“Mental Pemain Muda Kelantan DN Tercabar” – Khairan Eroza

Pengendali Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) II, Khairan Eroza Razali mengakui berdepan kesukaran mengekalkan mentaliti anak buahnya pada tahap terbaik. Kelantan DN II ketika ini menerajui carta Piala MFL musim 2024/25 dengan 17 mata, satu mata di hadapan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) II. Ini selepas pasukan itu merekodkan lima kemenangan dan dua […]

Pasukan Muda Kedah Akur Tewas Besar Kepada JDT

Saingan Piala MFL diteruskan lagi dengan perlawanan tumpuan di antara Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dan Kedah Darul Aman FC B (KDA FC B) di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Kedua-dua pasukan menurunkan skuad terkuat mereka dengan JDT II turut menyenaraikan Ramadhan Saifullah dan Gabriel Nistelrooy manakala KDA FC B telah memanggil empat pemain […]

Skuad Muda Terengganu Halang Rentak Kemenangan KL City

KL City FC Extension terus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Piala MFL meskipun diikat tanpa jaringan oleh Terengganu FC II. KL City Extension mahu terus mendaki liga selepas menewaskan Sabah FC II pada 23 Julai lalu. Manakala Terengganu II mahu kembali meraih kemenangan selepas kali terakhir melakukannya dengan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) II […]

Skuad Muda Kedah Leburkan Rekod Tanpa Kalah Terengganu

Kedah Darul Aman B (KDA B) memastikan rekod kebal tanpa kekalahan yang dipegang Terengganu II dalam kempen Piala MFL lebur pada Selasa. Setelah diikat oleh Perak dalam aksi terdahulu, Terengganu II turun dalam perlawanan ke-6 dan dijadualkan berdepan satu lagi kelab dari utara tanah air, KDA B di gelanggang lawan. KDA B menampilkan barisan terbaik […]

KL City Kekal Kebal, Tundukkan Skuad Muda Sabah

Pasukan KL City FC Extension mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Piala MFL 2024/25 apabila menewaskan Sabah FC II di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. KL City Extension mahu meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan Penang FC 2-1 pada 17 Julai lalu. Sementara Sabah II pula mengharapkan magis jurulatih baru, Alto Linus untuk membantu mereka […]

Barisan Muda Selangor Berpesta Jaringan Tewaskan Sabah

Skuad muda Selangor FC bangkit daripada kekalahan di tangan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dengan membelasah Sabah FC II dalam aksi terbaru Piala MFL. Merah Kuning yang dibimbing Abdifitaah Mohd Hassan berharap dapat merampas kedudukan keempat yang dihuni Terengganu FC II. Sementara Sabah mahu menamatkan penantian kemenangan pertama selepas empat perlawanan. Barisan muda Selangor […]

Skuad Muda Perak Bangkit Ikat Terengganu

Hajat Terengganu FC II merampas kedudukan pendahulu Piala MFL tidak kesampaian apabila diikat Perak FC II 2-2 dalam aksi terbaru Piala MFL musim 2024/25. Skuad muda Terengganu yang dibimbing Hairuddin Omar berharap dapat meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) II pada 2 Julai lalu. Sementara Perak pula memburu kemenangan untuk […]

Skuad Muda Sri Pahang Bangkit Tewaskan Sabah Di Likas

Perlawanan saingan Piala MFL malam ini menyaksikan skuad muda Sri Pahang bangkit menewaskan Sabah di Stadium Likas berakhir dengan keputusan 2-1. Sabah terus mengekalkan khidmat bekas pemain kebangsaan, Rozaimi Abd Rahman sebagai ketua pasukan.  Anak buah Johnny Dominiscus memberi kejutan seawal minit ke-6 permainan apabila mendahului menerusi jaringan daripada pemain tengah, Fakrul Iman Naszari.  Pada […]

