Fairuz Zakaria Berisiko Digantung Selepas Tunjuk Isyarat Kurang Sopan

Pemain pertahanan Penang FC, Fairuz Zakaria berdepan risiko digantung enam perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana menunjukkan isyarat kurang sopan. Nama pemain pertahanan berusia 27 tahun itu menjadi tumpuan susulan tindakannya dalam aksi suku akhir pertama Piala FA 2024 antara Penang dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada 28 Jun lalu. Selepas […]
Siaran Langsung Piala FA: Kedah Darul Aman vs Penang (Live Streaming)

Pertemuan penting menghiasi aksi suku akhir kedua melibatkan Kedah Darul Aman dan juga Penang FC. Kedua-dua pasukan dalam misi penting untuk melangkah ke peringkat separuh akhir dengan Dang Kenari miliki kelebihan satu jaringan. Ketua Jurulatih Kedah, Nafuzi Zain optimis pasukannya bakal memberikan yang terbaik pada perlawanan penting malam ini. “Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik, nampak […]
Piala FA: Kalamullah Tak Mahu Duka Lawan Penang Berulang

Penjaga gol utama Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi berharap kenangan pahit disingkirkan Penang FC dalam saingan Piala FA 2023 tidak berulang. Kedah berentap dengan Penang dalam aksi pusingan pertama Piala FA 2023 pada 8 Mac 2023. Kapten mereka pada ketika itu, Manuel Ott meletakkan Sang Kenari di hadapan pada minit […]
Siaran Langsung Piala FA: JDT vs Malaysian University (Live Streaming)

Pertemuan suku akhir kedua bakal melibatkan aksi antara juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Malaysian University. Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio mahu anak buahnya berwaspada melayan kunjungan kelab Liga A1 Semi Pro itu sungguhpun “Mereka akan bermain secara kompak bagi mengelak gawang dibolosi dan akan tunggu peluang terbaik menerusi serangan balas. “Kami tidak […]
Piala FA: Rekod Pertemuan Selangor & Kuching City Beri Gambaran Awal

Meskipun ketinggalan 2-1 dari segi kelebihan agregat, Selangor FC masih memiliki kelebihan ke atas lawan mereka, Kuching City untuk aksi suku akhir kedua Piala FA 2024. Merah Kuning terpaksa akur dengan The Cats apabila tewas 2-1 dalam aksi suku akhir pertama di Stadium Negeri, Kuching pada 29 Jun lalu. Berdasarkan rekod pertemuan semasa, kelebihan masih […]
Terengganu Nafi Berita Tomislav Steinbruckner Meninggal Dunia

Kelab Liga Super, Terengganu FC menafikan sekeras-kerasnya berita mengenai pemergian Ketua Jurulatih, Tomislav Steinbruckner. Baru-baru ini, satu berita telah tersebar mengenai khabar angin mengenai pengendali kelahiran Croatia itu yang dikatakan terlibat dalam sebuah kemalangan. Terdapat gambar dan hantaran yang dimuat naik di laman sosial ini sekaligus mencetuskan pelbagai spekulasi. Menerusi satu kenyataan oleh Pengarah Sukan […]
Lambakan Kulit Kuaci Punca Stadium Sultan Mizan Tersumbat

Lambakan kulit kuaci yang dibuang penyokong dilihat punca saluran air Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) tersumbat. Isu ini dikesan pengurusan SSMZA setiap kali menjalankan proses penyelenggaraan dan pembersihan sekitar kawasan stadium. Ini termasuk perlawanan suku akhir pertama Piala FA 2024 antara Terengganu FC dan Sabah FC di SSMZA pada 28 Jun lalu. Pengurusan stadium […]
Piala FA: Senarai Perlawanan Suku Akhir Kedua, Waktu, Lokasi & Siaran TV

Selepas tamat aksi suku akhir pertama, aksi suku akhir kedua Piala FA bakal menentukan empat pasukan terbaik layak ke separuh akhir. Aksi suku akhir pertama menyaksikan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Terengganu FC masing-masing meraih kemenangan besar ke atas Malaysian University FT (MUFT) dan Sabah FC. Sementara Kedah Darul Aman FC (KDA FC) […]
Azam Azmi Ingin Kembali Ke Tahap Terbaik

