Malaysia Open: Beregu Jepun Sekat Kemaraan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi

Beregu negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi terpaksa berpuas hati setelah tumpas Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dalam suku akhir Petronas Malaysia Open 2024. Permulaan yang agresif dipamerkan kedua-dua pasangan dengan aksi berbalas serangan menjadikan kedudukan mata tidak jauh ketinggalan. Di pertengahan set pertama, Hoki-Kobayashi mula meningkatkan tempo permainan mereka sekaligus memaksa beregu negara melakukan kesilapan-kesilapan kecil. […]

Status Kecederaan Ng Tze Yong Kini Terjawab

Kecederaan yang dialami pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong beberapa hari lalu kini sudah pun terjawab. Perkara ini dijawab Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Dato’ Kenny Goh yang ditemui ketika aksi suku akhir Petronas Malaysia Open 2024 di Axiata Arena. Beliau mengesahkan bahawa Ng Tze Yong baru sahaja menjalani pemeriksaan kesihatan bersama jurulatihnya, Datuk […]

“Dia Pernah No.1 Dunia Tak?” Hati Netizen ‘Pecah’ Layan Kecik & Roslin Hashim

Telatah bekas pemain badminton negara, Roslin Hashim berjaya mencuit hati orang ramai ketika ditemu bual baru-baru ini. Menerusi satu video temu bual segmen Lawak Atau Koyak, beliau menjawab beberapa soalan santai dan lawak yang diajukan oleh pengacara segmen, Kecik. Ketika ditanya siapakah yang lebih hebat di antara dirinya dan adiknya, Hafiz Hashim, beliau menjawab sudah […]

Malaysia Open: Dua Beregu Campuran Negara Lepasi Halangan Awal

Dua pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Chan Peng Soon-Cheah Yee See berjaya mara ke pusingan kedua Petronas Malaysia Open 2024. Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei yang menjadi sandaran kem beregu campuran negara turun terlebih dahulu berdepan wakil Perancis Thom Gicquel-Delphine Delrue di gelanggang satu. Di set pertama, Tang […]

Malaysia Open: Izzudin Rumsani-Sze Fei Benam Cabaran Regu Thailand

Nur Izzudin Rumsani-Goh Sze Fei tiada masalah untuk menumbangkan pasangan Thailand, Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren pusingan pertama Petronas Malaysia Open 2024. Permulaan positif dipamerkan Izzudin dan Sze Fei dengan variasi corak permainan dilakukan ke arah lawan untuk mendahului selesa 11-4. Jomkoh-Kedren cuba bangkit mengejar selepas itu untuk memberi saingan namun pasangan negara terlalu unggul untuk menutup […]

Malaysia Open: Lee Zii Jia Tersungkur Di Pusingan Ke-32

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terpaksa menelan hakikat setelah kecundang kepada Lu Guangzu di pusingan pertama Petronas Malaysia Open 2024. Di set pertama, Zii Jia tampil garang dengan berjaya mengawal penguasaan gelanggang dengan baik untuk mendahului 7-1 di awal permainan. Selepas itu, Guang Zu terus merencana strategi untuk melakukan serangan dengan beberapa pukulan […]

Malaysia Open: Nasib Berbeza Dua Beregu Negara

Dua beregu negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Pearly Tan-Muralitharan mengalami dua nasib yang berbeza ketika turun beraksi di Petronas Malaysia Open 2024. Turun beraksi di gelanggang dua, Goh Soon Huat dan pasangannya Shevon Lai berhasil menundukkan lawan dari England, Gregory Mairs-Jenny Mairs dalam aksi tiga set. Pada aksi set pertama, gandingan negara mudah menamatkan […]

Hendrawan: Ng Tze Yong Perlukan Masa

Jurulatih perseorangan negara, Hendrawan mempertahankan anak buahnya, Ng Tze Yong yang memerlukan masa bagi mendapatkan rentak permainannya. Menurut laporan wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, Hendrawan berkata pemain berusia 24 tahun itu sedikit berbeza berbanding pemain lain seperti Datuk Lee Chong Wei dan Lee Zii Jia yang memiliki kelebihan dari segi kekuatan fizikal. “Coach Hendrawan perjelas […]

Lee Zii Jia Buat Peminat Malaysia Tersenyum Semula

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia kembali meraih perhatian ramai menjelang saingan Petronas Terbuka Malaysia minggu hadapan. Menurut video yang dimuatnaik oleh wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, kelihatan kelibat pemain berusia 26 tahun itu sedang menguji gelanggang bersama pemain-pemain lain. “Kelihatan Lee Zii Jia kembali berada pada sesi latihan menjelang saingan Terbuka Malaysia Selasa […]

Punca Pearly Tan ‘Menghilang’ Kini Sudah Terjawab

Pemain beregu wanita negara, Pearly Tan menjelaskan ketiadaannya di sesi latihan sebelum ini adalah kerana beliau dijangkiti Covid-19. Pearly Tan berkongsi kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari mengenai perkembangan dirinya yang tidak kelihatan turun di gelanggang untuk sesi latihan sebelum ini. Pemain berusia 23 tahun itu berkata ketiadaan kelibat beliau disebabkan beliau dijangkiti Covid-19 baru-baru […]

Habuan RM6.1 Juta Menanti Atlet Badminton Malaysia

Habuan berjumlah AS$1.3 juta (RM6.1 juta) menanti pemain-pemain badminton Malaysia yang beraksi dalam Petronas Malaysia Open yang berlangsung pada tahun hadapan. Kejohanan ini menjadi tumpuan kerana ia merupakan pembuka tirai kalendar Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) untuk tahun 2024. Hadiah lumayan ini dijangka mendorong semua atlet negara untuk memberi persembahan cemerlang di hadapan penyokong […]