Liga Super: Terengganu Beri Penang Kekalahan Ke-7

Aksi saingan Liga Super malam ini menyaksikan Terengganu berjaya merakamkan kemenangan ke atas Pulau Pinang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Kedua-dua pasukan membarisakan kesebelasan utama terbaik bagi memburu kemenangan dalam minggu ke-15 Liga Super. Selepas setengah jam permainan, Ubaidullah Shamsul membuka jaringan pertama Terengganu menerusi tandukan selepas hantaran lintang daripada Azam Azmi Murad.  Peluang […]

SUKMA: Perak Genggam Gangsa, Tundukkan Pulau Pinang

Skuad futsal Perak menyumbang meraih pingat gangsa acara futsal SUKMA 2024 apabila menewaskan Pulau Pinang dalam penentuan pingat gangsa. Selepas kedua-dua pasukan masing-masing tewas kepada Sarawak dan Selangor di peringkat separuh akhir, ini peluang buat Perak dan Pulau Pinang menutup kempen futsal dengan pingat gangsa. Skuad futsal Harimau Kumbang meraih pendahuluan seawal minit ketiga menerusi […]

SUKMA: Selangor Hampiri Kilauan Emas, Kecewakan Pulau Pinang

Aksi separuh akhir futsal Sukan Malaysia (SUKMA) pada Rabu menyaksikan Selangor menempah tiket ke pentas akhir setelah menewaskan Pulau Pinang. Kedua-dua pasukan mencatatkan kemenangan di suku akhir Isnin lalu dengan Selangor bangkit singkirkan Melaka dan Pulau Pinang mengejutkan Pahang melalui penentuan penalty shootout. Tonggak kebangsaan, Syahir Iqbal Khan mengetuai senarai pemain Selangor manakala Pulau Pinang […]

Choii Pasang Hasrat Taja Pasukan ‘Utara’ Liga Super

Jenama paling viral di Malaysia, Choii memasang hasrat untuk menaja beberapa pasukan Utara Liga Super di masa akan datang.  Pengasas Choii, Faris Azri mahu menjawab persoalan yang diajukan peminatnya, beliau berterus terang dengan menyatakan bahwa Choii ketika ini tiada perancangan untuk membina jenama ke arah sukan.  Namun, beliau tidak menolak kemungkinan untuk menaja mana-mana pasukan […]

Johor Darul Ta’zim Muncul Juara MSSM B-18

Skuad bawah 18 tahun (B-18) Johor membuktikan status mereka sebagai pasukan pilihan untuk Kejohanan Bola Sepak MSSM B-18 apabila muncul juara kejohanan itu hari ini. Beraksi di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang menentang Pulau Pinang, Johor tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi Muhammad Azmer Masri Ahmad pada minit ke-29. Tiga minit kemudian, Harimau […]

Keputusan PRN 15

Berikut merupakan keputusan PRN 15 (Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15). Pemilih berdaftar yang mengambil bahagian dalam PRU DUN Ke-15 adalah sebanyak 9,773,571 dan SPR juga mengesahkan sebanyak 70% pemilih berdaftar keluar mengundi secara amnya setakat jam 4:00 petang.  Tumpuan diberi kepada negeri demografi bercampur seperti Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan ketika Kelantan, Terengganu dan Pulau Pinang […]

Pengadil Lari Sambil Gelak

Tular satu rakaman gelagat pengadil perlawanan antara Wilayah Persekutuan menentang Pulau Pinang menarik perhatian peminat bola sepak. Menerusi rakaman siaran langsung di Youtube Sinija, salah seorang pegawai atau jurulatih pasukan Wilayah Persekutuan telah mengejar pengadil perlawanan selepas insiden pergaduhan yang berlaku antara pemain. Sebelum kejadian pengadil dikejar, salah seorang pemain Wilayah persekutuan telah dilayangkan kad […]

Mengimbau Jaringan Bertaraf Dunia Faiz Subri

Faiz Subri pernah menggemparkan seluruh peminat bola sepak dunia pada tahun 2016. Hanya dengan satu sepakan percumanya menyaksikan beliau dianugerahi FIFA Puskas Award 2016. Sepakan percuma tersebut pada awalnya dilihat biasa namun lencongan kuat ketika bola menghampiri gawang gol mengubah segalanya. Tiada siapa sangka bola akan melencong ke arah kiri penjaga gol kerana bola tersebut […]