AFC Asian Cup: Qatar Mula Langkah Kanan Belasah Lubnan

Aksi Kumpulan A antara juara bertahan AFC Asian Cup, Qatar dan Lubnan berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada Qatar. Aksi yang berlangsung di Stadium Lusail, Qatar itu menyaksikan anak didik Hassan Al-Haydos memulakan aksi dengan cukup baik pada babak pertama. Lubnan dilihat lebih banyak berkampung di laman sendiri untuk menyerap asakan tuan rumah. Qatar berjaya menembusi […]
AFC Asian Cup: Juara Pestabola Merdeka Hilang Khidmat Arkitek Kedah

Hasrat juara Pestabola Merdeka untuk mempertaruhkan kudrat terbaik di pentas Piala Asia tidak kesampaian apabila kehilangan tonggak utama di bahagian tengah. Persiapan pasukan ke-106 dunia itu membawa barisan terbaik ke Qatar dengan beberapa nama besar kembali mengisi skuad kali ini. Ketua jurulatih Tajikistan, Petar Sergt juga berhasrat untuk memacu cabaran pasukannya dengan lebih jauh selepas […]
Ranking FIFA: Malaysia Berpeluang ‘Terjun’ Ke Kelompok 120 Dunia Selepas 19 Tahun

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia berpeluang untuk melonjak ke kelompok 120 terbaik dunia sekiranya mencatatkan keputusan positif berdepan pasukan ke-87 dunia, Jordan. Skuad kendalian Kim Pan-gon membawa cabaran hebat ke pentas berprestij tersebut setelah kali terakhir melakukannya secara merit 43 tahun yang lalu. Harimau Malaya juga melalui musim yang cukup cemerlang tahun 2023 apabila berjaya menampilkan persembahan […]
AFC Asian Cup: “Kami Juga Ada Kualiti Untuk Cabar Jordan” – Dion Cools

Pertahanan kental Malaysia, Dion Cools yakin Malaysia memiliki kualiti yang tersendiri untuk mencabar pasukan Jordan menjelang aksi pertama kumpulan E Piala Asia 2023. “Kami sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan pertama. Sebelum ini saya sudah separuh musim di Thailand jadi bagi saya tiada isu tentang masalah fizikal.” ujar Cools tentang persediaan Harimau Malaya menentang Jordan. Cools […]
“Bekerjalah Di Tempat Anda Dihargai” – Saddil Ramdani

Pemain sayap sensasi Timnas Indonesia, Saddil Ramdani memuat naik satu kenyataan yang menggambarkan isi hatinya ketika ini. Bintang berusia 25 tahun itu merupakan pemain utama di peringkat kelab sejak beberapa musim kebelakangan ini bersama The Rhinos. Beliau juga menjadi taruhan ketua jurulatih Sabah FC, Dato’ Ong Kim Swee sehingga berjaya membantu kecemerlangan Sabah di pentas […]
AFC Asian Cup: Qatar Janjikan Ujian Getir Kepada Lubnan

Menjelang aksi pembukaan Piala Asia 2023 membabitkan Qatar dan Lubnan malam ini, kelebihan tampak memihak kepada tuan rumah. Ini kerana ini kali ketiga Qatar menjadi tuan rumah Piala Asia selepas melakukannya untuk edisi 1988 dan 2011. Situasi ini akan memberi kelebihan kepada Qatar kerana mendapat sokongan padu penyokong tempatan. Edisi 2019 turut menyaksikan pasukan yang […]
AFC Asian Cup: Kejutan Besar Bakal Terjadi Di Qatar

Satu kejutan besar dijangka bakal diadakan di Piala Asia 2023 yang bakal membuka tirainya malam ini. Perkara ini diumumkan oleh Pengarah Eksekutif Pemasaran dan Komunikasi LOC, Hassan Al-Kuwari pada sidang media yang diadakan Rabu di Pusat Media Utama Piala Asia AFC Qatar 2023. Qatar menzahirkan kesediaan sepenuhnya untuk menganjurkan kejuaraan benua untuk kali ketiga dan […]
Siaran Langsung AFC Asian Cup: Qatar vs Lubnan (Live Streaming)

Aksi pertama Piala Asia 2023 antara pasukan Qatar dan Lubnan mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air untuk merasai detik bersejarah ini. Pasukan kendalian Marquez Lopez menumpukan perhatian mereka untuk mempertahankan kejuaraan Piala Asia AFC mereka menjelang aksi pembukaan Kumpulan A menentang Lubnan di Stadium Lusail pada hari Jumaat. Setelah merangkul kejuaraan sulung Piala Asia […]
Netizen Indonesia Berang Saddil Ramdani Disisihkan

