AFF U23: Vietnam Menang Ke Atas Malaysia

Skuad B-23 Vietnam membuktikan status mereka sebagai juara bertahan Piala AFF B-23 dengan menewaskan Malaysia 4-1 di Stadium Wilayah Rayong dalam aksi separuh akhir hari ini. Babak pertama menyaksikan Harimau Muda gagal mengawal bola dengan kemas dan kerap melakukan kesilapan. Dua kelemahan ini segera dimanfaatkan Golden Star Warriors dengan gol pertama mereka hadir pada minit […]

Siaran Langsung AFFU23: Malaysia vs Vietnam, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aksi separuh akhir AFF U23 menyaksikan pertembungan antara skuad muda Malaysia berdepan Vietnam dalam misi untuk mara ke final. Pasukan bimbingan E. Elavarasan muncul selaku juara Kumpulan B setelah merekodkan dua kemenangan berdepan Indonesia dan Timor Leste. Prestasi memberangsangkan ini ditagih untuk berdepan lawan yang juga merupakan juara Kumpulan C. Sambil itu, Hoang Anh Tuan […]

AFF U23: “Semua Pemain Indonesia Berkualiti” – Issara Sritaro

Jurulatih skuad B-23 Thailand, Issara Sritaro menjangkakan aksi separuh akhir menentang Indonesia esok sukar disebabkan semua pemain yang dibawa Shin Tae-yong ke Piala AFF B-23 2023 ini berkualiti. Biarpun berdepan masalah perlepasan pemain dan isu penggantungan dua pemain oleh AFC, Tim Garuda masih berupaya layak ke separuh akhir sebagai naib juara terbaik kumpulan. Justeru, Issara […]

AFF U23: Bagaimana Malaysia ‘Bantu’ Indonesia Layak Ke Separuh Akhir Piala AFF

Kemaraan pasukan b-23 Indonesia ke pentas separuh akhir AFF U23 mengundang pelbagai tanda tanya oleh penyokong bola sepak Asia Tenggara. Pasukan bimbingan Shin Tae-yong berjaya meraih 3 mata dari dua perlawanan peringkat kumpulan. Merujuk kepada peraturan yang dikeluarkan oleh AFF, empat pasukan yang layak ke separuh akhir Piala AFF U-23 2023 terdiri daripada tiga juara […]

AFF U23: “Kita Datang Nak Menang” – Elavarasan

Jurulatih skuad B-23 Malaysia, E. Elavarasan gembira melihat anak-anak buahnya berjaya mara ke peringkat separuh akhir Piala AFF B-23 2023 selepas menundukkan Timor Leste dalam aksi terakhir Kumpulan B semalam. Ini kali pertama mereka sampai di peringkat ini selepas empat tahun. Kini, yang menanti mereka di peringkat separuh akhir ialah juara Kumpulan C merangkap juara […]

AFF U23: “Kami Jadikan Ini Pengajaran Sebelum Ke Piala Asia” – Christopher Pedimonte

Jurulatih skuad B-23 Filipina, Christopher Pedimonte menyifatkan pengalaman di Piala AFF B-23 2023 dijangka mematangkan lagi anak-anak buahnya sebelum pusingan kelayakan Piala Asia B-23 pada September ini. Beliau mengakui majoriti pemain yang dibawa untuk kejohanan kali ini bukanlah pemain yang bakal diturunkan untuk kejohanan itu nanti. Bagaimanapun, pada masa sama, pengalaman beraksi di kejohanan ini […]

AFF U23: Malaysia Ke Separuh Akhir Tewaskan Timor Leste

Perlawanan terakhir kumpulan B saingan AFF U23 antara Malaysia dan Timor Leste berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada Malaysia. Pasukan bimbingan E. Elavarasan melakukan beberapa pertukaran terutamanya pada jentera serangan skuad muda negara. Percaturan itu jelas memberi kelebihan pada Malaysia apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-5 menerusi pemain sayap, Alif Ikmarizal. Pemain kacukan Malaysia-Arab, Aliff […]

Siaran Langsung AFFU23: Timor Leste vs Malaysia, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Perlawanan terakhir Kumpulan B AFF U23 menyaksikan pertembungan antara Malaysia dan Timor Leste bakal menjadi tumpuan malam ini. Aksi yang ditunggu-tunggu bakal menyajikan percaturan antara dua pasukan yang berpeluang untuk meraih 3 mata. Perlawanan mendebarkan ini juga dihangatkan dengan keputusan yang bakal menentukan pasukan yang muncul juara kumpulan B. ketika ini, skuad muda Malaysia berada […]

