Sultan Azlan Shah Cup: Kebangkitan New Zealand Buat Malaysia Gigit Jari

Perlawanan penentuan tempat ketiga Sultan Azlan Shah Cup 2024 menyaksikan Malaysia ditundukkan oleh New Zealand meskipun memiliki kelebihan di awal permainan. Setelah sekadar menamatkan aksi round robin di kedudukan ketiga, skuad negara turun pada perlawanan ini bagi menebus kedukaan gagal melayakkan diri ke final dengan mempertaruhkan barisan terbaik. Ketika aksi di round robin lalu, pasukan […]
Siaran Langsung Sultan Azlan Shah Cup: Malaysia vs Korea Selatan (Live Streaming)

Aksi terakhir round robin Sultan Azlan Shah Cup menyaksikan pertembungan di antara Malaysia dan Korea Selatan pada Jumaat. Malaysia turun dengan misi menebus kekecewaan gagal mempertahankan kejuaraan setelah akur tumpas tipis 1-2 di tangan Jepun pada Rabu lalu sekaligus menguburkan impian skuad negara ke final. Pengendali negara, Sarjit Singh dijangka tidak akan melakukan rombakan besar-besaran […]
Sultan Azlan Shah Cup: Malaysia Alami Mimpi Ngeri Berdepan Jepun

Impian Malaysia mempertahankan kejuaraan Sultan Azlan Shah Cup kini hanya tinggal kenangan apabila tumpas di tangan Jepun pada Rabu. Masih segar dengan kejayaan mengejutkan New Zealand semalam, pasukan hoki kebangsaan turun dengan misi meneruskan rentak cemerlang selain mencalarkan rekod tanpa kalah yang dipegang oleh Jepun dalam kejohanan ini. Malaysia yang mempertaruhkan gandingan trio Akhimullah Anuar, […]
Sultan Azlan Shah Cup: Malaysia Baham Kanada Tanpa Belas Kasihan

Malaysia mencatatkan kemenangan pertama dalam aksi kedua Sultan Azlan Shah Cup apabila mudah menewaskan Kanada pada Ahad. Skuad negara turun dengan misi menebus kekalahan tipis 3-4 di tangan Pakistan manakala Kanada juga mahu bangkit setelah dibelasah New Zealand pada aksi pertama semalam. Kanada terlebih dahulu memimpin permainan seawal minit ke-11 menerusi jaringan padang Devohn Noronha […]
Sultan Azlan Shah Cup: Malaysia Tumpas Kepada Pakistan Dalam Aksi Pembukaan

Hasrat Malaysia untuk membuka tirai saingan Sultan Azlan Shah Cup 2024 dengan kemenangan hancur setelah tumbang kepada Pakistan pada Sabtu. Skuad negara turun selaku juara bertahan menampilkan barisan terbaik bagi meraih kemenangan pertama pada kempen kali ini berbekalkan sorakan padu peminat yang hadir ke Stadium Sultan Azlan Shah. Pakistan pula pastinya mahu merosakkan misi pasukan […]
Piala Sultan Azlan Shah: Misi Dalam Dilema Malaysia Pertahankan Kejuaraan

Kegusaran mula timbul buat skuad hoki Malaysia menjelang aksi pembuka tirai Piala Sultan Azlan Shah 2024. Kerisauan ini mula diluahkan oleh bekas jurulatih skuad kebangsaan, Dharma Raj Abdullah mengenai tahap kemampuan pasukan negara untuk mempertahanan kejuaraan yang dimenangi edisi lalu dengan hanya dibarisi empat pemain senior. Menurut Dharma, rombakan drastik dalam senarai pemain ke kem […]
Sarjit Singh Umum Barisan 30 Pemain Ampuh Malaysia

Ketua jurulatih hoki Malaysia, Sarjit Singh menyenaraikan 30 pemain bagi menyertai sesi latihan terakhir pasukan sebelum menyertai kejohanan-kejohanan penting bagi tahun 2024. Menerusi satu hantaran di media sosial rasmi Malaysia Hockey Confederation (MHC), senarai lengkap 30 pemain pilihan Sarjit telah dikeluarkan dengan beberapa nama tidak asing lagi bagi para peminat hoki tempatan. Posisi penjaga gol […]
Malaysia Mahu Lenyapkan ‘Badi’ Pakistan

Jurulatih skuad hoki senior Malaysia, Sarjit Singh mahu menamatkan kemarau kemenangan Malaysia ke atas pasukan gergasi Asia, Pakistan. Dalam dua kejohanan sebelum ini, pasukan yang diberi gelaran The Green Shirts itu menjadi duri dalam daging kepada The Speedy Tigers. Sukan Asia 2023 di Hangzhou, China menyaksikan Malaysia tumbang 5-2 di tangan Pakistan untuk perlawanan penentuan […]
Malaysia Atur Aksi Persahabatan Berdepan New Zealand

Malaysia dijadualkan menentang New Zealand dalam satu aksi persahabatan sebagai persiapan menjelang kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2024. Perkara ini disahkan oleh ketua jurulatih hoki kebangsaan, Jarjit Singh ketika ditemui di sesi latihan pertama skuad kebangsaan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Beliau berkata, satu perlawanan persahabatan menentang New Zealand telah diatur pada awal bulan […]