Indonesia Sambut Kehadiran Jepun Penuh Debaran

Aksi terbaru kelayakan Piala Dunia 2026 membabitkan Indonesia dan Jepun pada 15 November ini dijangka menarik. Ini kerana Samurai Biru yang dibimbing Hajime Moriyasu masih kekal tanpa kalah dalam Kumpulan C selepas mengharungi empat perlawanan. Sementara Tim Garuda pula mahu melupakan kekalahan pahit 2-1 di tangan China. Aksi ini cukup menarik ia merupakan ulangan aksi […]

Dua Gol Sendiri ‘Ikat’ Jepun & Australia

Rekod tanpa kalah Jepun dalam Kumpulan C terus utuh meskipun diikat 1-1 dengan Australia di Stadium Saitama. Samurai Biru yang dibimbing Hajime Moriyasu ingin mengekalkan rekod kemenangan 100% dalam aksi pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026. Manakala The Socceroos yang dibimbing Tony Popovic pula mahu menambah satu lagi kemenangan selepas berjaya menewaskan China. Australia menggunakan […]

Media China Anggap Indonesia Lebih Kuat Berbanding Australia

Seorang wartawan China menyifatkan Indonesia jauh lebih kuat daripada beberapa pasukan Asia termasuk Australia. Pandangan ini diutarakan wartawan Xi’an Evening News, He Xiaolong bila mengulas peluang skuad kebangsaan China menentang Indonesia pada 15 Oktober ini. Selepas menilai prestasi Tim Garuda dalam beberapa aksi kelayakan Piala Dunia 2026 sebelumnya, beliau merasakan Dragon’s Team bakal berdepan kesukaran […]

Pengadil Timur Tengah Adili Aksi China & Indonesia

Aksi terbaru kelayakan Piala Dunia 2026 membabitkan China dan Indonesia bakal diadili oleh seorang pengadil dari Timur Tengah. Akhbar Kompas melaporkan aksi keempat Kumpulan C itu bakal diadili oleh pengadil Emiriah Arab Bersatu (UAE), Omar Al-Ali. Omar memiliki pengalaman sebagai pengadil bukan saja dalam saingan UAE Pro League. Malah, beliau juga turut diberi peluang untuk […]

Messi Kecewa Dengan Keadaan Padang Di Venezuela

Legenda Argentina, Lionel Messi tidak berpuas hati dengan mutu padang Stadium Monumental selepas pasukan itu diikat Venezuela 1-1. Aksi terbaru kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Amerika Selatan itu menyaksikan La Albiceleste pada awalnya mendahului menerusi bekas bek tengah Manchester City, Nicolas Otamendi. Walau bagaimanapun, La Vinotinto memastikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata menerusi rembatan bekas […]

Walaupun Seri, Indonesia Terima Mata Tambahan FIFA Yang Banyak

Meskipun diikat 2-2 oleh Bahrain pada awal pagi 11 Oktober, Indonesia masih menerima mata tambahan ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang banyak. Aksi terbaru kelayakan Piala Dunia 2026 itu menyaksikan pada awalnya, Tim Garuda ketinggalan menerusi gol Jasim Marhoon. Kem Indonesia kemudiannya ceria apabila Ragnar Oratmangoen menyamakan kedudukan sebelum rehat. Penyerang Brisbane Roar, Rafael […]

Jepun Gah Leburkan Rekod Tanpa Kalah Arab Saudi

Jepun meneruskan prestasi cemerlang setelah berjaya menewaskan Arab Saudi 2-0 dalam aksi pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026. Kedua-dua pasukan masih belum tewas sebelum ini dalam saingan kumpulan C dimana Jepun telah meraih dua kemenangan manakala Arab Saudi mencatat 1 kemenangan dan 1 keputusan seri. Roberto Mancini mempertaruhkan formasi 4-3-3 dengan meletakkan gandingan trio serangan […]