AFF U23: Elavarasan Waspada Dengan Ancaman Timor Leste

Jurulatih skuad B-23 negara, E. Elavarasan tidak memandang rendah cabaran yang bakal dibawa Timor Leste untuk aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF B-23 2023 malam ini. Ini kerana pasukan yang dibimbing jurulatih Korea Selatan, Park Soon-tae itu hadir dengan reputasi muncul sebagai semi finalis Piala AFF B-23 pada tahun lepas. Selain itu, The Rising Sun […]

AFF U23: “Kami Cuba Bermain Cara Kami” – Wafiq Danish

Pemain pertahanan skuad B-23 Brunei, Wafiq Danish Mohd Hasimulabdillah mengakui pasukannya berusaha bermain dengan cara mereka biarpun tewas 4-1 kepada Myanmar dalam aksi terakhir Kumpulan A Piala AFF B-23. Brunei yang sudah tersingkir dari kejohanan berusaha memberi tentangan sengit kepada The Chinthe. Namun begitu, Tabuan Muda terpaksa akur dibolosi empat gol oleh pasukan yang dibimbing […]

AFF U23: Myanmar Tewaskan Brunei

Kemenangan 3-0 skuad B-23 Myanmar ke atas Brunei dalam aksi terakhir Kumpulan A gagal membantu mereka layak ke separuh akhir Piala AFF B-23. The Chinthe yang dikendali bekas jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner tahu mereka memerlukan kelebihan jaringan besar untuk memintas Kemboja di tempat kedua. Babak pertama menyaksikan Myanmar perlu menunggu sehingga minit ke-28 untuk […]

AFF U23: Thailand Tumpaskan Kemboja

Aksi Kumpulan A kempen Piala AFF B23 2023 melibatkan pertemuan antara pasuka Thailand dan Kemboja di Stadium Rayong, Thailand. Tuan rumah kejohanan berjaya menewaskan Kemboja dengan keputusan 2-0. Babak separuh masa pertama berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan. Kemboja dan Thailand masing-masing dilihat masih mencari retak untuk memecah kebuntuan. Bersambung aksi di separuh masa kedua, […]

AFF U23: Keputusan Pengadil Buat Shin Tae-yong Marah

Pengendali skuad B-23 Indonesia, Shin Tae-yong tidak berpuas hati dengan kualiti pengadilan perlawanan Indonesia-Timor Leste dalam Kumpulan B semalam. Biarpun Tim Garuda meraih kemenangan menerusi Ramadhan Sananta, kelebihan gol mereka boleh saja bertambah sekiranya gol kedua penyerang Persis Solo itu diiktiraf. Ramadhan menyangka telah menyumbat gol kedua pada minit ke-79 tetapi dibatalkan kerana didakwa berada […]

AFF U23: “Kami Hilang Fokus” – Gugliermo Arena

Jurulatih skuad B-23 Laos, Gugliermo Arena mengakui anak-anak buahnya hilang tumpuan untuk seketika semasa mereka tewas 4-1 dalam perlawanan kedua Kumpulan C menentang Vietnam semalam. Million Elephants terlebih dahulu ketinggalan menerusi gol sendiri Phetdavanth Somsanid pada minit ke-24. Bagaimanapun, Golden Star Warriors berjaya diikat 1-1 menerusi gol Thippachan Khambai One pada minit ke-52. Vietnam pada […]

AFF U23: Jurulatih Vietnam Lega Lepasi Perlawanan Pertama

Jurulatih skuad B-23 Vietnam, Hoang Anh Tuan merasa senang hati kerana anak-anak buahnya berjaya mengalahkan Laos 4-1 dalam aksi kedua Kumpulan C Piala AFF B-23 2023 hari ini. Untuk makluman, majoriti pemain yang beraksi dalam edisi kali ini terdiri daripada skuad B-20 Vietnam. Portal Vietnam, Dantri mendedahkan Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) memutuskan untuk membentuk […]

AFF U23: Kapten Kemboja Puji Usaha Kolektif Pasukan

Kapten skuad B-23 Kemboja, Taing Bunchhai memuji kerjasama yang ditampilkan rakan-rakan sepasukannya sekaligus membantu mereka mengikat Myanmar 1-1 dalam aksi kedua Kumpulan A Piala AFF B-23. Kemboja terlebih dahulu di hadapan menerusi Kong Lyhour pada minit ke-13. Begitupun, kemenangan kedua yang dicari mereka tidak kesampaian apabila Khun Kyaw Zin Hein meledakkan gol penyamaan pada minit […]