Darren Lok Mahu Meledak Sebelum Tampil Bersama Harimau Malaya

Penyerang berbisa PJ City FC, Darren Lok berazam untuk meledak ketika melayan kunjungan juara Piala FA, Johor Darul Ta’zim di Kelana Jaya esok. Pemain kelahiran Malaysia-England itu merupakan tonggak penting pada bahagian serangan The Phoenix musim ini selepas bergelar selalu penjaring terbanyak kelab setakat ini. Tatkala melayan kunjungan pasukan Harau Selatan di laman sendiri, penyerang berusia 31 […]
Darren Lok Dilamar Beberapa Kelab Liga Super

Masa depan penyerang sensasi Petaling Jaya City FC, Darren Lok kini tidak lagi menjadi tanda tanya. Pemain yang dibawa masuk daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kira-kira dua musim lalu menjadi tunjang utama pasukan di barisan serangan. Darren yang juga pemain kelahiran England-Malaysia menjadi pilihan utama oleh ketua jurulatih, P.Maniam dan menjadi penjaring tempatan terbanyak […]
Liga Super: Selangor Terduduk Di Laman Sendiri Dicengkam PJ City

Aksi Liga Super di Kelana Jaya hari ini menemukan antara pasukan Selangor dan PJ City. Babak separuh masa pertama perlawanan memperlihatkan kedua-dua pasukan masih tercari-cari rentak permainan. Bola sering kali berlegar di kawasan tengah padang dan sesekali pasukan Selangor mengatur asakan untuk menyerang ke kubu lawan. Aksi separuh masa pertama tamat dengan keputusan seri 0-0. […]
Darren Lok Rungkai Arahan Khas Kim Pan-gon Tentang Peranannya Di Atas Padang

Penyerang utama Harimau Malaya, Darren Lok mendedahkan peranan khas yang diberikan oleh ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon yang membawa kepada kejayaan Malaysia ke Piala Asia. Pemain berusia 31 tahun itu menjadi pilihan utama jurulatih kelahiran Korea Selatan itu apabila tampil dalam dua daripada tiga perlawanan dalam pusingan kelayakan itu. Beliau jelas berpuas hati dengan peluang […]
Kim Pan-gon Pantau Kekuatan PJ City & Kedah

Jurulatih pasukan Harimau Malaya, Kim Pan-gon kembali meneruskan tugas seperti biasa apabila beliau dikatakan berada di Stadium MBPJ malam ini. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu turun bersama-sama barisan kejurulatihannya dalam misi untuk mencari barisan pemain terbaik bagi panggilan berikutnya. Beliau yang seringkali dilihat berada dalam stadium untuk meneliti dan melihat dengan sendirinya aksi kesemua para […]
Bukan Makan Angin, Kim Pan-gon Catat ‘Ketat’ Prestasi Setiap Pemain

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon dilihat serius untuk mengubah hala tuju bola sepak negara apabila kelibat beliau dan barisan kejurulatihannya seringkali dilihat memantau persembahan para pemain tempatan di stadium. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh pasukan Sri Pahang, Pan-gon dilihat berada di Stadium Darul Makmur malam semalam untuk menyaksikan pertembungan yang melibatkan tuan […]
Kpah Sherman ‘Pening Kepala’ Dengan Kekebalan Pertahanan PJ City

Kekalahan Terengganu FC pada perlawanan pertama menentang PJ City adalah perlawanan yang mengejutkan ramai pihak. Skuad kendalian Nafuzi Zain itu disifatkan sebagai sebuah pasukan yang mampu mencabar kejuaraan pada musim ini. Namun, skuad Penyu itu terpaksa akur dengan kekuatan PJ City. Penyerang pasukan Terengganu FC, Kpah Sherman mengakui kekebalan PJ City yang terlalu sulit untuk […]
Liga Super: ‘Yakini Lokal’ PJ City Buat Terengganu Terkulai

Perlawanan ketiga saingan Liga Super 2022 menyaksikan pertembungan di antara PJ City menentang Terengganu FC. Anak buah P.Maniam berjaya mengutip tiga mata penuh di laman sendiri setelah menewaskan Terengganu 3-0. Perlawanan pertama buat Terengganu selepas dua aksi sebelum ini ditunda ekoran kekangan Covid-19 telah merencatkan sedikit sebanyak perancangan pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain. Turun dengan […]
PJ City Ajar Kelab Cara Urus Wang Yang Sebenar

