Tifo ‘Bebas Palestin’ Hiasi Aksi PSG & Atletico Madrid

Tifo ‘Bebas Palestin’ menghiasi aksi Liga Juara-Juara UEFA (UCL) membabitkan Paris Saint-Germain (PSG) dan Atletico Madrid di Parc des Princes. Akhbar Le Parisien melaporkan tifo tersebut dinaikkan 10 minit sebelum perlawanan bermula. Tifo ini turut diiringi dengan slogan ‘Bertarung di atas padang tetapi keamanan untuk dunia’. Selain tifo berkenaan, ada penyokong PSG yang mengibarkan bendera […]

UCL: PSG Dimalukan Arsenal

Rentak kemenangan kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain dalam Liga Juara-Juara UEFA (UCL) tergugat apabila tewas 2-0 kepada Arsenal di Stadium Emirates. PSG mahu meneruskan momentum kemenangan dalam UCL selepas menewaskan Girona pada 19 September. Manakala The Gunners pula memburu kemenangan pertama selepas diikat Atalanta tanpa jaringan pada 20 September. Bintang Korea Selatan, Lee Kang-in diberi […]

PSG Pandang Sepi Hasrat Mason Greenwood

Paris Saint-Germain (PSG) dilaporkan telah memandang sepi hasrat dan minat yang ditunjukkan pemain sayap Marseille, Mason Greenwood baru-baru ini. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh laman berita bola sepak terkenal, Transfer News Live. “Mason Greenwood sangat terbuka dengan idea untuk datang ke PSG pada musim panas ini. Walau bagaimanapun, PSG tidak mahukan khidmat beliau dan tidak […]

Kylian Mbappe Tuntut RM267 Juta Dari PSG

Bintang Perancis, Kylian Mbappe membuat tuntutan tunggakan RM267 Juta dari bekas kelabnya, Paris Saint German (PSG).  Memetik laporan Le Monde, Mbappe dengan tegas membawa tuntutan ini kepada Suruhanjaya Undang-Undang (LFP) serta badan UEFA, melalui Persekutuan Bola Sepak Perancis. Jumlah yang dituntut itu adalah daripada bonus tandatangan dan gaji terakhir dalam tiga bulan sebelum beliau berpindah […]

Kylian Mbappe Sah Sertai Real Madrid Secara Percuma

Bintang sensasi PSG, Kylian Mbappe menepati ramalan ramai apabila sah menyertai pasukan Real Madrid secara percuma. Mbappe sebelum ini telah mengumumkan dirinya tidak akan memperbaharui kontrak bersama kelab gergasi PSG dan akan berpindah keluar setelah tamat musim 2023/2024. Wartawan sukan yang merupakan sumber paling dipercayai ramai, Fabrizio Romano akhirnya berkongsikan berita perpindahan Kylian Mbappe ke […]

PSG Pantas Temui Pengganti Kylian Mbappe

Kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) pantas menemui pengganti Kylian Mbappe yang sah meninggalkan pasukan pada akhir musim ini. Pemain sayap kiri itu mahu mencari cabaran baru dan memberi bayangan akan beraksi di luar liga Perancis apabila turut mendedahkan beliau berat hati ingin meninggalkan negara tersebut. PSG tanpa melengahkan masa telah pantas mengenal pasti pengganti […]

Kylian Mbappe Dedah Punca Tinggalkan PSG

Pemain sensasi Perancis, Kylian Mbappe telah mendedahkan punca beliau meninggalkan PSG pada akhir musim ini. Jodoh Mbappe bersama PSG akhirnya tiba ke penghujung apabila kontrak beliau bakal tamat akhir musim ini dan Mbappe memilih untuk tidak menyambung kontrak bersama PSG. Kylian Mbappe telah memuat naik satu video ucapan perpisahan penuh emosi di laman media sosial […]

UCL: Borussia Dortmund Kejutkan PSG, Layak Ke Final Selepas 11 Tahun

Perlawanan aksi separuh akhir kedua bagi saingan Liga Juara-Juara Eropah pagi ini menyaksikan pertembungan diantara Paris Saint German (PSG) dan Borussia Dortmund berakhir dengan keputusan 1-0. Skuad kendalian Luis Enrique menurunkan barisan paling ampuh yang diketuai oleh Kylian Mbbape sementara Borussia Dortmund turun dengan kelebihan 1 gol selepas menang pada aksi separuh akhir pertama. Separuh […]

