Jepun & China Pilihan Kim Pan-gon Bertemu Malaysia

Malaysia berpeluang untuk beradu kekuatan berdepan lawan berstatus elit apabila berkemungkinan akan menghadapi Jepun dan China dalam aksi persahabatan September nanti. Perkara ini telah pun disahkan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang memaklumkan bahawa mereka sudah pun mengatur perancangan bagi tahun ini. Bermula Mac ini, anak didik Kim Pan-gon akan menghadapi dua aksi persahabatan […]

Arab Saudi Tuan Rumah Piala Asia 2027

Selepas Arab Saudi menjadi satu-satunya pembida hak tuan rumah Piala Asia 2027, ramai percaya negara itu akan dipilih sebagai tuan rumah kejohanan tersebut. Dan hari ini, ia disahkan dalam Kongres AFC Ke-33 yang diadakan di Manama, Bahrain. Dengan keputusan ini, ini menjadikan Piala Asia bakal diadakan di negara itu buat kali pertama. Arab Saudi mempunyai […]

Mano Polking Berangan Thailand Menang Piala Asia

Selepas bergelar juara Piala AFF buat kali ketujuh dalam final edisi 2022, Thailand berada dalam kelas tersendiri. Tetapi bagi Mano Polking, beliau sudah mempunyai sasaran seterusnya: merebut kejuaraan Piala Asia. Sekali pandang, ia kelihatan seperti misi mustahil buat skuad Gajah Perang. Apatah lagi, dengan lawan-lawan elit yang pernah beraksi di Piala Dunia seperti Korea Selatan, […]

Lima Pemain Skuad Piala AFF Berpotensi Diserap Ke Piala Asia

Piala AFF Mitshibushi Electric 2022 sudah melabuh tirai, skuad Harimau Malaya terkandas di pusingan separuh akhir dengan Thailand. Ianya bukanlah suatu pencapaian yang gagal buat skuad Harimau Malaya. Malah, banyak perkara yang positif memberi impak besar kali ini. Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Scott O’Donell beri bayangan beberapa pemain muda dan pemain naturalisasi berpotensi […]

Sharul Nazeem Anggap Kekalahan Jadi Pengajaran Bermakna Menjelang Piala Asia

Tersingkirnya Malaysia di pusingan separuh akhir Piala AFF semalam memang sukar untuk ditelan. Tetapi bagi bek tengah kebangsaan Sharul Nazeem, ia diharap dapat menjadi batu asas untuk Harimau Malaya tampil lebih mantap menjelang Piala Asia 2023. Ini kerana terdapat beberapa kelemahan pasukan yang perlu dibaiki selepas ini. Walaupun dari segi taktikal, Malaysia mengamalkan taktik sama […]

TMJ: Saya Akan Terus ‘Membunuh’ Bola Sepak Malaysia

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) dalam satu kenyataan hari ini memberikan pandangan berkenaan berkenaan bola sepak Malaysia. Baginda menerusi satu kenyataan melalui Instagram Storynya memaklumkan bahawa ada sesetengah pihak yang tidak boleh menerima kenyataan khususnya terhadap pasukannya yang mencipta pelbagai kejayaan. “Well done boys. Ramai […]

“Lepas Ini Carilah Pasukan Lebih Baik Sikit” – Khalid Ali

Bekas pemain Harimau Malaya era 80an, Khalid Ali berharap agar Harimau Malaya mencari lawan yang lebih kuat untuk beradu kekuatan selepas ini. Perkara ini disuarakan apabila FAM telah pun memutuskan bahawa pasukan kebangsaan akan berdepan dengan Maldives dan juga Kemboja bagi aksi persabahatan Disember ini. Katanya, anak buah Kim Pan-gon seharusnya mencari lawan yang lebih […]

Mat Yo Mahu Buka Mata Kim Pan-gon

Penyerang berpengalaman Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha sedia membuktikan kemampuan sebenar beliau kepada jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon. Pemain berusia 36 tahun itu kini sedang berbakti bersama pasukan Melaka United dan masih menunjukkan sisi-sisi ketajaman di hadapan gawang. Katanya, beliau masih memiliki keinginan yang tinggi untuk terus membantu Malaysia menerusi kemampuan beliau sungguhpun berdepan kesukaran […]

