Tiga Pertahanan Penang Jadi ‘Punca’ Pasukan Tewaskan Kedah

Perlawanan pusingan pertama Piala FA menyaksikan Penang berjaya menyingkir pasukan Kedah di Stadium Darul Aman menerusi sepakan penalti 4-3 selepas terikat seri 2-2 sama. Yang menariknya, 4 pemain yang mengambil sepakan penalti tiga daripadanya menerusi gandingan tiga bek tengah Penang dan seorang lagi pemain sayap, Hadin Azman. Tiga bek tengah tersebut beraksi ialah Faris Shah […]
Penjaga Gol Penang Sudah Ada Senarai Sepakan Penalti Pemain Kedah?

Pertembungan pusingan pertaa Piala FA antara pasukan Kedah Darul Aman menentang Penang FC berlangsung dengan cukup baik namun kelebihan menjadi milik Penang. Sungguhpun aksi terikat 2-2 sehingga masa tambahan, The Phanters jelas memiliki kelebihan dan akhirnya berjaya menoktahkan kemenangan menerusi sepakan penalti. Kedah memperoleh gol pembukaan menerusi jaringan kapten pasukan, Manuel Ott minit ke-9 sebelum […]
Penyokong Hairan Perak Kerap Terima Kad Merah

Para penyokong Perak FC kini mula berasa bimbang dengan aksi yang ditampilkan oleh para pemain pasukan apabila mereka sering menerima kad merah. Setelah beraksi sebanyak 4 kali musim ini, anak didik Lim Teong Kim jelas masih tidak berada dalam prestasi yang diharapkan. The Bos Gaurus telah menerima dua kad merah pada aksi pertama ketika tewas […]
Nafuzi Zain: Masa Depan Pemain Terengganu Baik Buat Bola Sepak Malaysia

Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain yakin masa depan pemain Terengganu cerah buat bola sepak Malaysia. Jurulatih berusia 44 tahun itu mengakui kekurangan pengalaman yang dimiliki oleh barisan pemainnya telah menjadi pemisah buat kedua-dua pasukan. Sungguhpun begitu, beliau tetap melihat perkembangan ini sebagai satu perkara yang positif buat para pemainnya menjadi lebih matang. Nafuzi turut […]
Arif Aiman Simpan Hasrat Menyinar Di Pentas Antarabangsa

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi mahu memberi lebih banyak kejayaan buat JDT pada masa hadapan. Beliau yang dinobatkan selaku pemain terbaik perlawanan pada aksi final Piala FA selepas menjaringkan satu gol penting di Stadium Nasional Bukit Jalil. Arif menjelaskan sungguhpun beliau beraksi dengan baik namun masih banyak perkara yang mahu […]
Piala FA: JDT Tepati Ramalan Julang Piala FA Tewaskan Terengganu

Perlawanan akhir Piala FA yang melibatkan pertembungan antara pasukan Terengganu FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) berkesudahan dengan kemenangan menjadi milik JDT. Aksi yang dimeriahkan dengan kehadiran 84,321 orang penonton ini menyajikan kehangatan seawal tiupan wisel permulaan. Kedua-dua pasukan tidak melepaskan peluang untuk mengasak ke kubu lawan menerusi beberapa gerakan menarik di Stadium Nasional Bukit Jalil. […]
Final Piala FA Dalam Suasana Hujan ?

Perlawanan akhir Piala FA yang melibatkan pertembungan antara dua pasukan gergasi Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Terengganu dijangka bakal berlangsung dalam suasana hujan. Aksi dramatik yang dijadualkan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini berisiko apabila kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang kini sedang mengalami hujan dengan kerap. Menurut laporan oleh […]
Jawapan Spontan Nafuzi Zain Mengenai Status Terkini Rahadiazli

Ketua jurulatih pasukan Terengganu FC, Nafuzi Zain memberi bayangan mengenai keputusan untuk menurunkan penjaga gol utama pasukan, Rahadiazli Rahalim. Penjaga gol berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan yang serius ketika pertemuan menentang Melaka United tempoh hari. Walau bagaimanapun, beliau difahamkan telah pun kembali menjalani latihan sepenuhnya bersama pasukan namun keputusan segalanya terletak kepada ketua jurulatih […]
Nafuzi Zain: Terengganu Bermain Untuk Piala

Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain yakin pasukannya turun dengan satu misi iaitu bagi menjulang piala bagi perlawanan akhir menentang JDT esok. Pengendali kelahiran Kelantan ini yakin bahawa para pemainnya sudah pun bersedia sekiranya diberi peluang untuk diturunkan. Mengulas lanjut, jurulatih berusia 44 tahun ini sedar akan ancaman hebat yang bakal diberikan oleh pasukan Harimau […]
Héctor Bidoglio Tak Mahu Kekalahan Lalu Hantui JDT

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio menyedari kemampuan dan ancaman yang bakal diberikan oleh Terengganu menjelang Final Piala FA sambil mengharapkan agar pemainnya tidak dihantui kegagalan lalu. Umum mengetahui bahawa Harimau Selatan telah tumpas kepada KL City di venue yang sama ketika final Piala Malaysia tahun lalu. Sambil itu, pengendali kelahiran Argentina itu […]
Safawi Rasid Yakin JDT Akan Buat Habis-Habisan Julang Piala

Pemain sensasi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid yakin bahawa pasukannya sudah pun bersedia sepenuhnya menjelang pertemuan dengan Terengganu pada final Piala FA Sabtu ini. Bintang berusia 25 tahun ini juga mengakui peluang untuk beraksi di pentas akhir ini amat dinanti-nantikan olehnya dan sedia untuk beraksi sebaik mungkin sekiranya diberi peluang. Bekas pemain T-Team […]
Sanusi: Semua Sokongan Rakyat Malaysia Akan Pergi Kepada Terengganu

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi bin Md Nor yakin sokongan rakyat Malaysia akan berpihak kepada Terengganu menjelang pertemuan dengan JDT pada perlawanan akhir Piala FA. Beliau dalam satu temubual menegaskan sokongan padunya terhadap skuad kendalian Nafuzi Zain yang dilihat mampu menjulang piala tersebut pada edisi kali ini. Mengulas lanjut, Sanusi ketika ditanya mengenai pendapatnya tentang […]
Nafuzi Zain Gembira Faisal Halim Sukakan Taktikalnya

Ketua jurulatih pasukan Terengganu FC, Nafuzi Zain mengakui terkejut dan tidak menyangka dengan jawapan yang diberikan oleh pemain sayap pasukannya iaitu Faisal Halim. Sebelum ini, pemain sayap lincah itu ada menyatakan mengenai pendirian masa depannya terletak kepada situasi pengendali kelahiran Kelantan itu. Malah, beliau berkongsi secara terbuka mengenai kesediannya untuk kekal di bumi Darul Iman […]
Nafuzi Zain Teruja Jumpa JDT Selepas 11 Tahun Terengganu Tak Ke Final

Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain menyambut baik pertembungan final menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada final Piala FA, 10 September nanti. Pengendali muda berusia 44 tahun ini menyambut baik pemilihan venue yang ditetapkan bagi aksi final kali ini. Sebelum ini, Malaysian Football League (MFL) telah pun mengesahkan perlawanan final menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada […]
Rasmi: SNBJ Jadi Venue Final Piala FA Antara JDT & Terengganu

Teka-teki mengenai venue Piala FA seperti yang sering disoal di laman sosial akhirnya terjawab pada hari ini. Menerusi satu kenyataan oleh Malaysian Football League (MFL) hari ini, perlawanan yang melibatkan pertembungan dua gergasi bola sepak Malaysia ini bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). SNBJ telah dipilih sebagai venue perlawanan akhir Piala FA 2022 […]
Gelagat ‘Comel’ Nafuzi Zain Kena Botak Licin Buat Penyokong Terhibur

Gelagat Ketua Jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain mencuri tumpuan apabila beliau dilihat sedang dibotakkan kepala oleh para pemain Terengganu FC susulan kemaraan ke pentas akhir semalam. Pengendali berusia 43 tahun bersama-sama pembantu jurulatih, Zulfadli itu difahamkan telah berjanji kepada para pemain untuk membotakkan kepala sekiranya mereka berjaya melakar kemenangan ke atas Selangor pada pentas separuh akhir […]