4 Pengadil Malaysia Adili Perlawanan Australia vs China Di Adelaide

Nama pengadil Malaysia, Nazmi Nasaruddin kembali menjadi tumpuan apabila beliau mengetuai pasukan pengadilan aksi membabitkan Australia dan China di Adelaide. Aksi ini merupakan aksi ketiga Kumpulan C untuk pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia. Aksi ini penting bagi kedua-dua negara untuk mengutip tiga mata buat kali pertama dalam kumpulan. Ini selepas China dan […]

Jurulatih Australia Hilang Kerja

Ketua jurulatih Australia, Graham Arnold mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada jawatan tersebut. Arnold memegang rekod sebagai jurulatih paling lama membimbing The Socceroos dari 2018 hingga 2024. Beliau sudah memaklumkan keputusannya kepada badan induk bola sepak negara itu, Bola Sepak Australia (FA). “Pemergian Graham Arnold menandakan berakhirnya satu era untuk bola sepak Australia. Sumbangan beliau […]

Jordan Tewaskan Palestin 3-1

Jordan terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan Palestin dalam aksi kedua kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. Al-Nashama dan Singa Kanaan memburu tiga mata pertama dalam Kumpulan B selepas masing-masing seri dalam aksi pertama kumpulan. Pemain pertahanan Al-Faisaly, Mus’ab Al-Battat mengetuai cabaran Palestin. Manakala Ihsan Haddad pula diberi kepercayaan mengetuai cabaran […]

Siaran Langsung Kelayakan Piala Dunia: Palestin vs Jordan (Live Streaming)

Dua pasukan Asia Barat, Palestin dan Jordan bakal berentap di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras untuk aksi kedua pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026. Kedua-dua pasukan berharap dapat meraih kemenangan pertama dalam Kumpulan B. Ini selepas Al-Nashama dan Singa Kanaan mengutip satu mata dalam aksi pertama kumpulan. Jordan diikat 1-1 dengan Kuwait di Amman […]

Jordan Tagih Khidmat 3 Bintang Selangor

Jordan bakal menggunakan khidmat tiga bintang Selangor FC menjelang pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 yang bermula pada September ini. Tiga bintang tersebut ialah Noor Al-Rawabdeh, Reziq Bani Hani dan Ali Olwan. Nama ketiga-tiga pemain Merah Kuning itu tersenarai dalam senarai awal 34 pemain yang dipanggil jurulatih, Jamal Sellami. Noor dan Reziq menjadi penggerak di […]

FIFA ‘Kecek Klate’

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tampil dengan hantaran berdialek Kelantan. Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman sosial FIFA yang menggunakan dialek Kelantan yang meraih perhatian penyokong di Malaysia. Hantaran itu bagaimanapun merujuk kepada aksi Piala Dunia 2002 yang melibatkan pertembungan antara Korea Selatan menentang Turkiye. Hal ini merujuk kepada jaringan pantas yang direkodkan oleh […]

Peluang Rakyat Malaysia Zahirkan Sokongan Kepada Palestin Di Cheras

Rakyat Malaysia berpeluang menzahirkan sokongan padu kepada pasukan bola sepak Palestin dalam aksi pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026. Ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan pemilihan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras sebagai venue neutral Singa Kanaan untuk aksi kelayakan. Sebelum ini, PFA mencari gelanggang neutral untuk aksi pusingan ketiga kelayakan susulan konflik […]

Jurulatih India Dipecat Serta-Merta

Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) bertindak memecat pengendali skuad kebangsaan negara itu dari Croatia, Igor Stimac. Keputusan pemecatan itu dibuat selepas satu mesyuarat maya membabitkan ahli jawatankuasa kanan AIFF diadakan semalam. Khidmat jurulatih berusia 26 tahun itu ditamatkan selepas India gagal layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 baru-baru ini. Selepas tewas 2-1 […]

Senarai Kedudukan Pasukan Bagi Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026

Pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 menyaksikan 18 negara Asia yang layak disusun mengikut kedudukan ranking terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Berdasarkan kedudukan terkini FIFA, Jepun mengetuai 18 pasukan itu dengan menduduki ranking ke-18 dunia. Ini disusuli Iran yang menduduki ranking ke-20. Korea Selatan dan Australia pula turun satu anak tangga dengan masing-masing menduduki […]