AFF B-19: Malaysia Layak Awal, Rekod Jaringan Terlalu Besar

Aksi AFF B-19 menyaksikan Malaysia berjaya layak awal dengan rekod jaringan yang terlalu besar. Persembahan cemerlang yang dipamerkan oleh anak didik Juan Torres Garrido telah membuahkan hasil untuk membantu skuad muda negara menempah tiket ke separuh akhir. Kemenangan 11-0 ke atas Brunei memberikan motivasi tambahan kepada skuad muda negara sebelum mengatasi Singapura dengan keputusan 5-0 […]

Thailand Beri Mimpi Ngeri Buat Skuad Muda Brunei

Aksi kedua kumpulan C Asean U-19 Boys Championship menyaksikan giliran Thailand pula berpesta jaringan ke atas skuad muda Brunei pada Isnin. Setelah tewas besar 0-11 di tangan Malaysia pada Jumaat, satu lagi ujian berat menanti pasukan muda Brunei apabila dijadualkan berdepan Thailand yang berjaya menundukkan Singapura 2-1 dalam aksi pertama lalu. Dua penjaring gol Thailand, […]

Senarai Lawan Malaysia Di Piala AFF B-19

Malaysia bakal berdepan cabaran hebat dalam kempen Piala AFF B-19 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Skuad kendalian Juan Torres memiliki misi besar untuk meraih kejayaan selepas pasukan Malaysia B-16 hanya berpuas hati mengakhiri cabaran pada peringkat kumpulan. Pengendali kelahiran Sepanyol itu telah memanggil 28 pemain bagi menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya B-19 […]

10 Pemain Selangor Bawa Tugas Harumkan Nama Malaysia Di Piala AFF B-19

Skuad Malaysia ke Piala AFF B-19 di Surabaya, Indonesia bakal diperkuat seramai 10 orang pemain dari pasukan Selangor FC. Pada kejohanan tersebut, skuad negara yang juga merupakan juara bagi edisi 2022 yang lalu telah diundi berada di dalam kumpulan C bersama-sama Thailand, Singapura dan Brunei. Menerusi satu hantaran di media sosial rasmi Persatuan Bola Sepak […]