Neymar Menangis Rugi RM4.8 Juta Kalah Judi

Nasib malang yang menyelubungi penyerang Paris Saint Germain (PSG) dan Brazil, Neymar seakan tiada kesudahan. Sudahlah terlepas baki musim ini akibat kecederaan buku lali, kini beliau dilaporkan mengalami kerugian £900,000 (RM4.8 juta) menerusi permainan judi dalam talian. Penyerang yang meraih pendapatan bulanan £3.2 juta (RM17.5 juta) ini memang diketahui suka berjudi pada masa lapangnya. Dengan […]

PSG Tawarkan RM230 Juta Kepada Man Utd Sambar Harry Maguire

Gergasi Ligue 1, Paris Saint Germain (PSG) sedia berbelanja besar lagi apabila mahu menawarkan RM230 Juta bagi mendapatkan khidmat kapten Manchester United, Harry Maguire. Pemain berusia 30 tahun itu hilang tempatnya kepada Lisandro Martinez yang juga merupakan pemenang Piala Dunia Qatar 2022 pada musim ini. Beliau dilihat hanya dapat membuat satu penampilan daripada 8 perlawanan […]

Kylian Mbappe: Ini Sahaja Kemampuan PSG

Awal pagi tadi, Paris Saint-Germain sekali lagi kecewa apabila tersingkir dari Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas ditewaskan Bayern Munich dengan keputusan agregat 3-0. Dan ini membuatkan penyerang berbisa Perancis, Kylian Mbappe berpandangan mungkin setakat ini saja kemampuan PSG. PSG yang tampil tanpa beberapa tonggak termasuk Neymar dan Marquinhos akibat kecederaan tampak lesu sepanjang perlawanan. Malah, […]

Cubaan Lionel Messi Tinggalkan PSG Dibocorkan Kawan Baiknya Sendiri

Cubaan bintang Paris Saint Germain (PSG), Lionel Messi yang mahu berpindah keluar daripada kelabnya telah pun didedahkan oleh rakan baiknya sendiri. Seperti yang sedia maklum, khidmat lagenda bola sepak itu terus diburu oleh beberapa kelab ternama di Eropah namun difahamkan pemain berusia 35 tahun itu tidak berkeinginan untuk beraksi bersama kelab besar. Beliau difahamkan mahu […]

Sergio Ramos Terpaksa Bersara

Selepas terlepas peluang menyertai Piala Dunia 2022, bek tengah veteran Sepanyol Sergio Ramos menyangka dapat beraksi semula bersama La Roja. Bagaimanapun, selepas berbincang dengan jurulatih Luis de la Fuente, bekas bek tengah Real Madrid itu mengumumkan persaraannya hari ini. Persaraan bek tengah PSG itu didorong oleh pemberitahuan de la Fuente bahawa dia tidak lagi sebahagian […]

Bosan Di PSG, Neymar Mahu Tolong Kelesuan Serangan Liverpool

Musim panas 2023 dijangka dihangatkan dengan perpindahan penyerang utama PSG, Neymar. Ini selepas beberapa kelab EPL termasuk Liverpool dikaitkan dengan perpindahan tersebut. Penyerang Brazil itu telah melakar banyak pencapaian domestik bersama Les Parisiens selepas berpindah dari Barcelona pada 2017. Namun begitu, kedudukannya dalam bilik persalinan sudah mula goyah terutama selepas bertelagah dengan beberapa pemain termasuk […]

Sergio Ramos Menyesal Sertai PSG?

Bekas pemain Real Madrid, Sergio Ramos mulai risau dengan masa depannya setelah menyertai Paris Saint German (PSG) Pemain berusia 36 tahun ini mengakui bahawa tindakannya meninggalkan Real Madrid memberi kesan besar dalam dirinya.  Namun, beliau tetap yakin mampu membantu pasukannya kini Paris Saint German (PSG) untuk merangkul kejuaraan.  “Meninggalkan Real Madrid jelas merupakan satu perubahan […]

Tiket Aksi Ronaldo & Messi Dijual Pada Harga RM11.5 Juta

Pertembungan antara Ronaldo dan Messi bakal menjadi kenyataan apabila kedua-dua pemain ini dijadualkan bertemu dalam satu aksi persahabatan Khamis ini. Kapten pasukan kebangsaan Portugal berusia 38 tahun itu akan mengetuai pasukan dibarisi pemain kelab Al Hilal dan Al Nassr menentang Messi dan PSG dalam skuad Riyadh ST XI. Impian melihat pertembungan dua bintang bola sepak […]

