Malaysian University Ucap Terima Kasih Kepada JDT

Wakil Liga A1 Semi Pro, Malaysian University FT (MUFT) berterima kasih kepada Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) kerana membenarkan mereka menggunakan Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Selepas meraih kemenangan mengejut ke atas PDRM FC pada 12 Jun lalu, Malaysian University menjadi satu-satunya wakil Liga A1 Semi Pro dalam saingan suku akhir Piala FA 2024. Walau […]

Ong Kim Swee Rangka Pelan Berbeza Tanpa 4 Tonggak Utama Berdepan Terengganu

Meskipun bakal turun tanpa empat pemain utama, jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee mempunyai perancangan tersendiri menjelang pertemuan menentang Terengganu dalam saingan Piala FA pada Jumaat. Sabah yang mara ke peringkat suku akhir setelah melakar kemenangan besar 7-0 ke atas KL Rovers pada pusingan pertama dijadualkan menentang jaguh dari Pantai Timur, Terengganu di Gong Badak […]

Piala FA: Jalil Elias Dalam Persiapan JDT Hadapi Malaysian University

Kelibat tonggak tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Jalil Elias mula melakukan persiapan menjelang aksi berdepan Malaysian University dalam saingan Piala FA. Sebelum ini, nama Jalil Elias mula hangat diperkatakan setelah terdapat khabar angin mengenai pemain berusia 27 tahun ini bakal kembali pulang ke Amerika Selatan bersama bekas kelabnya, San Lorenzo. Ditambah pula apabila sosok tubuh […]

Tomislav Steinbruckner Ramal Nasib Sukar Terengganu Lawan Sabah

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner menjangkakan cabaran sukar daripada Sabah FC menjelang aksi pertama suku akhir Piala FA 2024 pada 28 Jun. Penilaian jurulatih Croatia itu dibuat selepas melihat prestasi semasa pasukan yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee itu dalam Liga Malaysia (Liga M). Selepas mengharungi tiga perlawanan, Sabah kekal tanpa kalah dengan mengutip dua […]

Kepulangan Segera 3 Tonggak Penting Untungkan JDT

Kepulangan segera tiga tonggak penting juara bertahan Piala FA, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah memberi impak besar kepada pasukan. Skuad kendalian Hector Bidoglio tidak berdepan maslaah untuk menundukkan Kelantan Darul Naim di laman sendiri dengan keputusan 4-0. Kehadiran semula beberapa tonggak penting yang terpaksa diketepikan pada beberapa perlawanan sebelum itu jelas membuahkan hasil. Penjaga gol […]

Fandi Ahmad Jelaskan Punca Situasi Penalti Sri Pahang Kelam-Kabut

Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad menjelaskan tiada apa yang perlu dibimbangkan tentang situasi penalti membabitkan pasukan itu dalam saingan Piala FA 2024 baru-baru ini. Sebelum ini, ramai penyokong skuad Tok Gajah merasa bimbang apabila melihat video beberapa pemain bertelagah sebelum penentuan sepakan penalti menentang Penang FC. Pada akhirnya, kecekapan penjaga gol Harimau Kumbang, Sikh […]

“Liga Profesional, Tak Perlu Sampai Tumbuk Kepala”

Aksi Piala FA antara pasukan Terengganu dan Perak FC mencuri perhatian ramai. Semuanya tertumpu apabila The Bos Gaurus dihukum beraksi dengan 10 pemain apabila Firdaus Saiyadi melakukan kekasaran terhadap Safawi Rasid. Pemeriksaan Video Bantuan Pengadil (VAR) menyaksikan pemain berusia 27 tahun itu dilayangkan kad merah serta-merta. Menurut analisis pakar dalam segmen Nindia Bola, kesalahan yang […]

Latihan Syahmi Adib Sebelum Lawan Selangor Tuai Hasil

Persediaan latihan sepakan penalti berjaya membantu penjaga gol Negeri Sembilan, Syahmi Adib tampil cemerlang ketika berdepan Selangor dalam aksi Piala FA tempoh hari. Syahmi Adib yang diberi peranan sebagai penjaga gawang oleh ketua jurulatih Negeri Sembilan, Azzmi Aziz, membalas kepercayaan tersebut dengan aksi positif meskipun skuad Rusa tumpas 0-4 di tangan Selangor. Momen Syahmi menyelamatkan […]

