Amri Yahyah Kongsi Aspek Penting Pemain Muda Perlu Utamakan

Penyerang veteran PT Athletic FC, Amri Yahyah melihat aspek teknikal terutama kawalan bola perlu diutamakan buat pemain muda sekiranya ingin membina karier dalam dunia bola sepak. Pandangan itu diutarakan beliau apabila menjadi tetamu untuk segmen program Nadi Arena bersama jurulatih, Nazrulerwan Makmor baru-baru ini. Bekas penyerang Sabah FC itu melihat aspek berkenaan amat penting terutama […]
PT Athletic Terapkan Intensiti Seperti Pasukan Liga Super Dalam Latihan

Meskipun berstatus pendatang baru dalam saingan Liga A1 Semi Pro, PT Athletic FC menunjukkan mereka serius sebagai pencabar liga. Ini kerana PT Athletic menerapkan intensiti latihan pasukan mirip pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Super. Perkara ini dikongsikan sendiri pengendali pasukan itu, Nazrulerwan Makmor dalam satu temubual bersama Nadi Arena. Nazrulerwan memaklumkan penerapan intensiti dilihat […]
Liga A1 Semi Pro: Senarai Perlawanan Minggu 3, Waktu, Lokasi & Siaran TV

Para peminat bola sepak tempatan berpeluang menonton perlawanan-perlawanan menarik dalam saingan Liga A1 Semi Pro yang akan berlangsung pada hujung minggu ini. Liga A1 Semi Pro akan kembali bersambung minggu ini bagi aksi minggu ketiga dengan menyaksikan sebanyak tujuh perlawanan yang akan berlangsung melibatkan 14 pasukan. Tiga perlawanan akan dibawakan secara langsung khas buat para […]
PT Athletic Sambar 5 Tonggak Berbisa Kelantan

Pasukan Liga A1 Semi Pro, PT Athletic diperkuat dengan kehadiran 5 tonggak penting Kelantan Darul Naim. Skuad kendalian Nazrulerwan Makmur mengharungi permulaan saingan yang cukup baik apabila membelasah Bukit Tambun dengan keputusan 3-1. Dua jaringan daripada Amri Yahyah dan satu hasil ledakan kapten pasukan, Indra Putra memastikan pasukan meraih 3 mata pertama musim ini. Kekuatan […]
“Saya Seram, Lebih Baik Main Bola Semula” – Amri Yahyah

Pemain berpengalaman PT Athletic FC, Amri Yahyah mengakui memilih untuk bermain bola sepak semula daripada menceburi bidang lain. Tonggak berusia 43 tahun itu meledak dua gol ketika membantu PT Athletic menewaskan Bukit Tambun dengan keputusan 3-1. Beliau menjadi watak penting pasukan kendalian Nazrulerwan Makmur yang meraih 3 mata pertama musim ini. Menerusi satu temu bual […]
3 Pemain Terkemuka Liga Malaysia Sertai PT Athletic

4 pemain terkemuka Liga Malaysia telah membuat keputusan untuk membawa cabaran pasukan Liga A1 Semi Pro, PT Athletic FC. Skuad kendalian Nazrulerwan Makmor menjadi antara satu pasukan tumpuan sungguhpun baru sahaja membuat kemunculan dalam kancah Liga Malaysia. Gabungan pemain muda dan berpengalaman bakal menghadirkan cabaran buat lawan dalam misi pasukan untuk mara ke Liga Super […]
Pelabur Australia Pacu Cabaran PT Athletic Musim Baharu

Pelabur dari Australia difahamkan menjadi tunjang bagi perjalanan musim baharu kelab Liga A1 Semi Pro, PT Athletic FC. Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PT Athletic, Arzawiyah Abdul Rahman mengenai perancangan pasukan musim baru. Kelab yang berpangkalan di Putrajaya itu dibarisi oleh barisan pemain muda dan berpengalaman termasuklah kepulangan lagenda, Amri Yahyah bersama […]
Amri Yahyah Anggap Pengaruh Kawan Punca Keluar Dari Persaraan

Pemain baru PT Athletic FC, Amri Yahyah mengakui pengaruh rakan-rakan mendorongnya kembali memeriahkan saingan Liga A1 Semi Pro musim 2024/25. Sebelum ini, Amri menggantung but pada usia 42 tahun selepas membuat penampilan terakhir bersama Sabah FC pada Disember tahun lalu. Selain Sabah, pemain yang mesra disapa Wak Am itu pernah mewakili Selangor FC, Sarawak United […]