Kelayakan Piala Asia B-20: Iraq Tamatkan Cabaran Filipina

Skuad Iraq Bawah 20 Tahun (B-20) terpaksa bekerja keras sebelum menewaskam Filipina dalam aksi kedua Kumpulan H. Selepas membelasah Brunei 15-0 pada 25 September lalu, Iraq ghairah memburu kemenangan kedua kumpulan. Manakala Filipina memburu kemenangan untuk menghidupkan harapan layak ke Piala Asia B-20 2025 selepas tewas 5-0 kepada Thailand. Malangnya, kebangkitan yang diharap jurulatih Filipina, […]
Kelayakan Piala Asia B-20: Oman Garang Belasah Sri Lanka

Skuad Oman Bawah 20 Tahun (B-20) akhirnya meraih kemenangan pertama dalam pusingan kelayakan Piala Asia B-20 2025 dengan membelasah Sri Lanka 5-0. Oman mahu bangkit selepas tewas kepada skuad Malaysia B-20 pada 21 September lalu. Manakala Sri Lanka pula memburu kemenangan pertama selepas tewas kepada Korea Utara dan Tajikistan. Sebaik perlawanan dimulakan, Oman yang dibimbing […]
Kelayakan Piala Asia B-20: Iraq ‘Ratah’ Brunei 15-0

Skuad Iraq Bawah 20 Tahun (B-20) meraih kemenangan terbesar dalam pusingan kelayakan Piala Asia B-20 2025 dengan membelasah Brunei 15-0. Kemenangan ini sekaligus mengatasi rekod yang dicipta Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam Kumpulan C. Pasukan Asia Barat itu turut berpesta gol dengan membelasah Kepulauan Mariana Utara 13-0 pada 23 September lalu. Iraq membuka pesta gol […]
Kelayakan Piala Asia B-20: Rekod Pertemuan Malaysia vs Korea DPR

Skuad Malaysia Bawah 20 Tahun (B-20) bakal berdepan cabaran sukar Korea Utara dalam aksi kedua kelayakan Piala Asia B-20 2025 di Dushanbe, Tajikistan. Selepas berjaya mengalahkan Oman dalam aksi pertama Kumpulan E, anak buah Juan Torres Garrido kini berdepan cabaran wakil Asia Timur itu. Korea Utara dilihat pasukan pilihan lebih-lebih lagi dengan empat pertemuan sebelumnya […]
Skuad Muda Oman Sedia Hadapi Cabaran Malaysia

Jurulatih pasukan Oman Bawah 20 Tahun (B-20), Ahmad Al-Alawi melihat pasukannya sudah bersedia menghadapi cabaran Malaysia untuk aksi pertama kelayakan Piala Asia B-20 2025. Malaysia dan Oman berada dalam Kumpulan E untuk memburu tiket kelayakan ke kejohanan berprestij itu. Selain dua negara berkenaan, Sri Lanka, Korea Utara dan tuan rumah Tajikistan berada dalam kumpulan sama. […]
Kelayakan Piala Asia B-20: Senarai 23 Pemain Ketuai Cabaran Malaysia

Pengendali skuad Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19), Juan Torres Garrido telah memanggil 23 pemain untuk kempen kelayakan Piala Asia B-20 2025. Daripada 23 pemain yang diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), 16 daripadanya mewakili dua pasukan gergasi negara, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Selangor FC. Haziq Aiman Mohd Esa mengetuai kontinjen lapan pemain […]
Pemain JDT & Selangor Ketuai Cabaran Ke Kelayakan Piala Asia B-20

Pemain Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Selangor FC membentuk teras pasukan Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19) yang akan bersaing di pusingan kelayakan Piala Asia B-20 2025. Ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai 23 orang pemain yang dipanggil jurulatih skuad B-19 kebangsaan, Juan Torres Garrido untuk menyertai kem latihan Harimau Malaya […]
Kelayakan Piala Asia B-20: Malaysia Hadapi Tentangan Hebat Oman & Korea

Pasukan Malaysia Bawah 20 Tahun (B-20) bakal berdepan cabaran sukar dalam aksi kelayakan Piala Asia B-20 2025. Ini kerana pasukan negara yang dibimbing jurulatih Sepanyol, Juan Torres Garrido bakal berdepan cabaran Korea Utara, Oman, Sri Lanka dan tuan rumah Tajikistan dalam Kumpulan E. Ini selepas keputusan cabutan undi kumpulan kelayakan Piala Asia B-20 2025 diumumkan […]