AFC Asian Cup: “Perlawanan Ini Bukanlah Perlawanan Paling Sukar” – Juan Antonio Pizzi

Jurulatih Bahrain, Juan Antonio Pizzi beranggapan bahawa aksi bertemu Malaysia bukanlah perlawanan yang paling sukar buat beliau. Beliau yang ditemui selepas perlawanan berkata, mereka sudah menjangkakan perlawanan akan menjadi sukar buat skuadnya menjaringkan gol dan hanya kesabaran serta ketenangan mampu membantu skuadnya itu. “Apabila perlawanan bermula, kita tahu ini akan menjadi satu perlawanan yang sukar […]

AFC Asian Cup: Ini Salah Saya

FA Malaysia-kim pan-gon

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon tidak mahu menunding jari kepada para pemain Malaysia sebaliknya mengakui beliau bertanggungjawab atas kekalahan Malaysia kepada Bahrain. “Ini salah saya, selaku jurulatih saya bertanggungjawab. Pemain Malaysia tidak bersalah. Ini kesalahan jurulatih.” ujar beliau selepas tamat perlawanan. Harapan skuad kendalian Kim Pan-gon untuk meraih mata pertama dalam kejohanan Piala Asia […]

AFC Asian Cup: Son Heung-min Puji Semangat Juang Jordan

Kapten Korea Selatan, Son Heung-min kagum dengan semangat juang yang ditampilkan wakil Asia Barat, Jordan hari ini. Pasukan yang diberi jolokan The Chivalrous Ones itu hampir mencipta kejutan ke atas pasukan ketiga terbaik Asia itu dalam aksi kedua Kumpulan E. Selepas ketinggalan menerusi gol Heung-min, Jordan kemudiannya mendahului menerusi gol sendiri Park Yong-woo dan Yazan […]

AFC Asian Cup: “Semua Pasukan Asia Bermotivasi Untuk Tewaskan Jepun” – Hajime Moriyasu

Jurulatih skuad kebangsaan Jepun, Hajime Moriyasu percaya status pasukan itu sebagai pasukan terbaik Asia memberi motivasi kepada pasukan lain dalam Piala Asia 2023. Mengikut kedudukan terkini Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) seperti yang dikongsikan Footy Rankings, Jepun ketika ini menduduki ranking ke-18 susulan kekalahan 2-1 di tangan Iraq semalam. Walaupun mereka hanya turun satu anak […]

AFC Asian Cup: Iran ‘Berpeluh’ Atasi Hong Kong

Iran berjaya menumbangkan ego Hong Kong dalam aksi penuh menarik di saingan kumpulan C AFC Asian Cup. Iran yang turun sebagai pasukan pilihan dikejutkan dengan aksi bertenaga Hong Kong di awal permainan yang hampir-hampir membuka tirai jaringan menerusi Everton Camargo. Tersentak, Iran terus merencana serangan dan berjaya menjaringkan gol pertama perlawanan selepas tendangan leret Mehdi […]

AFC Asian Cup: Indonesia Tewaskan Vietnam

Asian Cup Indonesia Vietnam

Indonesia berjaya menewaskan Vietnam untuk meraih kemenangan pertama di pentas Piala Asia 2023. Skuad kendalian Shin Tae-yong menampilkan aksi bertenaga apabila kerap menekan pemain Vietnam dan pantas melakukan serangan sehinggakan Vietnam bergelut untuk menyerang. Sandy Walsh hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-36 namun tandukan beliau berjaya ditepis penjaga gol Vietnam, Philip Nguyen. Indonesia akhirnya […]

AFC Asian Cup: “Penyokong Iraq Gembira dan Berhak Menerima Kemenangan ini”

Pengendali skuad kebangsaan Iraq, Jesus Casas mendedikasikan kemenangan 2-1 mereka ke atas Jepun kepada penyokong negara itu. Sepanjang 90 minit perlawanan di Stadium Education City, penyokong Singa Mesopotamia memberi sokongan padu kepada barisan pemain untuk memburu kemenangan hari ini. Sorakan mereka memberi suntikan semangat kepada Iraq untuk mendahului pada minit kelima menerusi Aymen Hussein. Hussein […]

AFC Asian Cup: Pemain Bahrain Waspada Cabaran Harimau Malaya

Pemain tengah Bahrain, Ali Madan mahu rakan-rakan sepasukannya tidak memandang rendah cabaran Malaysia dalam aksi kedua Kumpulan E yang berlangsung esok. Ini kerana meskipun mereka tewas 4-0 kepada Jordan pada awal pagi 16 Januari lalu, Harimau Malaya sudah membuktikan mereka bukan lawan calang-calang. Malaysia sebelum ini sudah mengatasi beberapa pasukan yang memiliki ranking Persekutuan Bola […]