Indonesia Bakal Uji Kekuatan Turki

Pasukan Indonesia telah mengumumkan bahawa mereka akan turun berdepan Turki dalam satu siri persahabatan. Walau bagaimanapun, perlawanan ini difahamkan akan melibatkan pertembungan pasukan bawah 20 tahun Sang Garuda bagi persediaan mereka menghadapi kejohanan Piala Asia bawah 20 tahun pada 2023. Aksi penting ini akan berlangsung pada 26 Oktober ini sekaligus bakal menjadi antara lawan terkuat […]

Osmera Omaro: Indonesia Pasukan Kuat, Kami Dah Lama Perhatikan

Ketua jurulatih pasukan bawah 17 tahun negara, Osmera Omaro mengakui bahawa Indonesia merupakan pasukan yang kuat namun percaya kerja keras skuad negara membuahkan hasil. Sejurus tamat perlawanan semalam, pengendali berusia 43 tahun itu menegaskan bahawa kejayaan Malaysia ini hasil kerjasama banyak pihak sekaligus berjaya membantu pasukan muda negara mencipta sejarah. Mengulas lanjut, bekas pelatih AMD […]

Kelayakan Piala Asia B-17: Malaysia Beri Kejutan Tumbangkan UAE

Pertembungan antara Malaysia dan juga Emeriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan pasukan muda negara menang dengan keputusan 3-2. Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat dalam usaha untuk tidak mensia-siakan 3 mata yang boleh diraih. Anak didik Osmera Omaro jelas beraksi dengan kemampuan sebenar untuk terus memberikan masalah buat pasukan lawan sejak awal permainan. Malah, keputusan seri bertemu […]

Ranking FIFA Malaysia Melonjak Hampiri Lithuania

Prestasi luar biasa yang diperagakan oleh Harimau Malaya tahun ini telah membantu untuk melonjakkan ranking negara ke tangga-146 hari ini. Anak didik Kim Pan-gon kekal dalam landasan terbaik untuk berada dalam kalangan pasukan 100 terbaik dunia apabila terus cemerlang dalam kejohanan King’s Cup bulan lalu. Berdasarkan rangking terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa […]

Malaysia Berpeluang Hadapi Saingan Trinidad & Tobago

Desas-desus mengenai 3 pasukan yang bakal menjadi lawan Malaysia bagi saingan King’s Cup September nanti sudah pun terjawab hari ini. Menerusi satu kenyataan rasmi oleh Persatuan Bolasepak Thailand (FAT), kejohanan 4 penjuru itu bakal menyajikan pertembungan antara pasukan yang cukup sensasi. Sebelum ini, terdapat pelbagai ura-ura dan juga desas-desus pasukan gergasi di dunia termasuklah bekas […]

Piala Asia 2023 Mungkin Diadakan Pada Tahun 2024

Kejohanan Piala Asia 2023 berkemungkinan akan ditangguhkan pada tahun 2024 sekiranya Qatar atau Australia dipilih selaku tuan rumah. Kejohanan berprestij ini disertai oleh empat negara iaitu Korea Selatan, Indonesia, Australia dan juga Qatar yang bertanding untuk menjadi tuan rumah. Walau bagaimanapun, kejohanan ini tidak dapat diadakan pada tahun hadapan seperti yang direncanakan sekiranya dua negara […]

AFC Kaji Stadium Milik Indonesia, Sedia Berikan Indonesia Jadi Tuan Rumah Piala Asia 2023

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dikhabarkan akan melakukan kunjungan terhadap beberapa buah stadium di Indonesia sebelum memutuskan tuan rumah bagi saingan Piala Asia 2023. Indonesia telah menyertai nama-nama seperti Korea Selatan, Australia dan juga Qatar yang mahu mneggantikan China sebagai tuan rumah bagi kejohanan berprestij ini. Menurut satu kenyataan, Sekretriat Jeneral AFC, Dato Seri Windsor […]

Harimau Malaya Mahu Lonjak Ranking FIFA Di King’s Cup

Harimau Malaya perlu menampilkan aksi cemerlang dalam aksi King’s Cup dalam usaha untuk memperbaiki kedudukan ranking FIFA. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melihat ini merupakan satu peluang yang baik bagi mengubah nasih undian balang menjelang undian Piala Asia hujung tahun ini. Malaysia dijangka menghadapi ujian sukar sukar dan berkemungkinan akan diletakkan bersama pasukan terkuat di Asia. […]