Skuad Muda Terengganu Lakar Kejutan Tundukkan JDT

Hajat Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) II kembali bergelar pendahulu Piala MFL tidak kesampaian apabila tewas kepada Terengganu FC II dalam aksi terbaru Piala MFL musim 2024/25. JDT II yang dibimbing Juan Miguel Munoz Rodriguez perlu menang jika ingin memburu pendahulu liga ketika ini, Kelantan Darul Naim FC (KDN FC). Sementara juara Piala MFL […]

Sabah Kecundang 7-1 Kepada Pemain Muda PDRM

Skuad Sabah FC II menerima tamparan hebat apabila dibelasah PDRM FC 7-1 dalam aksi terbaru Piala MFL pada 24 Jun. Sabah II berharap dapat bangkit selepas kecundang dalam dua aksi Piala MFL sebelumnya. Sementara PDRM pula mahu bangkit selepas dibelasah Terengganu FC II pada 28 Mei lalu. Babak pertama menyaksikan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan […]

Gabriel Nistelrooy, Penyerang Muda Malaysia Dalam Pembikinan

Penyerang muda Johor Darul Ta’zim (JDT) II, Gabriel Nistelrooy dilihat sebagai antara watak pemusnah baharu yang dimiliki oleh Malaysia. Pemain berusia 24 tahun itu tampil cemerlang membantu skuad muda Harimau Selatan kini menduduki tangga teratas carta liga Piala MFL dengan enam mata maksimum setelah mencatatkan dua kemenangan. Pada aksi pertama minggu lalu, JDT II yang […]

Piala MFL: JDT Atasi Tentangan Hebat Sri Pahang

Pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) II meneruskan rentak cemerlang dalam Piala MFL apabila menewaskan Sri Pahang FC di Stadium Pasir Gudang hari ini. JDT yang dibimbing Juan Miguel Munoz Rodriguez berharap dapat meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan Sabah FC pada minggu lalu. Sementara Sri Pahang pula berharap dapat meraih kemenangan pertama selepas tidak […]

Piala MFL: KL City Malukan Kedah 3-0

Skuad KL City FC Extension membuka kempen Piala MFL dengan kemenangan apabila menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) B 3-0. Beraksi di Stadium Darul Aman, skuad muda Kedah B yang dibimbing Mohammad Khairul Ismail dilihat pasukan pilihan bila menentang pasukan Lembah Klang itu. Dan kelebihan itu cuba dimanfaatkan sebaik perlawanan bermula. Sang Kenari berusaha […]

Piala MFL: JDT Gah Tewaskan Sabah

Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) II membuka kempen Piala MFL 2024/25 dengan kemenangan apabila menewaskan Sabah FC di Stadium Pasir Gudang. Selepas kecundang di tangan Terengganu FC II di pentas final Piala MFL 2023, Harimau Selatan berazam untuk tampil lebih cemerlang musim ini. JDT II yang dibimbing Juan Manuel Munoz Rodriguez diperkuatkan beberapa tonggak […]

3 Pemain Import Kini Boleh Beraksi Di Piala MFL

Untuk meningkatkan daya persaingan dalam saingan Piala MFL, Malaysia Football League (MFL) telah menetapkan untuk membenarkan tiga pemain import dan dua pemain lebih umur diturunkan oleh setiap pasukan. Selain itu, format untuk Piala MFL bagi musim 2024/2025 juga akan berubah selepas hanya satu kumpulan liga yang dijalankan berbanding dua kumpulan liga musim lalu. Perubahan kuota […]

“Objektif Kami Sudah Tercapai”

Ketua jurulatih pasukan Terengganu FC ll, Hairuddin Omar melihat objektif pasukan pada musim ini sebenarnya sudah tercapai. Anak jati kelahiran Terengganu itu berjaya membawa nama pasukan muda itu ke tahap tertinggi apabila menewaskan pesaing terhebat, Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas final Piala MFL. Mengulas lanjut, beliau merasakan bahawa segala usaha yang dilakukan sejak awal […]