UCL: Janji PSG ‘Ratah’ Barcelona Ditunai, Mara Ke Separuh Akhir

Jaguh Perancis, Paris Saint Germain (PSG) mengotakan janjinya apabila menundukkan Barcelona untuk ke separuh akhir saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL). Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terbaik dengan anak buah Luis Enrique dalam misi memadam defisit 3-2. Barcelona bagaimanapun berada di depan seawal minit ke-12 hasil gerakan cantik sebelum disudahkan oleh pemain sayap pasukan, Raphinha. Baca lain: […]

Presiden Barcelona Hadiahkan Burger Selepas Tewaskan PSG

Selepas melihat Barcelona menewaskan Paris Saint-Germain 3-2 dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara UEFA (UCL), presiden kelab, Joan Laporta memberi ganjaran enak buat para pemain. Tribal Football melaporkan presiden kelab Catalan itu menghadiahkan semua pemain dan staf kejurulatihan burger susulan kejayaan mereka itu. Selain ganjaran burger, Laporta dilihat tenang semasa mengucapkan tahniah kepada pemain […]

UCL: Barcelona Gah Benam Cabaran PSG

Kelab gergasi Sepanyol, Barcelona meraih kelebihan tipis untuk aksi kedua suku akhir Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dengan menewaskan Paris Saint-Germain 3-2 dalam aksi pertama suku akhir hari ini. PSG yang beraksi di gelanggang keramat mereka, Parc des Princes memiliki sedikit kelebihan kerana pernah menewaskan Barcelona dalam UCL musim 2020/21. Jadi, tidak hairanlah sebaik babak pertama […]

Rakyat Korea Selatan Minta Peluang Kedua Buat Lee Kang-in

Sentimen warga Korea Selatan terhadap bintang Paris Saint-Germain (PSG), Lee Kang-in dilihat menunjukkan perubahan positif. Ini selepas bintang berusia 22 tahun itu menjadi arkitek gol kemenangan PSG ke atas Real Sociedad dalam aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara UEFA (UCL). Berdasarkan pemerhatian wartawan sukan Korea Selatan, Joel Kim, persembahan cemerlang Kang-in bukan saja […]

Liga Perancis Dijangka Tukar Nama Ke Ligue 1 McDonald’s

Liga utama Perancis, Ligue 1 dijangka akan menukar nama ke Ligue 1 McDonald’s setelah bakal menerima penaja baharu. Ketika ini liga tersebut dikenali sebagai Ligue 1 Uber Eats sejak awal musim 2020/21 setelah Uber Eats bersetuju menaja liga tersebut sebanyak RM80 juta setahun. Namun pihak Uber Eats dijangka tidak akan meneruskan kerjasama mereka pada musim […]

PSG Pilih Musa Al-Taamari Ganti Kylian Mbappe

Jaguh Ligue 1, Paris Saint Germain (PSG) memantau rapi perjalanan pemain sayap Jordan, Musa Al-Tamari sebagai pengganti terbaik kepada Kylian Mbappe. Pemain berusia 26 tahun itu mempamerkan persembahan cemerlang pada kejohanan Piala Asia AFC 2023 untuk membantu Jordan muncul selaku naib juara. Kudrat pemain sayap Montpellier itu bagaimanapun telah membuka mata beberapa kelab ternama Eropah […]

Ini Butiran Terperinci Perpindahan Kylian Mbappe Ke Real Madrid

Bintang Paris-Saint Germain (PSG) Kylian Mbappe dilihat semakin hampir untuk berpindah ke kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid. Dan hari ini, wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano mendedahkan butiran terkini perpindahan tersebut. Sebagai permulaan, sebarang khabar angin yang mengaitkan Mbappe dengan perpindahan ke kelab lain seperti Liverpool dan Arsenal sebagai tidak benar. Ini kerana menurut Romano, bekas […]

UCL: Kylian Mbappe Pimpin PSG Tewaskan Real Sociedad

Paris Saint-Germain (PSG) meraih kelebihan awal dalam pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dengan mengatasi Real Sociedad 2-0 pada aksi pertama awal pagi ini. Dengan PSG beraksi di gelanggang sendiri, kelebihan ini mahu dimanfaatkan kelab gergasi Perancis itu sebelum aksi kedua di San Sebastian pada 6 Mac ini. Sebaik sepak mula, kedua-dua pasukan […]