Presiden PJ City, Datuk Seri Subahan Kamal telah mendedahkan cara mengurus wang dengan berhemah untuk mengelakkan sesebuah kelab berdepan isu kewangan yang tidak terurus. Dalam satu sidang media pelancaran jersi PJ City 2022 semalam, Subahan mengakui ini adalah cara terbaik supaya pasukan tidak lagi terpalit dengan isu kewangan yang serius. Namun bagi beliau setiap pasukan […]
P. Maniam Rasa Pelik, P. Rajesh Berusia 37 Tahun Mampu ‘Tanduk Terbang’ Jaringkan Gol

Kemenangan yang dicatat oleh pasukan Petaling Jaya City FC (PJ City) ke atas Kelantan FC dalam pusingan kedua Piala FA semalam ternyata membuka mata ramai pihak bahawa pemain lokal juga mampu pamer aksi terbaik. Walaupun Kelantan FC mengasak ke kubu PJ City dengan variasi percubaan, namun kemenangan berpihak kepada PJ City dengan keputusan 2-1 di […]
P. Maniam Ada Ramuan Tambah Derita Sabah

Ketua jurulatih PJ City FC, P.Maniam yakin mampu meneruskan rentak kemenangan pada perlawanan kedua bagi aksi saingan Liga Super menentang Sabah malam ini. PJ City sebelum ini cipta kejutan apabila berjaya meraih tiga mata penuh di laman sendiri menentang pasukan Melaka United tempoh hari. P.Maniam dalam pada itu akan mengekalkan barisan pemain sedia pada perlawanan […]
PJ City Mahu Pan-gon Nilai Sendiri Kemampuan Anak Tempatan

Kemenangan ke atas Melaka United baru-baru ini telah melonjakkan nama pasukan Petaling Jaya City FC (PJ City) dengan hanya menggunakan kudrat pemain tempatan. Umum mengetahui bahawa pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang ini sememangnya tidak menagih khidmat pemain import setelah pemilik kelab, Dato’ Seri Vijay Eswaran mahu memberikan ruang buat anak tempatan beraksi dengan lebih […]
Ifedayo Bakal Jadi Mimpi Ngeri PJ City?

Penyerang baharu Melaka United, Ifedayo Olusegun bakal membuat penampilan pertamanya dalam perlawanan menentang pasukan PJ City FC bagi saingan Liga Super malam ini. Terdahulu, Ifedayo merupakan penjaring terbanyak liga super 2021 dengan mengumpul 26 gol bersama bekas pasukannya Selangor FC musim lalu. Untuk rekod, pemain berusia 31 tahun ini berjaya menjaringkan tiga gol dalam dua […]
3 Penyerang Berbilang Bangsa Jadi Taruhan PJ City Untuk Saingan Musim Ini

Walaupun tanpa pemain import dan bergantung sepenuhnya kepada tenaga tempatan, PJ City berjaya menamatkan kedudukan Liga Super musim lepas di tempat ke-7 dari 12 pasukan yang bertanding. Musim ini, PJ City mengekalkan prinsip untuk terus menggunakan pemain tempatan tanpa import. Kehadiran bekas penyerang skuad bawah 23 tahun negara, S Kumaahran dijangka bakal menambah sengat di […]
Darren Lok Tekad Pacu Jentera Serangan PJ City Musim Hadapan

Penyerang PJ City, Darren Lok, menyatakan kegembiraanya untuk terus kekal bersama skuad kendalian P.Maniam pada musim hadapan. Beliau akui bersyukur kerana sentiasa diberi kepercayaan untuk beraksi walaupun musim ini sering kali dibelenggu masalah kecederaan. Sebelum ini, bekas penyerang JDT itu disisihkan dalam skuad kebanggsaan bagi saingan Piala AFF Suzuki oleh kerana mengalami kecederaan di otot […]
Bola Sepak Bukan Penghalang Sunil Chandran Raih Segulung Ijazah

Pemain muda PJ City, Sunil Chandran dikhabarkan baru sahaja mengenggam segulung ijazah sarjana muda dalam jurusan pengurusan sains dan sukan. Perkara ini telah dikongsi dalam temubual wartawan astro arena bersama Sunil Chandran dalam sebuah video di laman Youtube Astro Arena, beliau menyatakan perasaan gembira kerana dapat menamatkan ijazahnya dalam masa 3 tahun walaupun dalam masa […]