JDT Terima Trofi Piala Sumbangsih

Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya menerima trofi Piala Sumbangsih dalam satu sesi penyampaian trofi di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi. Sesi penyampaian trofi Piala Sumbangsih 2024/2025 itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi (CEO) MFL, Datuk Stuart Ramalingam kepada pengendali JDT, Hector Bidoglio dan kapten pasukan, Jordi Amat. Perkara itu telah dikongsikan oleh Wartawan Astro Arena, […]

JDT Di Stadium Sultan Ibrahim Raikan Piala Ke-27

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) berada di Stadium Sultan Ibrahim untuk meraikan piala ke-27 pasukan. Aksi yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia untuk menyaksikan pertembungan skuad Harimau Selatan dan juga Selangor FC tidak kesampaian. Hal ini susulan The Red Giants membuat keputusan untuk tidak hadir pada perlawanan tersebut atas faktor keselamatan. Keadaan […]

JDT Tawar Solusi Kepada Pembeli Tiket Piala Sumbangsih

Berikutan pembatalan aksi Piala Sumbangsih pada Jumaat, JDT menawarkan jalan penyelesaian bagi penyokong yang telah pun membuat pembelian tiket. Perlawanan Piala Sumbangsih atau Piala Sultan Haji Ahmad Shah yang sepatutnya berlangsung pada Jumaat walau bagaimanapun terpaksa dibatalkan oleh pihak Malaysian Football League (MFL). Hal ini berikutan daripada penarikan diri pasukan Sleangor yang enggan hadir ke […]

Aksi Piala Sumbangsih Batal, MFL Bakal Bincang Tindakan Susulan

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan aksi Piala Sumbangsih membabitkan Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada Jumaat ini dibatalkan. Pengumuman ini dibuat susulan keputusan Selangor menarik diri daripada menyertai aksi Piala Sumbangsih musim 2024/25 semalam atas alasan keselamatan. Sebelum ini, pengurusan Merah Kuning telah membuat permohonan kepada MFL untuk menangguhkan perlawanan […]

Sultan Selangor Sokong Keputusan Selangor Tarik Diri

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan dan sokongan kepada Selangor FC menarik diri daripada menyertai aksi Piala Sumbangsih musim 2023/24. Sebelum ini, Selangor bakal bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) untuk aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada Jumaat ini. Kebimbangan terhadap tahap keselamatan […]

JDT Mohon Selangor Pertimbang Keputusan Tarik Diri

Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) meminta agar Selangor mempertimbang semula keputusan yang dibuat berkenaan penarikan diri daripada aksi Piala Sumbangsih Jumaat ini. Menerusi satu hantaran pada tengah malam Rabu, JDT melalui Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Alistair Edwards mengulang pendirian sama mengenai insiden hitam yang menimpa beberapa pemain kebangsaan termasuklah pemain sayap utama Selangor, […]

Piala Sumbangsih: Selangor Tarik Diri, JDT Raih Kemenangan Percuma

Pasukan Liga Super 2024, Selangor FC membuat keputusan untuk menarik diri daripada aksi Piala Sumbangsih kali ini. Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah membuat keputusan untuk meneruskan aksi tersebut sungguhpun dengan pelbagai insiden yang melanda. “Jaminan keselamatan kepada pemain dan penyokong bagi Perlawanan Sumbangsih di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium […]

Permintaan Besar Selangor Ditolak

Permintaan besar pasukan Selangor FC untuk menangguhkan aksi Piala Sumbangsih 2024 telah ditolak. The Red Giants bakal berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim pada 10 Mei 2024 bagi satu aksi menentang juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT). Kebimbangan terhadap tahap keselamatan kedua-dua pasukan mula timbul apabila berlakunya serangan terhadap pemain sayap Selangor, Faisal Halim yang disimbah […]

