumpulan A bersama Qatar, Australia dan Jordan. Qatar dan Jordan masing-masing adalah juara dan naib juara dalam saingan sebelum ini. Piala Asia 2024 ini tidak berada dalam kalendar […]

Media Vietnam Laporkan Kem Malaysia Alami Krisis Kecederaan Di Qatar

Media Vietnam melaporkan kem Malaysia alami krisis kecederaan di Qatar selepas tamat siri perlawanan persahabatan menjelang sepak mula Piala Asia Bawah 23 tahun bermula.  VnExpress melaporkan bahwa salah seorang pemain tengah kebangsaan bawah 23 tahun, Aiman Afif mengalami kecederaan selepas tamat perlawanan persahabatan menentang Qatar tempoh hari. Malaysia tewas bagi aksi tersebut.  Ini merupakan aksi […]

Malaysia Kecundang Dua Aksi, Kali Ini Berdepan Qatar B-23

Skuad muda Malaysia mencatatkan kekalahan kedua berdepan skuad b-23 Qatar dalam satu aksi persahabatan tertutup semalam. Aksi yang berlangsung di Qatar itu menyaksikan anak didik Juan Torres bertemu pasukan tuan rumah sebagai aksi pemanas badan selepas tewas kepada China B-23 tempoh hari. Perlawanan pemanas badan ini bagaimanapun tidak memihak kepada skuad muda negara sekali lagi […]

Qatar Terima Tamparan Hebat Sebelum Bertemu Malaysia B-23

Skuad Qatar Bawah 23 Tahun (B-23) menerima tamparan hebat sebelum bertemu dengan skuad B-23 negara untuk aksi persahabatan seterusnya pada 7 April ini. Ini selepas pasukan yang dibimbing jurulatih Portugal, Ilidio Vale itu tewas 2-0 kepada skuad China B-23 baru-baru ini. Perlawanan ini menjadi sebahagian daripada persiapan Qatar mengharungi kempen Piala Asia B-23 2024 yang […]

4 Pemain Muda Digugurkan Dari Skuad Ke Qatar

Skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) bertolak ke Qatar awal pagi ini sebagai persiapan awal menghadapi Piala Asia B-23 2024. Pasukan yang dibimbing jurulatih Sepanyol, Juan Torres Garrido itu menyaksikan empat orang pemain muda disisihkan. Empat pemain tersebut ialah Azam Azmi Murad, V. Ruventhiran, Richard Chin dan Rahadiazli Rahalim. Hal ini dinyatakan oleh Garrido seperti […]

Qatar & China ‘Tunggu’ Malaysia

Perkhabaran terbaru mengenai perjalanan skuad bawah 23 tahun negara apabila dua negara iaitu Qatar dan China bakal menjadi lawan terbaru negara. Skuad bimbingan Juan Torres Garrido telah mengharungi aksi persahabatan di China tempoh hari yang menyaksikan pasukan merekodkan satu kemenangan dan satu kekalahan. Keputusan ini dilihat positif selepas skuad muda negara berdepan lawan yang berada […]

Yazan Al-Arab Jadikan Qatar ‘Taman Permainan’

Pertahanan kental Jordan, Yazan Al-Arab menjadikan Qatar seperti taman permainan apabila membantu pasukan untuk mencatatkan kemenangan berharga. Pemain berusia 26 tahun itu telah melengkapkan perpindahan ke kelab Liga Qatar, Mu’aidar SC baru-baru ini selepas bersama kelab Iraq hanya tiga bulan. Beliau memperagakan aksi cemerlang dalam debutnya di sana apabila diberi kepercayaan untuk diturunkan dalam kesebelasan […]

10 Rekod Baru Tercipta Di Piala Asia 2023

Sebanyak 10 rekod baru telah tercipta di Piala Asia 2023 yang melabuhkan tirainya pada 10 Februari dengan menyakasikan Qatar yang juga tuan rumah berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya pada edisi sebelum ini. Qatar menjadi pasukan kelima yang berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Asia, selepas Korea Selatan (1956, 1960), Arab Saudi (1984, 1988), Jepun (2000, 2004), dan […]

Kelab Corot Qatar Sambar Khidmat Yazan Al-Arab

Persembahan cemerlang pertahanan tengah Jordan, Yazan Al-Arab menyaksikan beliau membawa haluan baharu ke Qatar. Pemain berusia 26 tahun itu meninggalkan kelab Liga Super, Selangor FC dan menyertai pasukan Iraq, Al-Shorta namun hanya bertahan beberapa bulan. Aksi memukau pemain tinggi lampai itu di pentas Piala Asia 2023 menyaksikan beberapa kelab ternama Asia mula merancang untuk mendapatkan […]

Sambutan Jaringan Akram Afif Ditujukan Kepada Individu Istimewa

Wira Qatar di final AFC Asian Cup, Akram Afif menjawab mengenai sambutan jaringannya yang unik ketika menewaskan Jordan semalam. Beliau yang ditemui selepas perlawanan mendedahkan bahawa ia adalah penghormatan kepada isterinya, yang pertama kali menghadiri perlawanan di stadium untuk menonton perlawanan bola sepak. ā€œā€˜S’ ialah huruf pertama nama isteri saya, dia berasal dari Kuwait. Perlawanan […]

Ranking Jordan Melonjak Tinggi, Hampiri Kelompok 60 Terbaik Dunia

Ranking naib juara AFC Asian Cup, Jordan melonjak tinggi apabila naik hampir 14 anak tangga berdasarkan kedudukan masa-nyata FIFA. Anak didik Husein Ammouta melalui tempoh yang cukup baik untuk mengubah nasib mereka di Qatar sungguhpun melalui kempen yang kurang cemerlang sebelum kejohanan. Kekalahan 1-3 di tangan tuan rumah, Qatar menyaksikan hasrat untuk mencipta sejarah besar […]

Akram Afif Pecah Rekod Piala Asia

Penyerang berbisa Qatar, Akram Afif telah mencipta rekod tersendiri dalam aksi final Piala Asia 2023 semalam. Ini kerana beliau menjadi pemain pertama yang menjaringkan tiga gol atau hatrik di pentas final Piala Asia sejak format pusingan kalah mati diperkenalkan dalam Piala Asia edisi 1972. Lebih menarik, kesemua tiga gol yang dijaringkan Akram terhasil menerusi sepakan […]

Noor Al-Rawabdeh & Yazan Al-Arab Terima ‘Markah’ Tertinggi Lawan Qatar

Dua pemain handalan Jordan, Noor Al-Rawabdeh dan Yazan Al-Arab terus menjadi antara pemain dengan penilaian tertinggi menentang Qatar. Aksi final AFC Asian Cup itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dengan misi untuk melakar sejarah. Anak didik Husein Ammouta terpaksa akur dengan hatrik penalti yang dijaringkan oleh Akram Afif untuk kekal mendominasi pentas Asia. Namun […]