“Malaysia Kembali Bagi Misi Balas Dendam” – Stuart Wilkin

Perancang tengah Malaysia, Stuart Wilkin yakin Malaysia kembali dengan misi besar berdepan Tajikistan di laman sendiri. Pasukan kendalian Kim Pan-gon dalam momentum terbaik selepas membenam cabaran India dengan keputusan 4-2 di Bukit Jalil tempoh hari. Beliau diberi kepercayaan oleh pengendali kelahiran Korea Selatan itu untuk masuk selaku pemain gantian bagi meneruskan rentak cemerlang Malaysia. Menerusi […]

FAM Umum Venue Rasmi Final Pestabola Merdeka 2023

FAM secara rasmi mengumumkan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebagai venue rasmi aksi final Pestabola Merdeka 2023. Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Hj Rahman, keputusan ini dibuat selepas menilai semua faktor yang berbangkit. Ini termasuk maklumat terbaru hasil tinjauan ke atas padang SNBJ yang dibuat FAM dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) hari ini. […]

Jurulatih Tajikistan Tahu Masa Depan Syihan Hazmi Lebih Awal

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Tajikistan, Petar Šegrt sudah pun mengetahui tentang masa depan penjaga gol negara, Syihan Hazmi lebih awal dari yang disangkakan. Pengendali kelahiran Croatia itu pernah membawa pasukannya menewaskan Harimau Malaya dalam aksi final King’s Cup di Thailand, tahun lalu. Beliau yang ditemui oleh MakanBola ketika itu mengakui bahawa Malaysia mempunyai potensi yang […]

Hafizal Hamad ‘Gaduh Manja’ Dengan Jurulatih India

Hos terkenal Astro Arena, Hafizal Hamad dirakam terlibat dalam pergaduhan ‘manja’ bersama jurulatih kecergasan pasukan kebangsaan India bagi aksi di Bukit Jalil semalam. Pasukan kendalian Kim Pan-gon berjaya mencatat kemenangan mudah 4-2 di hadapan 50,000 orang penyokong untuk melayakkan diri ke final Pestabola Merdeka. Terdapat beberapa keputusan perlawanan yang dipersoal oleh kedua-dua pasukan termasuklah keputusan […]

Penyokong India Arahkan AIFF Jangan Sertai Pestabola Merdeka Lagi

Susulan kekalahan mengejut 4-2 India di tangan Malaysia semalam, ramai penyokong mereka mendesak agar India menolak jemputan menyertai kejohanan itu lagi. Desakan tersebut dibuat kerana mereka tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan Mongkolchai Pechhri dari Thailand dalam perlawanan semalam. Salah satu keputusan Mongkolchai yang menimbulkan kemarahan penyokong The Blue Tigers ialah keengganan beliau mengiktiraf gol […]

Ranking Masa-Nyata FIFA: Malaysia Pintas Kedudukan Filipina Selepas 12 Tahun

Hasrat Malaysia untuk memintas kedudukan ranking FIFA Filipina akhirnya tertunai selepas penantian selama hampir 12 tahun. Pasukan kendalian Kim Pan-gon berjaya mencatatkan kemenangan bermakna berdepan pasukan ke-102 dunia, India dengan keputusan 4-2 untuk meraih tambahan +6.04 mata FIFA. Harimau Malaya terus mencatatkan unjuran positif selepas memungut tambahan +3.33 mata untuk membawa kepada jumlah keseluruhan menjadi […]

Igor Stimac: Kejohanan Ini Layak Miliki Fasiliti Lebih Baik

Jurulatih India, Igor Stimac menyifatkan keadaan padang baru Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menggugat aksi menarik anak-anak buahnya dengan Malaysia hari ini. Sepanjang perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2023 itu, bukan sekali pemain kedua-dua pasukan bergelut dengan keadaan padang yang menggunakan rumput Zeon Zoysia. Hal ini bukan saja mengecewakan penyokong Harimau Malaya. Malah, ia turut mendapat […]

Pestabola Merdeka: Malaysia Gah Ke Final ‘Bungkus’ India

Malaysia mengesahkan tempat ke pentas akhir Pestabola Merdeka apabila mencatatkan kemenangan bergaya ke atas India dengan keputusan 4-2. Pasukan kendalian Kim Pan-gon menurunkan kesebelasan terbaik dengan Dominic Tan, Nooa Laine dan Endrick Dos Santos mendapat kepercayaan untuk beraksi dalam kesebelasan utama. India pula dibarisi oleh pemain muda dsn berpengalaman seperti kapten, Sunil Chhetri, pertahanan kental, […]