Siaran Langsung AFC Asian Cup: Iraq vs Jepun (Live Streaming)

AFC Asian Cup: Perlawanan antara Iraq dan Jepun mempertemukan dua pasukan ranking tertinggi dalam kumpulan D Piala Asia 2023. Jepun yang berada di ranking ke-17 dunia pastinya mahu mengesahkan slot awal ke peringkat kalah mati setelah membenam Vietnam 4-2 manakala Iraq turut berada dalam momentum terbaik setelah menewaskan Indonesia. Hajime Moriyasu selaku jurulatih Jepun tidak […]

Siaran Langsung AFC Asian Cup: Hong Kong vs Iran (Live Streaming)

AFC Asian Cup: Aksi kedua Kumpulan C Piala Asia 2023 bakal menyaksikan pertemuan antara Hong Kong dan Iran. Perlawanan awal pagi esok bakal diadakan di Stadium Antarabangsa Khalifa. Hong Kong yang dibimbing Jorn Andersen memerlukan kemenangan untuk menghidupkan peluang layak ke pusingan 16 pasukan terbaik Piala Asia 2023. Sementara Iran pula melihat kemenangan dapat memacu […]

AFC Asian Cup: Uzbekistan Tundukkan India

Uzbekistan FA

Uzbekistan berjaya menundukkan cabaran India untuk meraih tiga mata pertama dalam kumpulan B Piala Asia 2023. Uzbekistan yang bergelar Serigala Putih pula menagih ketajaman Igor Sergeev selaku penyerang utama manakala Jaloliddin Masharipov memakai lilitan kapten dalam perlawanan ini. India yang turut dikenali sebagai Harimau Biru masih mengekalkan khidmat penyerang veteran, Sunil Chhetri dalam kesebelasan utama […]

Haikal Noh Ketuai Skuad eRimau Ke AFC eAsian Cup Di Qatar

Saingan Piala Asia 2023 di Qatar membabitkan 24 negara bakal dihangatkan lagi dengan kejohanan AFC eAsian Cup 2023. Kejohanan e-sukan ini merupakan kejohanan e-sukan pertama yang dianjurkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Kejohanan yang menyaksikan penyertaan 20 negara Asia itu bakal berlangsung di Doha dari 1 hingga 5 Februari. Cabaran Malaysia dalam AFC eAsian Cup […]

Siaran Langsung AFC Asian Cup: Syria vs Australia (Live Streaming)

Aksi kedua kumpulan B AFC Asian Cup mempertemukan Australia dan Syria di Stadium Jassim Bin Hamad pada Khamis. Australia kini berada di tangga teratas carta kumpulan B menjelang pertemuan ini selepas mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas India pada aksi pertama. Manakala, Syria mempamerkan aksi berkualiti ketika mengikat pasukan di tangga ke-68 dunia, Uzbekistan 0-0 pada […]

Siaran Langsung AFC Asian Cup: Palestine vs UAE (Live Streaming)

AFC Asian Cup: Aksi kedua Kumpulan C Piala Asia 2023 awal pagi esok bakal menemukan dua pasukan Asia Barat, Palestine dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Palestine melihat perlawanan ini sebagai perlawanan wajib menang selepas tewas dalam aksi pertama kumpulan. Ini kerana hanya kemenangan yang dapat menghidupkan peluang Singa Kanaan untuk mara ke pusingan 16 pasukan […]

AFC Asian Cup: Terjahan Gusti Pemain Lubnan Undang Kontroversi

Aksi kedua Kumpulan A membabitkan China dan Lubnan diselubungi kontroversi gara-gara terjahan keras pemain pertahanan The Cedars, Khalil Khamis. Babak pertama perlawanan itu jadi panas apabila Khamis melakukan terjahan ala gusti ke arah Dai Wai Tsun pada minit ke-12. Sebaik melihat insiden tersebut, pengadil perlawanan, Ko Hyung-jin menghentikan perlawanan bagi membolehkan pasukan perubatan Dragon’s Team […]

AFC Asian Cup: Gol Akram Afif Pacu Qatar Tewaskan Tajikistan

Hasrat wakil Asia Tengah, Tajikistan menewaskan tuan rumah Piala Asia 2023, Qatar dalam aksi kedua Kumpulan A tidak kesampaian. Ini selepas pasukan yang diberi jolokan The Maroons itu berjaya menewaskan The Crowns di Stadium Al Bayt hari ini. Qatar tahu kemenangan hari ini bakal mencerahkan laluan mereka ke pusingan 16 pasukan terbaik Piala Asia 2023. […]