Pemain pertahanan Terengganu FC, Azam Azmi Murad mahu kembali ke tahap terbaik selepas diberi kepercayaan beraksi dalam kesebelasan utama untuk aksi suku akhir pertama Piala FA 2024. Sebelum ini, pemain pertahanan berusia 23 tahun terpaksa berehat lama akibat kecederaan semasa beraksi untuk Harimau Malaya pada Mac lalu. Masalah kecederaan sama turut menghalang Azam daripada menyertai […]
Datuk Zainal Abidin: Kedah Berpengalaman, Penang Lebih Bahaya

Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan menyifatkan persaingan merebut tiket separuh akhir Piala FA 2024 antara Penang FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) masih lagi terbuka. Pengamatan itu dibuat beliau selepas melihat Kedah meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Harimau Kumbang dalam aksi suku akhir pertama pada 28 Jun lalu. Datuk […]
Malaysian University Pamer Aksi 100% Lawan JDT Tanpa Import

Pengendali Malaysian University FT (MUFT), Ridzuan Abu Shah gembira dengan persembahan yang ditampilkan anak buahnya semasa menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) baru-baru ini. Wakil Liga A1 Semi Pro itu berdepan tugas sukar apabila bertemu dengan JDT di peringkat suku akhir Piala FA 2024. Aksi suku akhir pertama di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada […]
Piala FA: Kedah Sasar 25,000 Penyokong Di Stadium Darul Aman Hadapi Penang

Selepas meraih kemenangan berharga 1-0 dalam aksi suku akhir pertama Piala FA 2024, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) kini menagih sokongan padu penyokong untuk aksi suku akhir kedua. Seruan ini dibuat selepas sokongan padu penyokong memacu Sang Kenari mencatatkan kemenangan 1-0 sebanyak dua kali ke atas Penang dalam saingan Liga Super dan Piala FA. […]
Sentuhan Manuel Ott Kagumkan Razman Roslan

Persembahan cemerlang yang ditampilkan pemain import Terengganu FC, Manuel Ott dalam aksi suku akhir pertama Piala FA 2024 buat bekas pemain kebangsaan, Razman Roslan kagum. Ott menjadi sebahagian daripada kesebelasan utama Peteh yang diturunkan menentang Sabah FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) pada 28 Jun lalu. Bergandingan bersama Marin Pilj dan Nurillo Tukhtasinov […]
Dua Bekas Penyerang Malaysia Rungkai Kualiti Sebenar Ronnie Fernandez

Bekas penyerang Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha menyifatkan Ronnie Fernandez memiliki ciri seorang penyerang yang bagus terutama dari segi fizikal. Sejak menyertai Selangor FC pada awal musim 2024/25, penyerang berusia 33 tahun itu membantu pasukan itu merekodkan empat perlawanan tanpa kalah dalam saingan Liga Malaysia (Liga M). Ini termasuklah merekodkan tiga kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga […]
Nidzam Jamil Yakin Ada Peluang, Fokus Aksi Timbal-Balik Di Stadium MBPJ

Pengendali Selangor, Nidzam Jamil optimis dengan peluang pasukan bimbingannya untuk kembali bangkit dari kekecewaan menjelang aksi kedua Piala FA di Stadium MBPJ minggu hadapan Pada Sabtu, Selangor yang bertandang ke Stadium Negeri Sarawak dikejutkan dengan kekalahan tipis 2-1 kepada Kuching City dalam aksi yang diuji dengan cuaca buruk beberapa jam sebelum perlawanan. Tonggak import Selangor, […]
Piala FA: Terengganu Catat Jumlah Kehadiran Tertinggi Kali Ke-2

Saingan suku akhir pertama Piala FA 2024 menyaksikan Terengganu FC merekodkan kehadiran tertinggi diikuti oleh Malaysian University FT (MUFT). Saingan kali ini menyaksikan skuad Penyu mencuri tumpuan dengan membelasah Sabah FC 4-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) pada 28 Jun lalu. Kejayaan tersebut dibantu dengan kehadiran 15,677 orang di SSMZA. Meskipun angka tersebut […]