Siaran Langsung Pestabola Merdeka: Malaysia vs India, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aksi Pestabola Merdeka kembali memeriahkan suasan bola sepak negara apabila pertemuan pasukan ke-134 dunia, Malaysia dan India (102 dunia) menjadi tumpuan. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bikit Jalil itu membolehkan skuad Harimau Malaya menjadi pasukan pertama menguji padang baharu dengan rumput Zeon Zoysia. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon berada pada momentum terbaik selepas berjaya mengikat […]

“Keyakinan Pemain Malaysia Tinggi Berdepan India” – Kim Pan-gon

Menjelang aksi Pestabola Merdeka Malaysia menentang India malam ini, Kim Pan-gon percaya anak-anak buahnya memiliki keyakinan berdepan pasukan dari Asia Selatan itu. Ini disebabkan barisan kejurulatihan Harimau Malaya sudah mengatur persiapan rapi untuk perlawanan malam ini. Selain itu, keterujaan para pemain beraksi di hadapan penyokong sendiri di padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang berwajah […]

Statistik Luar Biasa India Jadi Sandaran Jurulatih ‘Hukum’ Malaysia Di Bukit Jalil

Ketua Jurulatih India, Igor Štimac percaya anak buahnya memiliki kelebihan berhadapan Malaysia berdasarkan rekod prestasi pasukan sepanjang tahun ini. India sebelum ini berjaya menjuarai kejohanan South Asian Football Federation (SAFF) selepas berjaya menewaskan Kuwait pada perlawanan akhir disamping berjaya mencatatkan keputusan positif tanpa tewas sepanjang tahun 2023. Selain itu India turut menjuarai Piala Intercontinental 2023 […]

Ranking FIFA: Malaysia ‘Selangkah’ Kembali Ke Kelompok 120 Dunia Selepas 21 Tahun

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia berpeluang untuk menghampiri kedudukan ke-120 terbaik dunia selepas kali terakhir berjaya melakukannya kira-kira 21 tahun lalu. Skuad Harimau Malaya dijadualkan berdepan India bagi aksi Pestabola Merdeka, 13 Oktober ini sungguhpun terlepas peluang untuk beraksi dua aksi persahabatan antarabangsa kali ini. Hal ini susulan Palestin yang menarik diri akibat pergolakan yang berlaku […]

Peluang Malaysia Buktikan ‘Tuduhan’ Penyokong India Terhadap Malaysia & ASEAN Adalah Salah

Dendam ‘kesumat’ sebahagian penyokong negara India terhadap skuad Malaysia dan ASEAN bakal terjawab esok (Jumaat) apabila kedua-dua pasukan dijadualkan bertemu dalam aksi sulong Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Penyokong India yang sebelum ini pernah berang dan marah apabila Malaysia dan negara-negara di rantau Asia Tenggara dianggap berhadapan laluan mudah untuk layak ke […]

Kos Naik Taraf SNBJ Cecah Hampir RM5 Juta

Projek Kerja-Kerja Menaik Taraf Padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) telah menelan belanja hampir RM5 Juta. Menerusi satu kenyataan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, beliau memaklumkan bahawa serahan tapak projek kepada syarikat Talenttwo (M) Sdn Bhd telah dilaksanakan pada 1 April 2023 dan kerja penukaran rumput telah dijalankan sehingga 30 September 2023. Tempo […]

Igor Štimac: India Pasukan Yang Berkualiti Di Asia

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan India, Igor Štimac yakin pasukannya memiliki kelebihan berdepan Malaysia di Pestabola Merdeka. Pasukan ke-102 dunia itu turun dengan misi besar apabila berdepan pasukan bimbingan Kim Pan-gon di tempat lawan. Beliau bagaimanapun memberi gambaran bahawa India bakal turun tanpa beberapa tonggak utama yang dilanda kecederaan sementara pemain yang dibawa juga bergelut dengan […]

Sunil Chhetri Sedia Kecewakan Malaysia

Menjelang sepak mula Pestabola Merdeka yang menemukan Malaysia dan India pada esok 13 Oktober, pemain lagenda India, Sunil Chettri memberi pandangan beliau mengenai perlawanan yang dijangka sengit itu. Bagi Chettri, beliau merasakan perlawanan berdepan Malaysia adalah sangat bagus buat pasukan India bagi memperbaiki permainan mereka ketika beraksi di gelanggang lawan memandangkan rekod India di tempat […]