Kelab Singapura Akui Tertawan Dengan Kemampuan Pemain Malaysia

Geylang International mungkin kecewa selepas tewas berturut-turut dalam kejohanan pra-musim Piala Harapan 2023. Tetapi pada masa sama, ia turut membuka mata jurulatih mereka, Mohd Noor Ali tentang kemampuan pemain-pemain Malaysia. Atas sebab itu, Noor Ali yang juga bekas pemain kebangsaan Singapura berpandangan sekiranya kelab Singapura itu mempunyai bajet lebih, beliau tidak menolak peluang merekrut pemain […]
Pra-Musim 2023: Kedah Mudah Tumbangkan Geylang International

Kedah bangkit semula daripada kekalahan di tangan Selangor dalam perlawanan pertama Piala Harapan. Ini selepas skuad Kenari berjaya mengalahkan Geylang International 2-1 di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan. Anak-anak buah Nafuzi Zain tampil garang pada babak pertama. Dan ini dibuktikan menerusi gol pemain sayap Kedah, Zharmien Ashraf pada minit ke-31. Tersentak, The Eagles cuba […]
Isu Tiket Aksi Penang Berbangkit Lagi

Belum reda isu tiket kejohanan pra-musim Piala Harapan anjuran Penang mirip kupon kantin, isu lain pula timbul. Kali ini, ramai penyokong Selangor dan Kedah naik angin apabila tiket yang diberi kepada mereka untuk perlawanan tersebut mirip resit bayaran zakat. Disebabkan perlawanan Kedah-Selangor menjadi tumpuan ramai, 8,000 tiket perlawanan diperuntukkan untuk perlawanan tersebut habis dijual. Ini […]
Penang Catat Kemenangan Ke Atas Geylang International

Penang terus menunjukkan prestasi baik dalam pra-musim mereka. Dalam perlawanan pertama kejohanan pra-musim Piala Harapan 2023 yang berlangsung semalam, skuad Harimau Kumbang membenam kelab Singapura, Geylang International 4-0 di Stadium Negeri Pulau Pinang di Batu Kawan. Sebaik sepak mula, Penang mendahului seawal minit kedua menerusi Azmeer Aris selepas menerima hantaran Hadin Azman. Tersentak, Geylang cuba […]
Kelab Singapura Bakal Serikan Aksi Piala Harapan 2023

Seperti pasukan-pasukan Liga Super lain, Penang FC turut sibuk dengan program pra-musim mereka. Terbaru, mereka bakal menganjurkan kejohanan Piala Harapan 2023 yang turut menampilkan kelab Singapura, Geylang International FC. Kejohanan yang bakal berlangsung dari 1 Februari hingga 4 Februari ini bakal menampilkan empat pasukan iaitu tuan rumah Penang FC, Selangor, Kedah dan Geylang International. Kejohanan […]