“Saya Kembali Lebih Kuat” – Faisal Halim

Pemain sayap pasukan Malaysia, Faisal Halim sedia bangkit untuk kembali membantu Harimau Malaya tampil lebih baik kali ini. Pemain berusia 25 tahun itu menjalani penggantungan selama satu bulan yang menyaksikan beliau hanya beraksi 45 minit selepas 5 perlawanan. Beliau bagaimanapun tetap optimis untuk terus membantu pasukan bimbingan Kim Pan-gon lebih cemerlang. Faisal ketika ditemui pada […]
Stadium Merdeka Beri Khabar Gembira Buat Rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia terutama di Lembah Klang akan tersenyum selepas stadium ikonik iaitu Stadium Merdeka bakal dibuka semula kepada orang awam pada awal tahun hadapan. Perkara ini diumumkan oleh CEO PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd (PMVSB), Tengku Ab Aziz Mahmud kepada BERNAMA selepas membuat tinjauan di stadium berkenaan. “Stadium yang bertemakan penyatuan dan inklusif adalah hasrat […]
Tajikistan Gantikan Lubnan Sertai Pestabola Merdeka

Susulan tindakan Lubnan menarik diri daripada saingan Pestabola Merdeka 2023, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bertindak pantas dengan menjemput Tajikistan sebagai pasukan keempat untuk edisi kejohanan ke-42 itu. Dan hari ini, pasukan yang diberi jolokan The Crowns mengesahkan penyertaan mereka untuk kejohanan itu. Berdasarkan ranking terbaru FIFA, Tajikistan ketika ini menduduki ranking ke-110 dunia. Dengan […]
TMJ & Hannah Yeoh Bincang Perkembangan Terkini Rumput Zeon Zoysia Di SNBJ

DYAM TMJ, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim terima mengadap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di Ibu Pejabat Johor Darul Ta’zim (JDT) FC hari ini. Pertemuan yang dikongsikan baginda di akaun media rasmi baginda ialah bagi membincangkan perkembangan terkini pemasangan rumput Zeon Zoysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Ini selepas timbul kebimbangan SNBJ berkemungkinan […]
Venue Pestabola Merdeka Bakal Ditukar?

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang mempertimbangkan beberapa venue lain bagi menganjurkan Pestabola Merdeka. Pengajuran edisi ke-42 kejohanan berprestij di Malaysia ini pada awalnya memilih Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebagai venue rasmi pertandingan. Namun begitu, stadium tersebut kini sedang diselenggara dengan proses penukaran rumput sedang dijalankan. Menurut kenyataan FAM, mereka mempunyai pelan lain sekiranya […]
Kim Pan-gon Sasar Juarai Pestabola Merdeka

Biarpun sedar berdepan cabaran sukar dalam Pestabola Merdeka 2023, jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon tetap mensasarkan untuk bergelar juara edisi ke-42 kejohanan itu. Selain Malaysia, Pestabola Merdeka turut disertai oleh India, Palestin dan Lebanon. Atas kertas, Malaysia dilihat pasukan lemah dengan ranking ke-136 dunia jika dibandingkan Palestin, India dan Lebanon masing-masing menduduki tangga ke-96, 99 […]
Kim Pan-gon Dah Lama Intip India

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon mengakui sudah lama mengkaji kekuatan India sebelum bertemu dalam kejohanan Pestabola Merdeka. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu yakin persiapan berdepan pasukan ke-99 dunia itu perlu dilakukan dengan rapi dengan kekuatan yanh dimiliki. Mengulas lanjut, Pan-gon memberitahu bahawa barisan kejurulatihan Harimau Malaya sudah lama membuat persiapan kerana yakin India merupakan sebuah […]
Malaysia Diundi Berdepan India | Pestabola Merdeka

Malaysia bakal mengharungi kempen di Pestabola Merdeka 2023 berdepan salah sebuah pasukan terbaik di Asia iaitu India. Perlawanan yang menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah ini bakal menjadi medan ujian terbaik buat pasukan kendalian Kim Pan-gon untuk terus mempersiapkan diri sebelum melangkah ke Piala Asia tahun hadapan. Pestabola Merdeka 2023 disertai empat pasukan dengan format secara […]
Tiket Pestabola Merdeka 2023 Bermula Serendah RM5