Ramai peminat bola sepak Indonesia terkejut apabila nama Saddil Ramdani disisihkan daripada barisan 26 pemain yang akan menghadapi kempen Piala Asia 2023. Nama pemain sayap Sabah FC itu dan Arkhan Fikri (Arema FC) sah digugurkan menerusi senarai yang dikeluarkan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) pada 11 Januari lalu. Apabila ditanya sebab pengguguran Saddil oleh media, […]
Status Endrick Bersama Malaysia Jadi Tanda Tanya

Skuad Harimau Malaya kini berada dalam momentum terbaik sebelum memulakan aksi pertama di Qatar namun status perancang tengah negara, Endrick Dos Santos menjadi tanda tanya. Pemain berusia 27 tahun itu terpilih dalam senarai 26 pemain untuk membarisi skuad Kim Pan-gon di Piala Asia 2023. Beliau sebelum ini melapor diri lewat ke kem latihan kebangsaan susulan […]
Penampilan Istimewa Hamidin & Safawi Rasid Bagi ‘Misi Doha’ Di RTM

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dan Safawi Rasid akan melakukan penampilan Istimewa di RTM dalam program bual bicara ‘Misi Doha’. Siaran langsung program bual bicara khas sempena Piala Asia Qatar 2023 yang bertajuk Misi Doha itu akan disiarkan pada jam 9 malam esok (Jumaat). Selain Datuk Hamidin dan Safawi Rasid yang […]
Sunil Chhetri Dedah India Pantau Rapi Persiapan Australia

Sunil Chhetri mendedahkan India kini memantau rapi persiapan bekas juara Piala Asia 2015, Australia menjelang aksi pertama kumpulan B pada Sabtu ini. Menurut Sunil Chhetri, India telah mengkaji aksi persahabatan Australia dan kemampuan setiap pemain Australia. “Kami telah melihat perlawanan persahabatan menentang Palestin dan Bahrain, kami tahu pemain mereka bermain di liga mana dan kami […]
Syihan Hazmi: Kita Perlu Raih Mata Berdepan Jordan

Syihan Hazmi berpendapat skuad Harimau Malaya perlu meraih mata berdepan Jordan dalam perlawanan pertama kumpulan E Piala Asia 2023. “Alhamdulillah, dari hari pertama kami tiba mental pemain sangat baik dan fokus untuk aksi pertama. Saya harap penyokong Malaysia doakan kami agar dapat meraih mata untuk perlawanan pertama.” “Saya teruja dan bersyukur dapat menyertai Piala Asia. […]
Bintang Jordan Optimis Saat Buruk Pasukan Tidak Kekal Lama

Penyerang Jordan, Musa Al-Taamari percaya prestasi buruk yang membelenggu pasukan itu tidak akan berpanjangan menjelang Piala Asia 2023 yang bermula esok. Tahun 2023 menyaksikan The Chivalrous One hanya merekodkan dua kemenangan iaitu ke atas Filipina dan Jamaica serta satu keputusan seri. Sementara lima perlawanan lagi berakhir dengan kekalahan termasuk kekalahan besar 6-0 di tangan Norway. […]
Superkomputer Opta Ramal Malaysia Miliki 0.2% Peluang Rangkul Kejuaraan Piala Asia

Laman Opta Analyst telah mengeluarkan satu ramalan tentang perjalanan Malaysia untuk merangkul trofi Piala Asia 2023 menerusi simulasi superkomputer untuk melihat nasib Harimau Malaya. Laman yang menganalisis lebih 13,500 kelab bola sepak di seluruh dunia itu telah menunjukkan nasib pasukan bimbingan Kim Pan-gon di Qatar yang bakal bermula tidak lama lagi. Menurut statsitik AFC, Malaysia […]
Corbin-Ong Buat Penyokong Malaysia Tersenyum Semula

Pertahanan kental Harimau Malaya, La’vere Corbin-Ong kini memberi khabar gembira buat pasukan negara selepas kembali menjalani latihan bersama Malaysia. Pemain berusia 33 tahun itu difahamkan tidak dapat diturunkan bersama Malaysia ketika berdepan pasukan ke-91 dunia, Syria. Menerusi laporan oleh Astro Arena, pemain tinggi lampai ini difahamkan mengalami kecederaan ringan ketika menjalani latihan sekaligus memberikan khabar […]