Pemilik PSG Mahu Beli Kelab EPL

Selepas menjadi pemilik penuh Paris Saint Germain, Qatar Sports Investments (QSI) tidak pernah duduk diam mencari peluang pelaburan baru. Terkini, QSI sedang mengintai peluang untuk mendapatkan pegangan saham atau pemilikan sebuah kelab EPL. Khabar angin ini mula bertiup selepas pengerusi QSI yang juga presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi mengadakan pertemuan dengan pengerusi Tottenham Hotspur, Daniel Levy […]

Al-Nassr Tunai Impian Lihat Ronaldo & Messi Kembali Bertarung

Ramai menyangka dengan perpindahan Cristiano Ronaldo ke Al-Nassr, pertarungan antara dia dengan Lionel Messi sudah berakhir. Tetapi khabarnya, kelab Arab Saudi itu bakal bersemuka dengan Paris Saint Germain untuk aksi persahabatan sekaligus mengembalikan semula memori pertarungan dua pemain terhebat itu. Piala Riyadh Musim 2023 bakal menemukan PSG dengan kesebelasan pilihan Al-Nassr. Ia sepatutnya dilangsungkan pada […]

PSG Larang Messi Tayang Trofi Piala Dunia

Selepas memenangi Piala Dunia 2022 bersama Argentina, Lionel Messi berharap dapat tayang trofi Piala Dunia yang dimenangi di stadium PSG, Parc des Princes. Tetapi kelab gergasi Perancis itu dijangka menghalang usaha tersebut bagi mengelak reaksi negatif para penyokong. Di pentas final Piala Dunia 2022 di Lusail, Qatar, Perancis dan Argentina terikat 3-3 dengan Messi menyumbat […]

Messi Mungkin Terlepas Peluang Ke Piala Dunia

Status lagenda bola sepak dunia, Lionel Messi menjadi tanda tanya menjelang Piala Dunia apabila beliau dilaporkan mengalami kecederaan. Pemain berusia 35 tahun itu dilaporkan bakal terlepas kunjungan bersama Paris Saint-Germain ke Lorient hujung minggu ini untuk aksi Ligue 1 akibat kecederaan. Kapten pasukan kebangsaan Argentina itu dilaporkan mengalami kecederaan tendon Achilles yang memaksa khidmatnya dilupakan buat sementara […]

PSG Sah Ke Malaysia

Pasukan gergasi Perancis, Paris Saint Germain (PSG) sah ke Malaysia bagi menghadapi Piala Supermokh yang dijadualkan berlangsung dari 23 Oktober sehingga 30 Oktober ini. Piala Supermokh 2022 merupakan kejohanan untuk peringkat umur bawah 13 tahun dan bakal menghimpunkan beberapa pasukan akademi terbaik di seluruh dunia. Untuk edisi kali ini, 17 pasukan akademi mengesahkan penyertaan. Selain […]

Tonton: Rembatan ‘RM891 Juta’ Kylian Mbappe Tak Jumpa Pintu Gol

Penyerang sensasi Paris Saint Germain (PSG), Kylian Mbappe mencuri tumpuan apabila beliau gagal menjaringkan gol tatkala pintu gol sudah pun terbuka luas. Beliau yang turun mengetuai jentera serangan apabila menentang bekas pasukannya iaitu FC Monaco bersama-sama Lionel Messi dan juga Neymar. Beberapa percubaan juga sudah pun dilancarkan ke arah gawang pasukan pelawat yang jelas berada […]

‘Messi Thailand’ Berentap Dengan Trio Maut PSG

Bintang Thailand, Chanatip Songkrasin semalam telah berentap dalam satu padang bersama trio maut pasukan Paris Saints German (PSG) dalam aksi perlawanan persahabatan pra-musim.  Kawasaki Frontale tewas tipis kepada PSG dengan keputusan 1-2 dan penjaringnya adalah K.Yamamura, Lionel Messi dan Kalimuendo.  Pemain yang digelar Messi Thailand ini diturunkan dalam kesebelasan utama dan ditugaskan untuk mengerakkan jentera […]

Media Sepanyol Dedah Perbualan Panas Mbappe Dan Florentino Perez Tentang Saga Perpindahannya

Saga perpindahan yang melibatkan bintang muda sensasi PSG, Kylian Mbappe ke Real Madrid berakhir apabila beliau memutuskan untuk kekal bersama kelabnya. Pemain berusia 23 tahun itu sah menandatangani kontrak lanjutan selama 3 tahun yang menyaksikan beliau menjadi pemain paling mahal menerima gaji di kelab tersebut. Namun begitu, impian untuk melihat kelibat bintang kebangsaan Perancis ini […]