Tan Cheng Hoe Mahu Terus Berkelana Di Luar Negara

Bekas jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mahu meneruskan karier kejurulatihannya di luar negara. Cheng Hoe mencipta sensasi apabila memilih meninggalkan Selangor FC dan menerima tawaran kelab Thailand, Police Tero pada Mac lalu. Usaha jurulatih berusia 56 tahun itu untuk mengekalkan Police Tero dalam Thai League 1 musim 2023/24 tidak kesampaian apabila pasukan itu tersingkir […]

Police Tero Tewaskan Skuad Muda JDT

Kelab Thailand, Police Tero merekodkan kemenangan ke atas skuad muda JDT. Aksi Teijin U-17 New Generation Cup 2024 itu menyaksikan skuad muda Harimau Selatan telah bertemu beberapa lawan hebat sebelum ini. JDT U16 berada dalam Kumpulan A bersama Police Tero, Prime Bangkok dan juga Port FC sementara Kumpulan B diisi oleh Assumption United, Chonburi FC, […]

Tan Cheng Hoe Tidak Ditawar Kontrak Lanjutan Di Police Tero

Jodoh Tan Cheng Hoe bersama kelab Thai League 1, Police Tero dilaporkan sudah berakhir. Sejak menerima tawaran The Silver Shield Dragon pada akhir Februari lalu, magis Cheng Hoe diharap dapat membantu pasukan itu keluar dari zon penyingkiran liga. Malangnya, itu tidak berlaku dengan Police Tero, Trat dan Chonburi tersingkir ke saingan Thai League 2 musim […]

Kontrak Tan Cheng Hoe Di Police Tero 3 Bulan Sahaja?

Jodoh pengendali Police Tero, Tan Cheng Hoe bersama pasukan itu dilaporkan lebih singkat daripada apa yang disangka. Cheng Hoe sebelum ini menyertai kelab Thai League 1 itu pada penghujung bulan Februari lalu. Ini selepas beliau memilih meninggalkan kelab sebelumnya, Selangor FC secara mengejut. Dalam tempoh 11 perlawanan mengendalikan The Silver Shield Dragon, beliau hanya meraih […]

Dua Bekas Penyerang Liga Super Ikut Jejak Tan Cheng Hoe Di Thailand

Dua bekas penyerang berbisa Liga Malaysia iaitu Herlison Caion dan Willian Lira alami nasib serupa seperti jurulatih Police Tero FC yang juga bekas pengendali skuad kebangsaan Malaysia, Tan Cheng Hoe. Caion dan Lira merupakan penyerang untuk kelab Chonburi FC dan kelab tersebut disahkan tersingkir ke divisyen dua Thailand selepas menduduki tangga ke-14 liga. Walaupun Lira […]

Ikhsan Fandi Beri Tan Cheng Hoe Kekalahan Ke-6, Tersingkir Ke Divisyen 2

Ketua Jurulatih Police Tero FC, Tan Cheng Hoe merekodkan kekalahan ke-6 sejak mengambil alih pasukan selain tersingkir ke Divisyen 2 Thai League. Pengendali berusia 55 tahun itu mengambil alih pasukan pada pertengahan musim dan memulakan aksi dengan baik apabila Police Tero mengikat Nakhon Pathom dengan keputusan 1-1. Rentak sama gagal diulangi apabil tewas tiga perlawanan […]

Pembantu Tan Cheng Hoe Di Police Tero Letak Jawatan

Bekas pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe kehilangan khidmat penolong jurulatihnya di Police Tero, Sinthaweechai Hathairattanakool. Ini selepas Sinthaweechai memutuskan untuk meninggalkan kelab itu meskipun Thai League 1 masih berbaki satu perlawanan. Keputusan penolong jurulatih berusia 42 tahun itu diumumkan Police Tero menerusi satu kenyataan di platform media sosial mereka semalam. Selain menggalas peranan sebagai […]

Tan Cheng Hoe & Police Tero Tersungkur Ke Divisyen Dua Liga Thailand

Bekas jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe tidak dapat menyelamatkan Police Tero daripada tersingkir ke saingan Thai League 2 musim hadapan. Ini selepas pasukan itu hanya mengutip 28 mata daripada 29 perlawanan meskipun berjaya mengalahkan Bangkok United 3-0 kelmarin. Dengan Sukhotai memiliki 32 mata daripada 28 perlawanan, sukar buat The Silver Shield Dragon untuk mengejar […]

