KBS Umum ‘Habuan’ RM80,000 Buat Skuad Hoki Negara

Skuad hoki 5s lelaki Malaysia menerima ganjaran lumayan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selepas bergelar naib juara Hoki 5s Piala Dunia 2024 baru-baru ini. Pasukan yang dibimbing Wallace Tan itu bakal menerima insentif kewangan berjumlah RM80,000. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh selepas menyambut kepulangan kontinjen hoki 5s lelaki negara […]

“Kita Sudah Cuba, Tetapi Hanya Dapat Nombor Dua” – Wallace Tan

Pengendali skuad hoki 5s Malaysia, Wallace Tan melihat barisan pemain negara telah memberi yang terbaik dalam aksi final Hoki 5s Piala Dunia semalam. Skuad negara melakar pencapaian membanggakan apabila berjaya mara ke final edisi sulung Hoki 5s Piala Dunia selepas mengetepikan Poland di separuh akhir. Bagaimanapun, hajat anak buah Wallace bergelar juara tidak kesampaian apabila […]

Soleen Al-Zoubi: Jika Malaysia Ada Segalanya, Kita Akan Ke Piala Dunia

Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita negara, Soleen Al-Zoubi yakin dengan kemampuan Malaysia untuk layak ke pentas Piala Dunia suatu hari nanti. Beliau yang ditemui ketika di FAS Women’s Super League berkata perkembangan liga yang baik bermula daripada persiapan pasukan yang rapi agar kualiti pasukan wanita kebangsaan dapat dipertingkat. “Kita perlukan persiapan yang rapi, perjalanan […]

AFC Asian Cup: Pengadil Piala Dunia Dipilih Bagi Aksi Malaysia & Jordan

Aksi Kumpulan E membabitkan Malaysia dan Jordan awal pagi esok bakal diadili oleh seorang pengadil yang pernah mengadili perlawanan Piala Dunia. Pengadil Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mohammed Abdulla Hassan Mohamed dipilih sebagai pengadil bertugas untuk perlawanan Malaysia-Jordan. Pengadil berusia 45 tahun itu merupakan pengadil berpengalaman dan memiliki lesen Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sejak tahun […]

Hoki Piala Dunia Remaja: Jerman Muncul Juara Kali Ketujuh, Tewaskan Perancis

Jerman terpaksa bekerja keras sebelum menggondol gelaran juara Piala Dunia Hoki Remaja buat kali ketujuh dalam sejarah kejohanan. Kejayaan itu dicapai selepas mengatasi cabaran Perancis di pentas final Piala Dunia Hoki Remaja 2023 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Dari segi rekod pencapaian, skuad hoki remaja Jerman lebih berpengalaman kerana pernah menjulang trofi itu sebanyak […]

Amin Rahim: Malaysia Lakukan Banyak Kesilapan Mudah

Jurulatih skuad hoki remaja Malaysia, Amin Rahim mengakui masih ada ruang yang perlu diperbaiki menjelang aksi crossover tempat kesembilan hingga ke-12 Piala Dunia Remaja 2023 menentang Belgium pada Rabu ini. Malaysia meraih kemenangan 4-1 ke atas Mesir dalam aksi penentuan tempat kesembilan hingga ke-16. Biarpun keputusan tersebut tampak selesa, hakikatnya The Young Tigers banyak melakukan […]

Giliran Singapura Mahu Anjurkan Piala Dunia B-17

Selepas melihat Indonesia berjaya menjadi tuan rumah Piala Dunia Bawah 17 Tahun (B-17) 2023, Singapura kini mahu melakukan perkara sama. Ini berdasarkan satu kenyataan yang dibuat Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) kepada media semalam. FAS memaklumkan mereka sudah menandatangani Letter of Intent (Surat Niat) dengan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) bagi membincangkan dan bidaan sebagai […]

Jerman Muncul Juara Piala Dunia B-17 Kali Pertama, Gah Tumbangkan Perancis

Pasukan kebangsaan Jerman melakar sejarah untuk menjulang Piala Dunia B-17 selepas menundukkan jaguh Eropah, Perancis dengan keputusan 4-3 hasil penentuan sepakan penalti. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Manahan menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat untuk menjulang trofi berprestij ini. Anak didik Christian Wuck tampil lebih garang pada babak pertama sekaligus menyebabkan Perancis lebih banyak bertahan. […]

