Qatar 2022: Penyokong Eropah Rasa Bahagia Guna Air Berbanding Tisu Di Tandas

Seorang penyokong bola sepak dari Eropah menyatakan rasa kepuasan apabila akhirnya menggunakan air berbanding tisu ketika berada di tandas. Beliau yang memuat naik satu ciapan di laman Twitternya menyatakan, pengalaman berada di Qatar menyebabkan dirinya sudah membiasakan diri dengan menggunakan air. Malah, perbuatan tersebut seolah-olah sudah menjadi kebiasaan buatnya sekaligus membuatkan beliau berasa selesa dengan […]

“Saya Menyesal Bawa Pemain Itu Ke Qatar, Ia Satu Kesilapan” – Luis Enrique

Bekas ketua jurulatih Sepanyol, Luis Enrique akui telah membuat keputusan yang silap di dalam pemilihan pemain untuk membarisi skuad Piala Dunia Qatar 2022. Luis Enrique yang dipecat susulan tersingkirnya Sepanyol di pusingan kedua susulan kekalahan kepada Maghribi, membawa 26 pemain ke Qatar dengan beberapa nama berprofil tinggi disisihkan termasuk David De Gea, Sergio Ramos, Thiago […]

Rekod Pertahanan Elit Maghribi Bakal Rosakkan Pelan Portugal

Wakil tunggal pasukan Afrika di Piala Dunia, Maghribi bakal meneruskan cabaran pada pentas suku akhir apabila dijadualkan bertemu Portugal, Sabtu ini. Kecemerlangan aksi anak buah Walid Regragui telah mengejutkan beberapa pasukan gergasi Eropah termasuklah menyingkirkan bekas juara Piala Dunia 2010, Sepanyol. Berbekalkan kekebalan barisan pertahanan pasukan, mereka dijangka bakal memberi masalah kepada Portugal yang diketuai […]

Qatar 2022: Penyokong Menunaikan Solat Jumaat Di Luar Stadium

Menjadi kebiasaan setiap hari Jumaat, umat Islam akan mengerjakan solat Jumaat. Di Qatar, bersempena penganjuran Piala Dunia 2022, jawatankuasa penganjur kejohanan telah menyediakan ruang solat khas bagi membolehkan para penonton beragama Islam dapat menunaikan kewajipan mereka pada hari tersebut. Ini dapat dilihat di luar Stadium Al-Thumama, lokasi perlawanan kedua Kumpulan A membabitkan Qatar dengan Senegal […]

17 Kali Aymen Dahmen Hiburkan Penonton Dengan Aksi ‘Spider-man’

Pertembungan antara pasukan Denmark dan Tunisia mencuri perhatian tatkala aksi luar biasa yang ditampilkan oleh Aymen Dahmen cukup mengujakan. Kedua-dua pasukan yang berada dalam kumpulan D berusaha sebaik mungkin untuk mencatatkan kemenangan namun Denmark kelihatan hampa selepas kecemerlangan penjaga gol Tunisia ini membuatkan mereka hampa. Aymen mendapat kepercayaan untuk mengawal posisi gawang gol Tunisia tampil […]

Doktor Messi Harap Argentina Tewas Semua Aksi & Tersingkir Dari Piala Dunia

Bekas doktor yang menjaga bintang sensasi dunia, Lionel Messi, Diego Schwarzstein menjelaskan beliau mahu melihat pemain itu tersingkit dari Piala Dunia Qatar 2022. Beliau kini berharap agar kapten pasukan kebangsaan Argentina ini sengsara dengan tewas semua perlawanan sebelum ditunjukkan jalan keluar daripada kejohanan berprestij itu. Schwarzstein merupakan doktor yang merawat Messi pada awal kariernya apabila […]

Qatar 2022: Dua Gol Valencia Bantu Ecuador Tewaskan Qatar

Tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar memulakan kempen kumpulan A dengan langkah kiri. Ini selepas The Maroon ditewaskan pasukan Amerika Selatan, Ecuador di Stadium Al Bayt. Qatar yang menduduki rangking ke-50 FIFA hampir-hampir ketinggalan pada minit ketiga menerusi gol tandukan bekas penyerang West Ham, Enner Valencia. Bagaimanapun, gol penyerang Fenerbahce itu dibatalkan selepas semakan VAR […]

Qatar 2022: Alkohol Diharamkan Di Semua Venue Perlawanan

Seperti yang diketahui, penganjur Piala Dunia Qatar 2022 musim ini merupakan antara negara islam yang sangat tegas dengan pengambilan minuman beralkohol. Bagaimanapun, pihak Fifa dan Qatar telah mengesahkan pengharaman jualan minuman keras itu di semua venue perlawanan. Laporan ini disahkan di laman sosial Twitter FIFA Media petang tadi. Badan bola sepak itu menyatakan bahawa perkara […]

Ronaldo Mahu Bersara Jika Portugal Julang Piala Dunia

Kapten pasukan kebangsaan Portugal, Cristiano Ronaldo mengesahkan beliau akan bersara sekiranya negaranya menjulang Piala Dunia. Beliau yang memasuki edisi kelima Piala Dunia di Qatar ini memasang impian untuk menjulang piala berprestij ini selepas beberapa kali terkandas. Dalam satu temubual bersama wartawan terkenal, Piers Morgan, pemain berusia 38 tahun ini menjelaskan bahawa beliau sedia meninggalkan dunia […]

Mane Tetap Kena ‘Angkut’ Ke Piala Dunia

Bintang pasukan Senegal, Sadio Mane tetap disenaraikan bagi membawa cabaran negaranya di pentas Piala Dunia Qatar tidak lama lagi. Bekas bintang Liverpool ini sedang menikmati perjalanan karier yang amat baik sungguhpun baru sahaja meninggalkan kelabnya pada musim panas ini. Pemain berusia 30 tahun ini difahamkan telah mengalami kecederaan yang agak serius ketika bertemu dengan Werder […]

Eto’o Ramal Cameroon Juara Piala Dunia di Qatar

Bekas bintang Barcelona dan Inter Milan, Samuel Eto’o membuat ramalan liar dengan menyatakan negaranya Cameroon akan menjulang Piala Dunia 2022 di Qatar dengan menewaskan Maghribi dalam aksi final. Eto’o yang pernah beraksi di empat kejohanan Piala Dunia bermula 1998 namun tidak pernah sekalipun melepasi peringkat kumpulan berkata kepada ESPN, edisi kali ini yang berlangsung kali […]

Christopher Raj, Subkhiddin Bawa Nama Malaysia Di Piala Dunia Qatar 2022

Kelibat anak Malaysia akan dapat disaksikan di Piala Dunia Qatar 2022 yang membuka tirai pada 20 November nanti, setelah Christopher Raj dan bekas pengadil kebangsaan, Subkhiddin Mohd Salleh terpilih mewakili negara untuk bertugas di kejohanan bolasepak terbesar dunia itu. Ini akan menjadi tugasan kedua buat mereka di saingan Piala Dunia selepas turut terlibat pada Piala […]