“Saya Tak Tahu Reziq Bani Hani Makan Apa” – Nidzam Jamil

Ketua jurulatih Selangor, Nidzam Jamil akui terkejut dengan perkembangan positif pemain import, Reziq Bani Hani yang dibelenggu kecederaan sebelum ini. Reziq yang mengalami kecederaan buku lali ketika beraksi di kejohanan jemputan RCTI Premium Sports pada awal Jun dikhabarkan terpaksa disisihkan oleh Selangor selama beberapa minggu sebelum ini. Ini memaksa The Red Giants turun tanpa khidmat […]

Akmal Rizal Mahu Kejutkan Kedah

Jurulatih Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli tidak gentar dengan prospek berjumpa Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di peringkat suku akhir Piala FA 2024. Penang mencipta kejutan dengan layak ke peringkat suku akhir selepas menyingkirkan Sri Pahang FC menerusi penentuan sepakan penalti. Meskipun begitu, mereka bakal berdepan cabaran lebih sukar selepas ini. Menanti skuad […]

“Lepas Ni Pertahanan Kena Pakai Cermin Sisi Sebab Kecanggihan VAR” – Arie Sham

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC, Arie Sham berseloroh pemain pertahanan perlu memakai cermin sisi bila turun beraksi di atas padang. Komen tersebut dibuat beliau apabila mengulas insiden penalti yang diterima Terengganu FC semasa aksi pusingan 16 pasukan terbaik Piala FA 2024 pada Jumaat lalu. Perak sebelum itu mengejutkan Peteh dengan mendahului menerusi pemain tengah […]

“Harap Doktor Banteras Penyakit Perak Sebelum Merebak” – Yusri Che Lah

Ketua Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah berharwp atar pihak perubatan pasukan dapat mebanteras ‘wabak’ kad merah dalam pasukannya. The Bos Gaurus terpaksa akur apabila tunduk 1-2 di SSMZA selain terpaksa beraksi dengan 10 pemain. Beliau bagaimanapun memuji kerja keras dan komitmen yang ditonjolkan oleh setiap pemain yang berjuang bermati-matian. Usaha tersebut digagalkan apabila penalti […]

Piala FA: Terengganu Catat Kehadiran Tertinggi, JDT Terima Sambutan Hebat

Saingan pusingan 16 terbaik Piala FA menyaksikan Terengganu FC telah merekodkan kehadiran tertinggi diikuti rapat oleh pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT). Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner mencuri tumpuan apabila sekali lagi menundukkan Perak dengan keputusan 2-1. Sebelum ini, aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin telah dibanjiri oleh belasan ribu penyokong ketika tuan rumah membenam The […]

Azzmi Aziz: Selangor Pasukan Kedua Terbaik Selepas JDT

Pengendali Negeri Sembilan FC, Azzmi Aziz melihat pasukan gergasi Lembah Klang, Selangor FC sebagai pasukan kedua terbaik selepas Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Pandangan itu dibuat beliau selepas melihat pasukannya menjadi mangsa belasahan Merah Kuning buat kali kedua dalam aksi pusingan 16 pasukan terbaik Piala FA semalam. Selepas berjaya meraih kemenangan 4-0 dalam aksi […]

Nidzam Jamil Puji Kerja Keras Alex Agyarkwa

Usaha keras yang ditampilkan oleh tonggak tengah Selangor, Alex Agyarkwa mendapat pujian dan perhatian ketua jurulatih, Nidzam Jamil. Nidzam yang ditemui selepas aksi berdepan Negeri Sembilan dalam pusingan 16 terbaik Piala FA berkata, secara keseluruhan beliau berpuas hati dan gembira dengan kemenangan yang dicapai anak-anak buahnya. ”Sudah tentu, saya ingat untuk Piala FA atau apa-apa […]

Romel Morales Buka Akaun Jaringan Bersama JDT Pada Saat Genting

Pemain naturalisasi negara, Romel Morales membuka akaun jaringan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) pada saat yang amat genting. Skuad kendalian Hector Bidoglio menamatkan babak pertama menentang Kelantan DN dengan hanya satu jaringan. Hal ini memaksa pengendali berpengalaman itu menggantikan tiga pemain pada babak kedua dengan Romel Morales, Arif Aiman dan Feroz Baharudin dibawa masuk. Percaturan […]