Preview Piala AFF 2020: Malaysia vs Indonesia & Info Siaran Langsung

Kali terakhir pasukan Indonesia berjaya menewaskan Malaysia dalam aksi perlawanan kompetitif (tidak termasuk perlawanan persahabatan) adalah pada 29 December 2010 di perlawanan akhir pusingan 2 Piala AFF 2010. Tahun tersebut juga Malaysia berjaya menjuarai Piala AFF dengan kemenangan agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno dan ia menjadi titik tolak kebangkitan bola sepak Malaysia berbanding […]

Abo Yakin Indonesia Mampu ‘Ganyang’ Malaysia

Bekas penyerang skuad kebangsaan Indonesia, Zaenal Arief yakin Timnas Indonesia mampu menewaskan Malaysia dalam pertembungan terakhir kumpulan B Piala AFF esok. Zaenal Arief atau lebih dikenali sebagai Abo memiliki 23 cap antarabangsa bersama skuad senior Indonesia selain menjaringkan 12 gol bersama Timnas sepanjang kegemilangan kariernya. “Ketika saya menyaksikan Timnas Indonesia lawan Vietnam saya optimis, kekuatan […]

Piala AFF: Tan Cheng Hoe Tak Kisah Malaysia Main Tak Cantik

Ketua jurulatih pasukan negara, Tan Cheng Hoe sanggup melakukan apa sahaja agar Malaysia menang ke atas pasukan Indonesia walaupun terpaksa bermain tidak cantik. Jika sebelum ini Harimau Malaya dikenali dengan penguasaan bola tinggi dan hantaran-hantaran kemas, mungkin dalam perlawanan menentang Indonesia, Tan Cheng Hoe akan mengguna pakai konsep ‘asalkan menang’. “Sudah tentu keputusan perlawanan lebih […]

Derbi Nusantara Mendekat, Perang Psikologi Kini Bermula

Menjelang aksi terakhir peringkat kumpulan B Piala Suzuki AFF 2021 pada 19 Disember ini, tumpuan pastinya terarah pada aksi Malaysia menentang Indonesia yang turut digelar ‘derbi nusantara’. Perlawanan ini juga bakal menjadi aksi penentu pasukan manakah yang akan melayakkan diri ke separuh akhir sekali gus menghangatkan lagi pertemuan dua buah negara ini. Indonesia kini mengumpul […]

De Paula Baling Jersi Pada Penyokong, Raih Tepukan Dan Semangat Baru

Penyerang Harimau Malaya, De Paula sebelum ini seringkali menjadi bualan dan perhatian penyokong skuad negara. Bukan sahaja prestasi beliau tetapi setiap tingkah lakunya ketika di atas padang mahupun di luar padang turut dipertikai peminat setia tanah air. Akan tetapi setiap yang berlaku, beliau bersikap positif menerima segala kritikan baik ataupun buruk dan menganggap perkara itu […]

Shin Tae-Yong: Indonesia Berpotensi Menjuarai Piala AFF

Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-Yong ingin anak buahnya bekerja keras kerana skuad kali ini dianggap berpotensi untuk menjuarai kejohanan bola sepak terbesar rantau Asia Tenggara ini. Bukan melepasi separuh akhir mahupun final sebaliknya mensasarkan menjadi juara Piala AFF 2020. “Setiap perlawanan kami akan bekerja keras dengan memikirkan kami berpotensi juara. Ia juga penting […]

Gandingan Arif Aiman Dan Faisal Halim Ketuai Jentera Serangan Malaysia Di Piala AFF

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zi (JDT), Arif Aiman Hanapi yang dipanggil bagi menyertai latihan skuad kebangsaan menjelang persiapan akhir sebelum berangkat ke Singapura nyata memberi sinar buat pasukan Harimau Malaya. Sebelum ini, pemain berusia 19 tahun ini tidak mendapat tempat dalam senarai awal selepas difahamkan keputusan jurulatih pasukan, Tan Cheng Hoe untuk tidak membawa […]

Pengalaman Dion Cools Menentang Gergasi Eropah Jadi Taruhan Harimau Malaya

Kehadiran pemain Malaysia yang berkelana di Eropah, Dion Johan Cools bagi menguatkan pasukan negara menjelang kejohanan Piala AFF kali ini merupakan satu suntikan semangat tatkala kehilangan beberapa tonggak utama pasukan pastinya merencatkan sedikit sebanyak perancangan pasukan ketika ini. Sebelum ini, Malaysia terpaksa melupakan khidmat beberapa orang pemain seperti Akram Mahinan dan juga Kenny Pallraj yang […]

Tan Cheng Hoe Bariskan Pemain Baharu Ketuai Cabaran Negara Di Piala AFF

Hari ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengeluarkan senarai nama 28 pemain yang dipanggil oleh pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe. Barisan pemain kali ini tampak berwajah baharu dengan kemunculan Darren Lok, Kogi, Shahrel dan Shahrul Saad yang kembali perkuat pasukan. Para pemain ini akan menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Isnin, 22 November […]

Piala AFF: Liridon Krasniqi Tiada Dalam Perancangan, De Paula Terselamat

Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi dikhabarkan tidak akan dibawa ke saingan Piala AFF di Singapura yang dilangsungkan bulan depan. Dua orang lagi pemain naturalisasi negara Mohamadou Sumareh dan Guilherme de Paula bakal dibawa ke saingan bola sepak asia tenggara itu. Berita itu disampaikan oleh pengurus pasukan, Datuk Mohd Yusoff Mahadi selepas beliau mengadakan perbincangan bersama […]