3 Barisan Kejurulatihan Argentina Pernah ‘Bertapak’ Di Malaysia

Argentina akhirnya menamatkan penantian yang cukup menyiksakan selama 36 tahun apabila menumpaskan Perancis untuk menjuarai Piala Dunia di Qatar tahun ini. Perlawanan epik ini menyaksikan aksi terikat 3-3 sebelum pasukan kendalian Lionel Scaloni berjaya menoktahkan kemenangan menerusi sepakan penalti. Namun begitu, perkara yang paling menarik mengenai kejohanan ini adalah tiga orang daripada barisan kejurulatihan Argentina […]
Scaloni Jadikan Kenangan ‘Malaysia’ Sebagai Inspirasi Juarai Piala Dunia

Semalam, Argentina yang dibimbing Lionel Scaloni menamatkan kemarau 36 tahun Piala Dunia dengan menjulang trofi berprestij itu buat kali ketiga. Tetapi tidak ramai tahu baju yang dipakai jurulatih berusia 44 tahun itu sama dengan baju yang dipakainya pada 1997 semasa menyertai Piala Dunia Remaja 1997 di Malaysia. Scaloni merupakan sebahagian daripada pasukan Argentina bawah 20 […]
Lelaki Gila Ini Sudah Rancang Argentina Juarai Piala Dunia Sejak 7 Tahun Lalu

Seperti yang diketahui, Argentina berjaya menjulang Piala Dunia 2022 Qatar selepas menumbangkan Perancis di perlawanan akhir yang berakhir awal pagi tadi. Perlawanan akhir tersebut berlarutan sehingga ke penentuan sepakan penalti selepas kedudukan seri 3-3 untuk tempoh 120 minit permaianan. Argentina yang diketuai Lionel Messi berjaya menyempurnakan kesemua sepakan penalti untuk kemenangan 4-2 sekali gus menjulang […]
Lionel Messi Mahu Terus Bermain Sebagai Juara Dunia

Semalam, Lionel Messi merealisasikan impian Argentina menjulang Piala Dunia buat kali ketiga selepas penantian selama 36 tahun. Namun begitu, tatkala beberapa pemain veteran sudah mengucapkan selamat tinggal kepada karier antarabangsa mereka, legenda Barcelona itu berharap dapat terus bermain sebagai juara dunia. Albiceleste menewaskan lawan mereka, Perancis menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 3-3. Tetapi walaupun […]
Argentina Bawa Pulang RM185 Juta

Semalam, Argentina mengakhiri kemarau 36 tahun Piala Dunia mereka dengan menjulang trofi berprestij itu buat kali ketiga. Ini selepas Albiceleste menewaskan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 3-3 selepas perlawanan penuh dan masa tambahan. Kejayaan ini turut melayakkan Argentina mendapat hadiah wang Piala Dunia berjumlah AS$42 juta (RM185 juta). Ia merupakan sebahagian daripada wang […]
Penantian 36 Tahun Argentina Berakhir, Juarai Piala Dunia Tewaskan Perancis

Hasrat Argentina bergelar juara dunia buat kali ketiga akhirnya tercapai selepas berjaya mengalahkan Perancis di pentas final Piala Dunia 2022. Kali terakhir Albiceleste menjulang piala tersebut ialah pada 1986 oleh mendiang Diego Maradona. Sebaik sepak mula, Argentina mula mengasak kubu Les Bleus. Dan mereka hampir di depan menerusi Julian Alvarez selepas hantaran Rodrigo de Paul […]
Terlalu Lumayan, Ini Jumlah Wang Diterima Pasukan Bertanding Di Piala Dunia

Badan Induk Bola Sepak Dunia (FIFA) dilaporkan telah memperuntukkan sejumlah wang iaitu sebanyak RM1.95 Billion kepada pasukan yang bertanding di Piala Dunia. Kejohanan bola sepak berprestij di dunia ini kini berlangsung di Qatar pada tahun ini yang menyaksikan saingan sudah pun sampai ke peringkat akhir. Pada awal pagi ini, pertembungan bersejarah antara dua gergasi bola […]
Croatia Benam Maghribi, Gondol Tempat Ketiga Piala Dunia

Croatia menamatkan kempen Piala Dunia 2022 dengan bergaya selepas menewaskan Maghribi 2-1 di Stadium Antarabangsa Khalifa hari ini. Dengan kemenangan tersebut, Vatreni menggondol tempat ketiga sekaligus pasukan ketiga terbaik dalam kejohanan. Sebaik sepak mula, Croatia mula mengasak benteng pertahanan Maghribi. Dan tekanan mereka hampir membuatkan sepakan penjaga gol Yassine Bounou hampir termasuk ke dalam gol […]
Piala Dunia ‘Baru’ Dengan 32 Pasukan Bakal Dilangsungkan Pada 2025

