ACL2: Port Unggul Tewaskan Zhejiang

Hasrat Port FC melebarkan kelebihan sebagai pendahulu Kumpulan F tercapai apabila pasukan itu menewaskan Zhejiang 1-0. Selepas aksi mereka dengan Lion City Sailors pada 3 Oktober lalu ditangguhkan akibat cuaca buruk, Port mahu menambah satu lagi kemenangan dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2(ACL2). Manakala Zhejiang pula memburu kemenangan dalam Kumpulan H selepas menewaskan Persib Bandung […]
JDT Berbisa Benam Kelab Thailand, Port

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mempamerkan bisa apabila menundukkan jaguh Thailand, Port FC dengan keputusan 3-1. Skuad kendalian Hector Bidoglio mempamerkan aksi terbaik di Stadium Sultan Ibrahim di samping menguji beberapa pemain. JDT menurunkan muka baharu seperti penjaga gol, Christian Abad, Iker Undabarrena, Jorge Obregon, Park Jun-heong dan juga Eddy Israfilov. Aksi […]
Siaran Langsung Persahabatan Antarabangsa: JDT vs Port (Live Streaming)

Aksi persahabatan antarabangsa menyaksikan pertembungan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga kelab Thailand, Port FC. Skuad kendalian Hector Bidoglio sudah pasti mahu memanfaatkan aksi ini untuk mempersiapkan beberapa pemain baharu yang dibawa masuk pada jendela kali ini. Prestasi semasa Harimau Selatan amat cemerlang tanpa kalah dalam semua kejohanan di samping menjulang Piala FA 2024 […]
JDT Atur Aksi Menentang Kelab Thailand, Port

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengatur aksi persahabatan menentang kelab Thailand, Port FC pada bulan September. Perkara ini dinyatakan oleh Johor Southern Tigers mengenai dua aksi persahabatan yang bakal diharungi dalam masa terdekat. Aksi menentang Port dan pasukan kebangsaan Singapura ni penting buat JDT untuk menguji beberapa pemain baharu yang menyertai pasukan. […]
Irfan Fandi Sertai Port FC, Gandingan Asnawi Mangkualam

Bek tengah Singapura, Irfan Fandi sah melengkapkan perpindahan ke kelab Thai League 1, Port FC hari ini. Perpindahan ini diumumkan pengurusan Port menerusi satu kenyataan di platform media sosial rasmi mereka. Perpindahan ini menyaksikan Irfan bakal bergandingan dengan seorang lagi bintang Asia Tenggara yang beraksi untuk Port Lions, Asnawi Mangkualam. Sebelum ini, timbul khabar angin […]
Asnawi Mangkualam Terima Kad Kuning, Terjah Keras Dion Cools

Aksi Thai League 1 membabitkan Port FC dan Buriram United baru-baru ini mencuri perhatian penyokong kerana pertembungan Asnawi Mangkualam dan Dion Cools. Nama dua pemain pertahanan ini amat dikenali peminat bola sepak Asia Tenggara. Asnawi merupakan tonggak utama skuad kebangsaan Indonesia di bahagian pertahanan. Manakala Cools pula bukan saja pemimpin di bahagian pertahanan Malaysia. Malah, […]
“Kualiti Liga Thailand Jauh Di Atas Indonesia” – Asnawi Mangkualam

Kapten pasukan Indonesia, Asnawi Mangkualam berpendapat bahawa tahap kualiti liga Thailand kini jauh berada di atas liga Indonesia. Pemain pertahanan berusia 25 tahun itu telah berkongsikan perkara tersebut dalam sebuah temu ramah yang dimuat naik di laman media sosial X milik Goal Indonesia. Asnawi Mangkualam menyertai pasukan Port FC pada awal tahun ini setelah hampir […]
Thai League 1: BG Pathum United Pamer Kebangkitan Tewaskan Port

Wakil Thailand dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL), BG Pathum United bangkit daripada ketinggalan sebelum menewaskan Port 3-2. Dengan kedua-dua pasukan masing-masing menduduki tangga kedua dan ketiga liga, kemenangan malam ini mampu memperkukuh cabaran mereka ke atas pendahulu liga, Bangkok United. Babak pertama menyaksikan Port yang menggunakan formasi 4-1-4-1 terpaksa bertahan dengan serangan bertubi-tubi The […]
4 Kelab Thailand Selangkah Beraksi Di Liga Juara-Juara AFC Musim Ini

Thailand berpeluang menyaksikan 4 kelab negara tersebut beraksi di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini. Kecemerlangan aksi yang ditampilkan oleh beberapa pasukan Thailand musim lalu menyaksikan laluan mereka untuk beraksi di pentas berprestij bola sepak Asia itu semakin cerah. Menerusi pembahagian kelab mengikut prestasi yang ditampilkan dalam tempoh 4 tahun kebelakangan menyaksikan AFC memberikan […]
Kelab Thailand Nyaris Malukan Leicester City

Bekas juara EPL, Leicester City nyaris dimalukan kelab Thai League 1, Port sebelum menewaskan pasukan itu 1-0 dalam aksi pra-musim tertutup di Kem Latihan Bola Sepak Alpine semalam. Aksi persahabatan pra-musim ini diatur selepas perlawanan pra-musim sebelumnya membabitkan The Foxes dan Tottenham Hotspur pada 23 Julai lalu dibatalkan. Pembatalan perlawanan terpaksa dilakukan kerana keadaan padang […]
Madame Pang Sedia Tunaikan Permintaan Chanatip Songkrasin

Pemilik kelab Port FC, Madame Pang sedang memujuk pemain bintang Thailand, Chanatip Songkrasin untuk pulang beraksi di negara kelahirannya. Pemain berusia 29 tahun itu kini beraksi buat pasukan di Liga 1 Jepun, Kawasaki Frontale sejak musim lalu mula kehilangan tempat dalam kesebelasan utama pasukan. Sungguhpun kerap kali menjadi sandaran untuk mengemudi jentera tengah pasukan musim […]
Port Hantar Dua Pemain Muda Berlatih Dengan Leicester City

Seperti pasukan-pasukan Thai League 1 yang lain, Port amat mementingkan pembangunan pemain muda Thailand. Atas sebab itulah, mereka mengikut jejak langkah Buriram United dengan menghantar dua pemain muda berlatih bersama kelab Liga Kejohanan, Leicester City. Dua pemain yang terpilih untuk program ini ialah Teerasak Poeiphimai dan Sittha Boonlha. Kedua-duanya dijangka akan menjalani latihan bersama skuad […]