Mali ‘Titik’ Argentina, Muncul Tempat Ke-3 Piala Dunia B-17

Pasukan kebangsaan b-17 Mali mencatat pencapaian memberangsangkan di Piala Dunia apabila membenam cabaran Argentina untuk meraih tempat ke-3. Keputusan ini dianggap mengejutkan oleh banyak pihak tatkala kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik. Mali melakukan permulaan baik yang menjadi detik pemisah awal dalam perlawanan ini apabila kapten pasukan, Ibrahim Diarra meletakkan pasukan di hadapan pada minit ke-9 […]

Malaysia Sedia Anjurkan Hoki Piala Dunia

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal melihat negara sudah bersedia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2025. Kenyataan ini dibuat kepada media selepas majlis pengenalan jersi skuad Young Tigers dan penyerahan tajaan Piala Dunia Remaja 2023 yang berlangsung semalam. “Masa itu kalau FIH (Persekutuan Hoki Antarabangsa) minta kita anjurkan […]

Piala Dunia U17: Jerman Ke Final, Atasi Cabaran Argentina

Jerman bekerja keras sebelum mengatasi cabaran Argentina menerusi penentuan sepakan penalti di pentas separuh akhir Piala Dunia B-17 2023 di Stadium Manahan hari ini. Selepas menyingkirkan juara bertahan Brazil di pentas suku akhir, ubi muda Albiceleste mahu mara ke final dan mengulangi pencapaian skuad senior mereka di Piala Dunia 2022. Sementara Jerman mahu mengulangi pencapaian […]

Pempengaruh Indonesia Persoal Mengapa Malaysia Diundi Bertemu Lawan Lemah

Seorang pempengaruh Indonesia tidak berpuas hati mengapa Malaysia berada dalam Kumpulan D dalam pusingan kelayakan kedua Piala Dunia 2026. Pempengaruh TikTok, sport_corner.id mendakwa Kumpulan D merupakan kumpulan lemah jika dibandingkan dengan Indonesia yang berada dalam Kumpulan F. Malaysia berada dalam Kumpulan D bersama Kyrgyzstan, Oman dan Taiwan. Sementara Indonesia pula menyertai dua negara ASEAN lain, […]

Piala Dunia U17: Perancis Ke Separuh Akhir, Kalahkan Uzbekistan

Perancis terpaksa berhempas-pulas mengatasi Uzbekistan bagi mengesahkan kemaraan ke pentas separuh akhir Piala Dunia B-17 2023. Selepas berjaya mengulangi pencapaian layak ke suku akhir sejak edisi 2011, The White Wolves berharap dapat melakar sejarah layak ke separuh akhir. Sementara Perancis pula berharap dapat mengulangi pencapaian ke separuh akhir dalam edisi 2019. Babak pertama menyaksikan Les […]

Piala Dunia U17: Jerman Ke Separuh Akhir, Ketepikan Cabaran Sepanyol

Semangat juang yang dimiliki ubi muda Jerman membantu mereka mengatasi Sepanyol dalam aksi suku akhir Piala Dunia B-17 2023. La Roja berharap dengan melangkah ke separuh akhir, mereka berpeluang cerah mengulangi pencapaian layak ke final Piala Dunia B-17 edisi 2017. Sementara Jerman pula mahu mengulangi pencapaian layak ke separuh akhir yang dicapai pada edisi 1997, […]

Piala Dunia U17: Uzbekistan Kejutkan England, Layak Ke Suku Akhir

Skuad B-17 England tergamam apabila disingkirkan pasukan gergasi Asia, Uzbekistan dalam pusingan 16 pasukan terbaik Piala Dunia B-17 2023. Ubi muda The White Wolves yang dibimbing Jaloliddin Rakhmatullaev berharap dapat mengulangi pencapaian layak ke suku akhir dalam edisi 2016. Sementara The Three Lions pula melihat kemaraan ke suku akhir sebagai kunci untuk mengulangi kejayaan menjulang […]

Insiden Keganasan Cemari Perlawanan Brazil & Argentina

Insiden keganasan penyokong dan polis mencemari perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Amerika Selatan membabitkan Brazil dan Argentina hari ini. Perlawanan yang diadakan di Stadium Maracana itu terpaksa ditangguhkan selama 30 minit apabila penyokong kedua-dua pasukan mula bergaduh. Polis yang datang ke bahagian penyokong Albiceleste cuba menyuraikan keadaan. Malangnya, sesetengah penyokong tidak mengendahkan amaran dan […]