AFC U-23 Asian Cup: Kad Merah Bantu Jepun Tendang Keluar Qatar

Jepun memastikan hasrat Qatar merangkul Piala Asia B-23 berkecai apabila berjaya menyingkirkan pasukan tuan rumah dalam aksi suku akhir yang penuh debaran. Qatar yang dikendalikan oleh Ilidio Vale menampilkan formasi 3-5-2 yang diketuai oleh duo Ahmed Al-Rawi dan Khalid Ali Sabah dibahagian serangan pasukan. Jepun pula bermain dengan formasi 4-2-3-1 dengan Mao Hosoya selaku penyerang […]

Gagal Di Piala Asia B-23, Jurulatih Thailand Letak Jawatan

Jurulatih skuad Thailand Bawah 23 Tahun (B-23), Issara Sritaro mengumumkan perletakan jawatan beliau hari ini. ASEAN Football melaporkan tindakan tersebut dibuat atas rasa tanggungjawab kerana gagal membawa skuad Gajah Perang ke suku akhir Piala Asia B-23 2024. Thailand yang berada dalam Kumpulan C bersama Iraq, Arab Saudi dan Tajikistan terkandas selepas hanya meraih satu kemenangan […]

“Terima Kasih Anak Muda, Anda Tidak Bersalah”

Usaha keras dan komitmen skuad muda negara di pentas Asia kali ini harus diberi pujian dan segala aspek kelemahan perlu segera dikenalpasti dan diperbaiki oleh pihak yang bertanggungbjawab. Menurut bekas pemain kebangsaan, Hasnizam Uzir, para pemain yang bertungkus-lumus membawa nama negara ini tidak sepatutnya dipersalahkan sepenuhnya di atas kekalahan pada kempen Piala Asia Bawah 23 […]

Juan Torres: Kad Merah Beri Kesukaran Kepada Malaysia

Jurulatih skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Juan Torres Garrido mengakui insiden kad merah Sikh Izhan Nazrel memberi kesukaran kepada skuad negara memburu keputusan positif semalam. Perlawanan terakhir Kumpulan D membabitkan Malaysia dan Kuwait di Stadium Al Janoub menyaksikan skuad negara terpaksa beraksi dengan 10 pemain. Ini selepas Sikh Izhan bertindak keluar dari kotak penalti […]

Malaysia Dan UAE Tinggalkan Qatar Dengan Cara Yang Serupa

Berakhir sudah perjalanan pasukan Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) dalam kejohanan Piala Asia B-23 2024 di Qatar selepas tewas di tangan Kuwait pada aksi terakhir kumpulan semalam. Selain Malaysia, beberapa pasukan hebat turut meninggalkan kejohanan seawal peringkat kumpulan iaitu Kuwait, Thailand, Australia dan beberapa pasukan yang lain. Namun penyingkiran Malaysia dari kejohanan berprestij Asia itu […]

Mukhairi Ajmal: Setiap Perlawanan Ada Penalti, Kami Kecewa

Kapten Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Mukhairi Ajmal mengakui kecewa kerana melihat pasukan itu kerap memberi penalti kepada pihak lawan. Dua aksi awal Kumpulan D menyaksikan Uzbekistan dan Vietnam masing-masing mendapat satu sepakan penalti bila menewaskan Malaysia dengan keputusan 2-0. Cerita sama berulang dalam aksi terakhir Kumpulan D membabitkan Harimau Muda dan Kuwait semalam. Skuad […]

Media Korea Selatan Puji Impak Shin Tae-yong Kepada Indonesia

Kejayaan jurulatih Korea Selatan, Shin Tae-yong membawa Indonesia ke suku akhir Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2024 menarik perhatian media Korea Selatan. Ini kerana meskipun berdepan cabaran tuan rumah Qatar, Australia dan Jordan dalam Kumpulan A, Tim Garuda menunjukkan keazaman untuk mara buat kali pertama dalam sejarah bola sepak Indonesia. Indonesia membuka kempen Kumpulan […]

AFC U-23 Asian Cup: Uzbekistan Cemerlang Tewaskan Vietnam

Uzbekistan muncul juara Kumpulan D apabila mudah mengenepikan cabaran wakil Asia Tenggara, Vietnam dalam aksi terakhir kumpulan hari ini. Selepas berjaya layak ke suku akhir Piala Asia B-23 2024, perlawanan hari ini bakal menentukan siapa juara dan naib juara Kumpulan D. Pasukan yang bergelar juara kumpulan berdepan cabaran getir di peringkat suku akhir iaitu naib […]

AFC U-23 Asian Cup: ‘Drama’ Penalti & Kad Merah Buat Malaysia Kecewa Di Tangan Kuwait

