Safee Sali: Jordi Amat Patut Dilayangkan Kad Merah

Lagenda bola sepak kebangsaan, Safee Sali merasakan pertahanan tengah JDT, Jordi Amat sepatutnya dilayangkan kad merah. Pemain kebangsaan Indonesia itu dikesan menghalang percubaan penyerang Terengganu, Ivan Mamut yang berpeluang menyamakan kedudukan. Namun begitu, pengadil perlawanan membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan daripada penjaga garisan yang memberi isyarat sepakan penalti. Jordi Amat bagaimanapun dapat meneruskan permainan seperti […]
Piala Malaysia: JDT Kekalkan Mahkota Kejuaraan Tewaskan Terengganu

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Terengganu FC berkesudahan dengan kemenangan menjadi milik JDT. Aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dengan Harimau Selatan mengekalkan barisan terkuat sementara Sang Peteh mempertaruhkan pertahanan tempatan bagi aksi getir ini. Padang yang tidak […]
Corbin-Ong Cedera Di Final Piala Malaysia?

Pertahanan kiri pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), La’vere Corbin-Ong mencetuskan kebimbingan selepas beliau dikeluarkan dua minit memasuki babak kedua permainan. Perlawanan yang berlangsung di SNBJ menyaksikan permukaan padang memberi kesan kepada persembahan kedua-dua pasukan. Hal ini memberi impak kepada pertahanan kiri dan kanan untuk membuat larian-larian berbahaya bagi membantu jentera serangan. Semua mata tertumpu kepada […]
Keadaan Menyedihkan Padang SNBJ Menjelang Final Piala Malaysia

Menjelang aksi final Piala Malaysia 2023 malam ini, keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) masih dalam keadaan tidak memuaskan. Ini berdasarkan tinjauan yang dibuat MakanBola di SNBJ hari ini biarpun kerja-kerja menambahbaik rumput terus dipergiatkan oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM). Ramai penyokong percaya kerosakan padang ini berlaku akibat beberapa pembesar suara yang diletakkan di […]
Siaran Langsung Piala Malaysia: JDT vs Terengganu, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Terengganu FC mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) itu dijangka bakal dibanjiri kira-kira 75 ribu orang penonton kedua-dua pasukan. Keadaan menjadi hangat selepas keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) masih […]
Azlan Johar: Pengalaman Final Bakal Matangkan Pemain Muda Terengganu

Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar melihat aksi final Piala Malaysia 2023 sebagai medan pendedahan terbaik buat barisan pemain muda Terengganu FC. Musim ini menyaksikan jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner memberi kepercayaan kepada pemain-pemain muda dalam kesebelasan utama terutama di barisan pertahanan. Walaupun percaturan ini kelihatan berisiko pada awalnya, pemain-pemain seperti Ubaidullah Shamsul Fazili dan Safwan Mazlan […]
Status Liridon Krasniqi Bersama Terengganu Akhirnya Terjawab

Status perancang tengah pasukan Terengganu FC, Liridon Krasniqi bagi aksi final Piala Malaysia 2023 akhirnya dijawab oleh ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner. Pengendli kelahiran Croatia itu memberitahu ketika sesi sidang media pra perlawanan bagi aksi final Piala Malaysia 2023 yang bakal berlangsung pada 9 Disember 2023. Beliau memberitahu bahawa pasukannya akan turun semaksimum mungkin untuk menjulang […]
PSM Mohon Maaf Tentang Keadaan Padang SNBJ

Susulan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang kurang memuaskan menjelang final Piala Malaysia 2023 esok, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memohon maaf hari ini. PSM dalam satu kenyataan hari ini mengakui berdepan kesuntukan masa menambahbaik kualiti padang susulan penganjuran konsert kumpulan rock antarabangsa, Coldplay pada 22 November lalu. Ini mengakibatkan kualiti padang tidak dapat […]
Habib Haroon: Kami Teruja Berdepan JDT