Dengan Pestabola Merdeka 2023 bakal diadakan pada Oktober ini, FAM membuat ketetapan tiket kejohanan akan dijual bermula 9 Ogos ini dengan harga serendah RM5. FAM dalam satu kenyataan hari ini menyatakan sebelum ini telah menetapkan 1 Ogos sebagai tarikh bermulanya jualan tiket Pestabola Merdeka 2023. Bagaimanapun, disebabkan undian pasukan bertanding hanya akan dibuat pada 8 […]
India Buat Pusingan Sertai King’s Cup Di Thailand

Ramai menjangkakan India bakal menjadi lawan Harimau Malaya untuk Pestabola Merdeka yang bakal diadakan pada Oktober ini. Tetapi hari ini, India mengumumkan bakal menyertai King’s Cup di Thailand pada September ini. Kejohanan tersebut bakal diadakan dari 7 hingga 10 September ini. Selain India dan tuan rumah Thailand, Lubnan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut mengumumkan […]
Palestin Lengkapkan Senarai Pasukan Di Pestabola Merdeka

Pasukan di tangga ke-93 dunia, Palestin melengkapkan senarai pasukan yang bakal menyertai Pestabola Merdeka yang bakal diadakan Oktober ini. Menerusi satu kenyataan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Mohd Firdaus Mohamed, senarai pasukan yang menyertai kejohanan ini berada pada kedusukan yang lebih baik berbanding Harimau Malaya. Ini juga bakal menjadi medan ujian sebenar buat anak didik […]
Pasukan Ke-80 Dunia Antara 4 Pasukan Sertai Pestabola Merdeka

Selepas penganjuran Pestabola Merdeka pada Oktober tahun ini diumumkan oleh FAM beberapa minggu sebelumnya, ramai berspekulasi pasukan mana yang akan menyertai kejohanan ikonik itu. Terbaru, difahamkan China merupakan antara pasukan yang bakal menyertai kejohanan itu. Sebelum ini, beberapa negara dicanang dikatakan dicanang menyertai kejohanan itu termasuk Thailand, India dan Palestin. Bagaimanapun, Thailand menerusi Persatuan Bola […]
Kim Pan-gon Bakal Tentukan Lawan Harimau Malaya

Dengan Pesta Bola Merdeka bakal dianjurkan tidak lama lagi, ramai ingin tahu siapa yang bakal menjadi lawan Harimau Malaya. Tetapi bagi FAM, siapa saja lawan negara dalam kejohanan itu hanya akan ditentukan oleh jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon. Hal ini disentuh oleh Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman. Malah, ketika ini, belum ada sebarang jemputan […]
Rasmi: Thailand Tidak Sertai Pestabola Merdeka

Juara Piala AFF 2022, Thailand difahamkan tidak akan menyertai kejohanan Pestabola Merdeka yang bakal diadakan September ini. Hal ini telah pun disahkan oleh Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) setelah difahamkan terdapat perbincangan antara pihak Thailand dan juga Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Perkara ini telah pun dimaklumkan oleh Setiausaha FAT, Patit Suphaphongs sekaligus menyaksikan lawan tradisi Malaysia […]
Rasmi: India Sertai Pestabola Merdeka

Pasukan kebangsaan India telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan Pestabola Merdeka yang bakal diadakan September tahun ini. Baru-baru ini telah tular isu apabila pihak Persatuan Bolasepak India (AIFF) menyatakan kekecewaan selepas tidak diundang bagi menyertai kejohanan ini. Perkara ini telah pun disahkan oleh setiausaha badan tersebut, Shaji Prabakaran yang memaklumkan bahawa terdapat perbincangan yang diadakan bersama […]
Syria & Palestin Dijangka Sertai Pestabola Merdeka

Dua pasukan dari Timur Tengah dijangka akan menghangatkan lagi saingan Pestabola Merdeka yang bakal diadakan semula pada tahun ini. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dijangka akan mengundang dua pesaing terhebat di Asia Tenggara iaitu Vietnam dan juga Thailand yang merupakan finalis Piala AFF 2022. Saingan ini difahamkan akan turut diserikan lagi dengan kehadiran dua pasukan besar […]