Malaysia terpaksa akur menelan kepahitan tewas dalam aksi terakhir peringkat kumpulan AFC U-23 Asian Cup kepada Kuwait. Juan Torres Garrido melakukan beberapa rombakan dengan nama-nama seperti Sikh Izhan, Aiman Yusni dan Daryl Sham antara yang diberi peluang untuk berada dalam kesebelasan utama pasukan. Malaysia bermula baik dengan beberapa gerakan cantik menerusi gandingan Haqimi Azim dan […]

Thailand Iringi Kepulangan Malaysia

Thailand menjadi wakil Asia Tenggara kedua selepas Malaysia yang ditunjukkan jalan keluar dari Piala Asia B-23 2024. Thailand berharap dapat mengikut jejak langkah Indonesia yang mara ke suku akhir selaku naib juara Kumpulan A. Pasukan itu berpotensi layak dengan syarat mereka menewaskan Tajikistan dan mengharapkan ihsan pendahulu kumpulan, Arab Saudi mengalahkan Iraq. Malangnya, apa yang […]

Tajikistan Hilang Dua Jurulatih Dalam Tempoh Singkat

Meskipun berjaya menewaskan Thailand dalam aksi terakhir Kumpulan C semalam, jurulatih Tajikistan Bawah 23 Tahun (B-23), Mubin Ergashev memutuskan untuk mengundur diri. Portal SiamSport melaporkan langkah mengejut yang dibuat bekas jurulatih Istiklol itu dibuat selepas The Crowns gagal layak ke suku akhir Piala Asia B-23 2024. Kumpulan C menyaksikan Tajikistan tewas kepada Arab Saudi dan […]

Nathan Tjoe-A-On Tinggalkan Indonesia Lebih Awal

Pemain pertahanan Indonesia, Nathan Tjoe-A-On terpaksa meninggalkan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) lebih awal. Meskipun berjaya membantu Tim Garuda layak ke suku akhir, beliau perlu kembali menyertai kelab Eredivisie, SC Heerenveen. Ini kerana kelab Belanda itu hanya memberi tempoh perlepasan selama seminggu kepada Tjoe-A-On bersama Indonesia untuk Piala Asia B-23. Perkara ini turut disahkan […]

AFC U-23 Asian Cup: Gol Lewat Tajikistan ‘Hantar’ Thailand Pulang Awal

Perlawanan terakhir kumpulan C AFC U-23 Asian Cup melibatkan Thailand dan Tajikistan menyaksikan kemenangan berpihak kepada negara Asia Tengah itu. Thailand mempertaruhkan barisan terbaik bagi memburu kemenangan kedua setelah dibelasah Arab Saudi pada perlawanan lalu sekaligus mengintai peluang mengiringi dua pasukan Asia Tenggara yang lain iaitu Vietnam dan Indonesia lolos ke pusingan kalah mati. Tajikistan […]

AFC U-23 Asian Cup: Iraq Leburkan Tentangan Sengit Arab Saudi

Skuad Iraq Bawah 23 Tahun (B-23) mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala Asia B-23 2024 apabila mengalahkan Arab Saudi 2-1 dalam aksi terakhir Kumpulan C. Singa Mesopotamia memerlukan kemenangan jika ingin mengulangi pencapaian layak ke suku akhir pada edisi 2022. Sementara The Green Falcons pula hanya memerlukan kemenangan atau seri untuk mara sebagai juara Kumpulan […]

AFC U-23 Asian Cup: Korea Selatan Padam Cabaran Hebat Jepun

Banyak mata terarah kepada aksi tumpuan di antara dua gergasi Asia, Jepun dan Korea Selatan apabila kedua-duanya bertemu dalam perlawanan Kumpulan B Piala Asia Bawah 23 Tahun Qatar sebentar tadi. Kedua-dua pasukan bertindak merehatkan pemain-pemain penting pasukan masing-masing memandangkan Jepun dan Korea Selatan sudah pun mengesahkan kemaraan ke suku akhir. Aksi dimulakan dengan penguasaan bola […]

AFC U-23 Asian Cup: China Pastikan UAE Terus Derita Air Mata

China berjaya menumpaskan UAE dalam aksi terakhir kumpulan B Piala Asia B-23 walaupun kedua-dua pasukan telah gagal ke saingan suku akhir. UAE meletakkan kepercayaan kepada Zayed Sultan dan Yusuf Atiq dibahagian pertahanan tengah pasukan dalam mengekang asakan China setelah pasukan itu bolos dalam dua aksi berturut-turut. China juga berhati-hati dalam perlawanan terakhir ini dan membariskan […]