Pemain tonggak Terengganu FC, Habib Haroon berkongsi perasaan teruja pasukannya untuk turun beraksi menentang Johor Darul Ta’zim di perlawanan akhir Piala Malaysia 2023. Beliau juga berkata, pemain-pemain Terengganu FC berada dalam keadaan yang baik dan gembira untuk berada di pentas final ditambah pula menentang juara bertahan edisi lalu. “Bagi semua pemain, mereka merasa gembira kerana […]
TMJ Segera Ke SNBJ, Pantau Keadaan Semasa Rumput Zeon Zoysia

Susulan isu kualiti padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang kurang memuaskan, Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim meninjau sendiri keadaan padang SNBJ semasa sesi latihan JDT hari ini. Baginda melakukan tinjauan bagi melihat padang rumput Zeon Zoysia itu hari ini. DYAM TMJ turut mengiringi baginda dalam […]
SNBJ Hadapi Dua Masalah Besar Kurang 24 Jam Sebelum Final

Perlawanan akhir Piala Malaysia antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC bakal menghadapi dua masalah besar berbaki kurang 24 jam sebelum berlangsung. Sebelum ini, tular gambar berkenaan keadaan padang di Bukit Jalil yang kelihatan tidak bersedia sekaligus mencetuskan perasaan bercampur-baur dalam kalangan penyokong. Beberapa jam terbaru juga menyaksikan keadaan padang masih tidak berubah […]
Tomislav Steinbruckner: Rahadiazli Perlu Cari Kelab Lain

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner memberitahu bahawa penjaga gol utama pasukannya ialah Suhaimi Husin sambil berharap agar Rahadiazli mencari tempat baharu untuk menjadi penjaga gol utama pasukan. Dalam satu kenyataan pra perlawanan sebentar tadi, pengendali kelahiran Croatia itu memberitahu bahawa beliau sudah membuat keputusan mengenai penjaga gol yang bakal diturunkannya. Beliau sedar banyak pihak […]
Tano Solari: Mungkin Penyokong Lihat Senang, Sebenarnya Tidak

Ketua jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari optimis pasukannya bakal memberikan yang terbaik bagi aksi final Piala Malaysia 2023 berdepan Terengganu FC. Pengendali kelahiran Argentina itu melihat detik final di Bukit Jalil menjadi momen yang paling penting buat anak buahnya untuk merangkul trofi ke-4 musim ini. Beliau yang ditemui ketika sesi sidang media […]
“Terengganu Akan Lakukan Segalanya Untuk Julang Piala Malaysia” – Tomislav Steinbruckner

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner berharap dapat merealisasikan impian pasukan itu menjulang trofi Piala Malaysia 2023 esok. Kali terakhir skuad Penyu menggondol trofi berprestij itu ialah pada tahun 2001. Pada ketika itu, Terengganu mendapat sentuhan pengendali Imigresen FC, Mat Zan Mat Aris. Skuad Penyu meraih kemenangan 2-1 ke atas Perak FC pada aksi final Piala […]
Keselamatan Pemain JDT & Terengganu Beraksi Atas Padang SNBJ Wajar Diberi Perhatian

Tatkala berbaki kurang dua hari menjelang sepak mula Piala Malaysia 2023, keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil terus menjadi perdebatan hangat terutamanya berkenaan keselematan para pemain yang bakal beraksi. Perlawanan yang akan berlangsung pada 8 Disember 2033 pada jam 9 malam itu menjadi bualan netizen di laman sosial tatkala satu hantaran oleh DYAM TMJ […]
Liridon Krasniqi & JDT Berpisah, Boleh Beraksi Di Final Piala Malaysia?

Masa depan pemain tengah naturalisasi negara, Liridon Krasniqi kembali menjadi bualan hangat apabila beliau difahamkan sudah tidak lagi bersama JDT. Pemain berusia 31 tahun ini dipinjamkan ke Terengganu sejak awal musim 2023 dan menjadi watak penting pasukan di bawah kendalian jurulatiu, Tomislav Steinbruckner. Bintang kelahiran Kosovo ini juga beraksi cemerlang ketika membantu skuad Peteh beraksi […]