Hector Bidoglio: Semua Pasukan Di Malaysia Mahu Menang Lawan JDT

Persembahan juara bertahan Piala FA, Johor Darul Ta’zim (JDT) diberi cabaran sukar sebelum menumpaskan Kedah Darul Aman malam ini. Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio ketika ditemui selepas perlawanan di Stadium Darul Aman. Pertemuan aksi separuh akhir pertama di Stadium Darul Aman menyaksikan skuad Harimau Selatan merekodkan kemenangan 2-1. Katanya, anak buahnya […]

Liga Super: JDT Bangkit Saat Akhir Tewaskan Kedah

Hasrat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk mencipta kejutan dalam separuh akhir pertama Piala FA tidak menjadi kenyataan apabila ditewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Aman sebentar tadi. Kedua-dua pasukan menurunkan skuad terkuat dengan Kedah mempertaruhkan trio serangan mereka iaitu Milos Gordic, Sony Norde dan Sukhrob Nurollaev manakala Arif Aiman, Bergson dan […]

Siaran Langsung Piala FA: Terengganu vs Selangor (Live Streaming)

Perlawanan separuh akhir Piala FA melibatkan pertembungan antara Terengganu dan juga Selangor FC. Ketua Jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner percaya bahawa sokongan padu dapat memberikan kelebihan buat pasukannya bertemu The Red Giants. “Pemain kami beraksi dengan baik ketika bertemu Sabah sebelum ini jadi sukar untuk diubah. “Saya percaya dengan sokongan penonton, kita boleh menang perlawanan esok,” […]

Tomislav Steinbruckner Beri Bayangan Kesebelasan Utama Terengganu

Pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner memberi gambaran awal mengenai kesebelasan utama yang bakal diturunkan dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA menentang Selangor pada Jumaat. Sang Penyu menanti kunjungan Selangor di Gong Badak dengan misi bagi membawa bekalan selesa ke Kelana Jaya setelah cemerlang menewaskan Sabah dengan agregat 7-0 sebelum ini. Menurut Steinbruckner, beliau tidak menolak […]

Siaran Langsung Piala FA: Kedah Darul Aman vs JDT (Live Streaming)

Pertembungan aksi separuh akhir Piala FA 2024 bakal melibatkan pertemuan antara Kedah Darul Aman dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT). Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman, Nafuzi Zain memaklumkan bahawa beliau kini dapat menghembus nafas lega selepas keseluruhan pemain yang bebas daripada kecederaan untuk menghadapi tentangan sengit kelab gergasi Liga Super itu. Pengendali JDT, Hector Bidoglio […]

Piala FA: Terengganu Sasar Kehadiran Tertinggi Lawan Selangor

Terengganu FC berharap dapat merekodkan kehadiran tertinggi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) untuk aksi separuh akhir pertama Piala FA 2024. Kecuali aksi pertama Liga Super menentang Perak FC pada 11 Mei lalu, Terengganu merekodkan kehadiran melebihi 10,000 orang untuk musim 2024/25. Kehadiran tertinggi yang direkodkan di SSMZA ialah 20,150 orang. Rekod ini dilakar […]

Piala FA: Syafiq Ahmad Hanya Jadi Penonton Lawan JDT

Penyerang berbisa Kedah Darul Aman FC, Syafiq Ahmad hanya beraksi sebagai penonton ketika melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT). Pemain berusia 29 tahun itu menyertai Sang Kenari sebagai tonggak pinjaman daripada skuad Harimau Selatan bagi musim 2024/25. Beliau bagaimanapun difahamkan akan hanya duduk di bangku simpanan berdepan majikannya bagi aksi separuh akhir Piala FA 2024. […]

Selangor Mahu Buang Badi Gelanggang Lawan

Kapten Selangor FC, Safuwan Baharudin berharap dapat menamatkan kemarau kemenangan di tempat lawan yang dihadapi pada musim 2024/25. Musim 2024/25 menyaksikan Selangor belum merekodkan sebarang kemenangan di gelanggang lawan baik dalam Liga Super mahupun Piala FA. Aksi suku akhir pertama Piala FA 2024 di Kuching, Sarawak menyaksikan Merah Kuning tewas 2-1 kepada Kuching City FC. […]