Walaupun mendapat tentangan hebat kelab-kelab besar Eropah, Presiden FIFA Gianni Infantino hari ini mengumumkan penganjuran Piala Dunia ‘Baru’ yang bakal bermula pada 2025. Kejohanan ini bakal membabitkan 32 pasukan kelab tetapi format, tuan rumah dan maklumat terperinci tentangnya masih belum didedahkan. Ia diumumkan Infantino pada sidang media pra-perlawanan final Piala Dunia 2022 Argentina-Perancis. Dalam sidang […]
FIFA Mahu Rombak Semula Pelan Piala Dunia 2026

Selepas aksi menghiburkan ditampilkan dalam peringkat kumpulan Piala Dunia 2022, FIFA kini sedang mempertimbang semula format Piala Dunia 2026. Ini kerana format baru membabitkan 48 pasukan itu ditakuti bakal membosankan penyokong yang menonton dan mencetuskan tindakan yang tak mencerminkan semangat kesukanan. Untuk edisi Piala Dunia 2026, Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico menjadi tuan rumah bersama […]
Antoine Griezmann Mahu Balas Dendam Kepada Messi

Pentas final Piala Dunia 2022 bukan sekadar perlawanan terakhir buat kapten Argentina, Lionel Messi. Tetapi pada masa sama, ia juga merupakan peluang terbaik buat bekas penyerang Barca, Antoine Griezmann membalas dendam terhadap penyerang PSG itu selepas menerima layanan dingin sepanjang berada di Nou Camp. Bukan satu rahsia graduan akademi Real Sociedad itu dibawa ke Nou […]
Qatar 2022: Penyokong Eropah Rasa Bahagia Guna Air Berbanding Tisu Di Tandas

Seorang penyokong bola sepak dari Eropah menyatakan rasa kepuasan apabila akhirnya menggunakan air berbanding tisu ketika berada di tandas. Beliau yang memuat naik satu ciapan di laman Twitternya menyatakan, pengalaman berada di Qatar menyebabkan dirinya sudah membiasakan diri dengan menggunakan air. Malah, perbuatan tersebut seolah-olah sudah menjadi kebiasaan buatnya sekaligus membuatkan beliau berasa selesa dengan […]
Mengapa Stadium 974 Dimusnahkan Sejurus Tamat Piala Dunia?

Salah sebuah stadium yang menjadi venue bagi aksi Piala Dunia Qatar 2022 secara rasminya telah berkubur. Stadium yang dikenali dengan nama 974 itu telah pun dimaklumkan oleh pihak penganjur tidak akan lagi digunakan selepas tamat pertemuan antara Brazil dan Korea tempoh hari. Binaannya yang terdiri daripada ruangan besi terpakai itu difahamkan akan dihantar ke negara […]
Presiden Perancis Gelar Sofyan Amrabat Pemain Tengah Terbaik Piala Dunia

Walaupun kecewa tersingkir dari separuh akhir Piala Dunia 2022 di tangan Perancis, Maghribi kalah bermaruah dengan mempamerkan semangat juang yang tinggi atas padang. Prestasi pemain-pemain Singa Atlas termasuk Sofyan Amrabat mendapat pujian ramai pihak. Bahkan, Presiden Perancis, Emmanuel Macron tidak teragak-agak menggelar pemain tengah Maghribi itu sebagai pemain tengah terbaik dalam Piala Dunia. Hal ini […]
Perancis Singkirkan Maghribi, Lawan Argentina Di Final Piala Dunia

Perancis menepati ramalan sebagai pasukan pilihan Piala Dunia 2022 dengan menyingkirkan Maghribi di peringkat separuh akhir. Dengan kemenangan ini, Les Bleus bakal berdepan Argentina di pentas final. Babak pertama menyaksikan Perancis terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Theo Hernandez pada minit kelima. Hantaran penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann mencetuskan situasi kelam-kabut dalam kotak penalti Maghribi. Walaupun […]
“Saya Menyesal Bawa Pemain Itu Ke Qatar, Ia Satu Kesilapan” – Luis Enrique

Bekas ketua jurulatih Sepanyol, Luis Enrique akui telah membuat keputusan yang silap di dalam pemilihan pemain untuk membarisi skuad Piala Dunia Qatar 2022. Luis Enrique yang dipecat susulan tersingkirnya Sepanyol di pusingan kedua susulan kekalahan kepada Maghribi, membawa 26 pemain ke Qatar dengan beberapa nama berprofil tinggi disisihkan termasuk David De Gea, Sergio Ramos, Thiago […]