Selangor Mohon Tunda Aksi Piala Sumbangsih

Aksi Piala Sumbangsih musim 2024/25 antara Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) yang akan berlangsung pada Jumaat ini berpotensi ditunda. Selangor diuji dengan pelbagai cabaran termasuk kehilangan beberapa tonggak utama yang mengalami kecederaan semasa kempen pra-musim 2024/25. Situasi ini tidak dibantu dengan insiden menyedihkan yang menimpa bintang Harimau Malaya, Faisal Halim yang […]

Selangor Tak Mahu Tarik Diri Berdepan JDT

Naib Juara Liga Super 2023, Selangor FC mengekalkan pendirian untuk berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Piala Sumbangsih. Skuad Gergasi Merah berdepan cabaran hebat selepas kehilangan beberapa tonggak utama susulan kecederaan aksi pra-musim. Keadaan ini diburukkan lagi apabil insiden menyayat hati berlaku kepada pemain sayap pasukan, Faisal Halim yang diserang individu misteri dengan cecair […]

Selangor Mahu Tarik Diri Aksi Piala Sumbangsih? 

Pasukan Selangor FC berpotensi menarik diri daripada menyertai perlawanan Piala Sumbangsih musim 2024/25. Kemungkinan ini dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor, Datuk Seri Shahril Mokhtar kepada media semalam. Shahril berpandangan sedemikian kerana beliau percaya insiden pemain sayap Merah Kuning, Faisal Halim disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali pada Ahad lepas memberi kesan negatif kepada […]

Safee Sali: Saya Harap Ini Tidak Mengganggu Perjalanan Liga

Bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali berharap insiden malang yang menimpa Akhyar Rashid dan Faisal Halim tidak mengganggu perjalanan Liga Malaysia (Liga M) musim ini. Arena bola sepak Malaysia dikejutkan dengan insiden malang yang menimpa dua tonggak utama Harimau Malaya itu. Insiden pertama menyaksikan Akhyar menjadi mangsa jenayah samun berhampiran kediamannya di Tanjung, Terengganu baru-baru […]

“Insiden Faisal Halim & Akhyar Rashid Tak Jejas Imej Liga Malaysia” – Stuart Ramalingam

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam memaklumkan insiden membabitkan Faisal Halim dan Akhyar Rashid tidak menjejaskan imej Liga Malaysia (Liga M). Selepas insiden Akhyar disamun dan dicederakan dengan cota baru-baru ini, arena bola sepak negara dikejutkan pula dengan insiden Faisal disimbah asid oleh individu yang tak dikenali semalam. Susulan itu, […]

“Selangor Ada Misi Besar 10 Mei” – Faisal Halim

Pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim mahu merealisasikan misi besar Selangor FC pada 10 Mei ini. 10 Mei menyaksikan tirai Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25 dibuka menerusi perlawanan Piala Sumbangsih antara Selangor dengan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Merah Kuning turun dengan reputasi sebagai naib juara Liga Super musim 2023. Sementara Harimau Selatan turun […]

Piala Sumbangsih: Aksi JDT & Selangor Berlangsung Di Stadium Sultan Ibrahim

Stadium Sultan Ibrahim bakal menjadi gelanggang rasmi bagi pertemuan epik JDT dan Selangor dalam perlawanan Piala Sumbangsih 2024. Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Malaysian Football League (MFL) pada Selasa menyaksikan Piala Sumbangsih akan dijalankan pada awal bulan Mei sebagai aksi pembukaan Liga Super 2024-2025. “Sementara itu, Perlawanan Sumbangsih, Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2024 […]

Bergson Terkejut Dengan Persembahan Terengganu

Penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva mengakui agak terkejut dengan aksi yang ditampilkan oleh Terengganu dalam aksi Piala Sumbangsih 2023 semalam. Beliau menjadi watak penting buat pasukan yang sekali lagi melakar kejayaan bermakna di laman sendiri apabila mencatatkan kemenangan 2-0. Pemain kelahiran Brazil itu memulakan penampilan sulung musim 2023 dengan satu hantaran […]