Tiket Aksi Kedah & JDT Dijual Bermula RM13

Aksi separuh akhir Piala FA 2024 membabitkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dijangka menarik kehadiran ramai penyokong. Ini kerana aksi separuh akhir pertama bakal berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 19 Julai ini. Ini kali pertama kedua-dua pasukan bertemu sejak Kedah mengikat JDT 3-3 dalam […]

Piala FA: Senarai Perlawanan Separuh Akhir, Waktu, Lokasi & Siaran TV

Liga Super kembali berehat untuk memberi laluan kepada aksi separuh akhir pertama Piala FA 2024. Empat pasukan mengesahkan kemaraan ke separuh akhir ialah Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Selangor FC, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Terengganu FC. JDT dan Terengganu mara selepas masing-masing meraih kemenangan selesa ke atas Malaysian University FT (MUFT) […]

Rekod Tanpa Bolos Beri Keyakinan Kepada Kedah

Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain mengakui rekod tanpa bolos yang direkodkan dalam beberapa perlawanan memberi keyakinan kepada pasukan itu. Empat perlawanan Liga Malaysia (Liga M) yang lepas termasuk aksi Piala FA menyaksikan Kedah tidak dibolosi dalam empat perlawanan. Sang Kenari merekodkan kemenangan 5-0 ke atas Bukit Tambun FC dalam aksi pusingan […]

MFL Kemas Kini Jadual Separuh Akhir Piala FA

Malaysian Football League (MFL) telah mengemas kini jadual aksi separuh akhir Piala FA 2024. Menerusi satu hantaran di laman sosial MFL, terdapat perubahan yang dilakukan bagi aksi separuh akhir yang bakal berlangsung kurang dua minggu dari sekarang. Hal ini selepas mengambil kira Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 yang akan berlangsung pada 20 Julai 2024.  “Malaysian Football […]

Terengganu Hadapi 4 Aksi Berat Dalam Tempoh Singkat

Jaguh Pantai Timur, Terengganu FC menghadapi tiga ujian berat dalam tempoh singkat musim ini. Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner mencatatkan pencapaian membanggakan apabila menundukkan Sabah FC pada aksi suku akhir Piala FA dengan agregat 8-0. Finalis Piala Malaysia 2023 ini bagaimanapun perlu mengharungi tiga ujian berbeza dalam tempoh sebulan untuk kekal bersaing secara kompetitif. Ujian bulan […]

JDT Bakal Hadapi 4 Aksi Hebat Dalam Tempoh Sebulan

Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menghadapi empat aksi hebat dalam tempoh sebulan selepas mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Liga Super dan Piala FA setakat ini. JDT dijadualkan berdepan kelab yang menduduki tangga ketiga Liga Super musim lalu iaitu Sabah FC pada 13 Julai ini di Stadium Likas. Aksi tersebut sudah pasti menjadi tumpuan ramai apabila […]

Zainal Abidin: Keputusan Nidzam Jamil Adil

Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan menyifatkan keputusan yang dibuat Nidzam Jamil dalam aksi suku akhir kedua Piala FA antara Selangor FC dengan Kuching City FC sebagai adil. Keputusan yang dimaksudkan bekas jurulatih Sri Pahang FC itu ialah tindakan Nidzam memasukkan Aliff Izwan Yuslan, Fazly Mazlan dan Syahir Bashah sebagai pemain gantian pada […]

Cemerlang Bersama Terengganu, Ini Kemas Kini Nilai Pasaran Akhyar & Safawi Rasid

Nilai dua pemain tunjang Terengganu FC, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid mula menjadi buah mulut peminat tanah air. Dua watak penting ini telah membantu Sang Peteh untuk merakamkan kemenangan 3-0 berdepan Sabah FC di Stadium Likas. Persembahan cemerlang ini juga telah memecahkan penantian Akhyar Rashid untuk menjaringkan gol pertama bersama Terengganu FC. Impak yang dibawa […]