Tan Cheng Hoe Dalam Keadaan Bahaya

Nasib Tan Cheng Hoe masih berada dalam keadaan bahaya walaupun berjaya membawa Police Tero FC menewaskan Bangkok United FC dengan keputusan 3-0 dalam saingan Liga Thailand semalam. Ini kerana, kedudukan Police Tero kekal berada di zon penyingkiran dan mereka wajib menang pada aksi terakhir liga menentang BG Pathum United pada 26 Mei depan. Secara matematik, […]

Thai League 1: Sentuhan Tan Cheng Hoe Bantu Police Tero Belasah Bangkok United

Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe, Police Tero FC berjaya mencipta kejutan apabila menewaskan Bangkok United dalam aksi Thai League 1 pada Jumaat. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Boonyachinda menyaksikan bekas jurulatih Selangor itu menurunkan barisan terbaik dengan formasi 4-1-4-1 sambil jentera serangan diketuai oleh penyerang import, Juvhel Tsoumou. Bangkok United yang kini berada di tangga […]

Tan Cheng Hoe: Saya Tak Pasti Tentang Masa Depan Saya

Jurulatih Police Tero FC, Tan Cheng Hoe mengakui tidak pasti tentang kedudukannya bersama pasukan itu selepas tamat musim 2023/24. Perkara ini dinyatakan sendiri beliau dalam sidang media pasca-perlawanan Police Tero-Chiangrai United yang berlangsung semalam. Ketika ini, Police Tero menghuni zon penyingkiran Thai League 1 dengan 25 mata selepas mengharungi 27 perlawanan. Keadaan ini berlaku ekoran […]

Tan Cheng Hoe Hadapi Tekanan Hebat Di Thailand

Selepas lebih kurang dua bulan berkelana Thailand, bekas jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe sudah mula merasakan bahang dan tekanan di sana. Februari lalu, Tan Cheng Hoe membuat keputusan drastik dengan meninggalkan pasukan Selangor FC selepas berjaya membawa The Red Giants melayakkan diri ke saingan AFC Champions League 2 (ACL2) musim hadapan. Keputusan mengejut ini dibuat […]

Tan Cheng Hoe Guna Pendekatan Berbeza Di Thailand

Jurulatih Police Tero, Tan Cheng Hoe melihat pendekatan berbeza sebagai kunci kejayaan pasukan itu meraih kemenangan baru-baru ini. Police Tero akhirnya berjaya mengecapi kemenangan pertama dalam 12 perlawanan selepas mengalahkan Uthai Thani 1-0 dalam aksi terbaru Thai League 1. Pasukan yang diberi jolokan The Silver Shield Dragon itu meraih kemenangan menerusi gol Ekkachai Sumrei pada […]

Thai League 1: Tan Cheng Hoe Raih Kemenangan Sulung Bersama Police Tero

Selepas sering kali menamatkan perlawanan dengan nota kekalahan, Tan Cheng Hoe akhirnya berjaya meraih kemenangan sulung bersama Police Tero di Liga Thailand. Dalam aksi liga menentang Uthai Thani FC sebentar tadi, Police Tero yang turun sebagai pasukan tuan rumah dipaksa bekerja keras sebelum meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas lawannya. Perlawanan dimulakan dengan Police Tero […]

Tan Cheng Hoe Terima Hukuman Sulung Di Thailand

Menghampiri dua bulan berada di Thailand, jurulatih Police Tero, Tan Cheng Hoe telah menerima hukuman buat pertama kalinya dalam saingan Liga Thailand. Pada aksi di antara Police Tero dan Lamphun Warrior semalam, Tan Cheng Hoe telah dihukum selepas dilayangkan kad kuning pada minit ke-39 oleh pengadil perlawanan. Kad kuning tersebut dilayangkan selepas Cheng Hoe difahamkan […]

Thai League 1: Police Tero Dan Tan Cheng Hoe Elak Aib, Ikat Lamphun Warrior

Hasrat Police Tero dan jurulatih baharu mereka, Tan Cheng Hoe untuk meraih kemenangan sulung dalam saingan Liga Thai tidak kesampaian apabila diikat Lamphun Warrior sebentar tadi. Turun sebagai pasukan pelawat, Police Tero memperlihatkan corak permainan bertahan selepas Lamphun seperti lebih selesa mengawal penguasaan bola. Serangan bertali arus oleh Lamphun membuatkan barisan pertahanan Police Tero tidak […]