Perpindahan Sergio Aguero Ke Persija Jakarta Tidak Direstui?

Sebelum ini timbul desas-desus mengenai perpindahan pemain naturalisasi negara yang kini beraksi bersama Sri Pahang FC, Sergio Aguero yang dikaitkan ke kelab gergasi Indonesia, Persija Jakarta. Namun sehingga kini masih tiada info lanjut mengenai perpindahan tersebut. Namun baru-baru ini pundit bola sepak Indonesia, L. Musaddad A. Sadat meluahkan kerisauan mengenai berita perpindahan itu. Bagi beliau, […]

RANS Nusantara Malukan Persija Jakarta

Tekanan terus dialami jurulatih Persija Jakarta, Thomas Doll apabila pasukan itu tewas kepada RANS Nusantara dalam aksi terbaru Liga 1 Indonesia. Walaupun berstatus naib juara liga musim lepas, Macan Kemayoran kini berada di tangga ke-11 dengan 20 mata, sembilan mata ketinggalan di belakang RANS. Dan kelebihan itu terus dilebarkan lagi anak-anak buah Eduardo Almeida pada […]

Sergio Aguero Bakal Sertai Persija Jakarta?

Pemain tengah naturalisasi negara, Sergio Aguero dikhabarkan bakal mengucapkan selamat tinggal kepada Sri Pahang FC. Ini selepas wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan kelab Liga 1 Indonesia, Persija Jakarta berminat mendapatkan khidmat pemain berdarah Argentina itu. Persija yang dibimbing jurulatih Jerman, Thomas Doll dilihat mahu menambahbaik pencapaian pasukan menjelang tetingkap perpindahan kedua bermula 1 […]

Liga 1: Bali United Diikat Persija Jakarta

Aksi Liga 1 Indonesia hari ini melibatkan pertemuan antara pasukan Persija Jakarta menentang pasukan Bali United. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Patriot Candrabhaga menyaksikan keputusan seri diraih kedua pasukan. Separuh masa pertama menyaksikan pasukan pelawat, Bali United mendahului perlawanan. Wakil Indonesia di pentas Piala AFC ini berjaya mencetak jaringan pertama perlawnanan menerusi Rahmat Arjuna. Pemain […]

KL City & Persija Jakarta Umum Kerjasama Strategik

Pasukan Liga Super, Kuala Lumpur City FC (KL City) menjalinkan kerjasama dengan pasukan Liga 1 Indonesia, Persija Jakarta. Menerusi satu ciapan Pemilik Kelab KL City FC, Azri Azerai, The City Boys akan bekerjasama dengan kelab yang berpangkalan di Jakarta itu. Sebelum ini, terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa KL City akan menjalinkan kerjasama strategik dengan salah […]

Persib & Persija Jakarta Sama Lesu

Aksi Derby Indonesia membabitkan dua seteru ketat dalam Liga 1 Indonesia, Persib Bandung dan Persija Jakarta hari ini menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1. Kedua-dua pasukan tahu kemenangan hari ini mampu melonjakkan mereka kedudukan lapan teratas liga. Justeru, sebaik wisel perlawanan ditiup, Persija berusaha memanfaatkan kelebihan sebagai tuan rumah. Dan Stadium Patriot Candrabhaga gegak-gempita apabila Marko […]

Bojan Hodak Yakin Mampu Benam Persija Jakarta

Jurulatih Persib Bandung, Bojan Hodak percaya anak-anak buahnya mampu mengatasi cabaran Persija Jakarta dalam aksi Liga 1 Indonesia seterusnya. Sabtu ini bakal menyaksikan perlawanan paling ditunggu-tunggu dalam liga iaitu Persija menentang Persib. Perlawanan yang diberi jolokan derby Indonesia dianggap antara yang terbesar di Asia. Perlawanan ini sentiasa menarik perhatian lebih-lebih lagi dengan permusuhan penyokong kedua-dua […]

Pertembungan KL City vs Persija Jakarta Bakal Jadi Realiti?

Khabar bertiup kencang mengenai jalinan kerjasama yang bakal dijalankan antara kelab Liga Super, KL City FC dengan salah sebuah kelab gergasi Indonesia. Perkembangan terbaru ini dikongsikan oleh wartawan MakanBola, Syafiq Freman telah memberi bayangan bahawa akan ada kerjasama antara KL City dengan salah sebuah kelab besar di Jakarta. Sungguhpun tidak menyatakan nama secara kelab khusus, […]

Junior Eldstal Bantu Dewa United Tewaskan Gergasi Indonesia

Pemain Harimau Malaya yang kini beraksi bersama Dewa United di Indonesia, Junior Eldstal berjaya membuka mata banyak pihak apabila menampilkan aksi berkualiti dalam aksi menentang kelab gergasi Indonesia, Persija Jakarta. Dewa United berjaya mengejutkan Persija dengan keputusan 2-0. Dalam perlawanan tersebut, Junior bergandingan dengan pemain import dari Macedonia Utara yang juga bekas pemain Sabah FC, […]

Syahrian Abimanyu Dedah Sisi Rendah Diri TMJ Yang Ramai Tak Tahu

Pemain tengah Persija Jakarta FC, Syahrian Abimanyu mengucapkan setinggi-tunggi penghargaan kepada pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Bintang sensasi Indonesia itu pernah menghangatkan kancah bola sepak Malaysia selepas menyertai pasukan JDT pada tahun 2020. Pemain berusia 24 tahun itu merupakan perancang tengah berbakat yang dimiliki skuad Garuda […]

Pertemuan Indonesia & Argentina Buka Mata Thomas Doll

Indonesia mempamerkan aksi terpuji walaupun tewas 2-0 kepada Argentina dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada 19 Jun lepas. Dan aksi tersebut membuka mata ramai pihak termasuk jurulatih Persija Jakarta, Thomas Doll. Ini kerana dari segi ranking, Indonesia bukan tandingan Argentina yang berstatus juara dunia. Tetapi anak-anak buah Shin Tae-yong berjaya mengekang Albiceleste selama 38 minit sebelum […]

Bekas Jurulatih Dortmund Anggap Bakat Indonesia Layak Tembusi Pasaran Jerman

Bekas jurulatih salah sebuah kelab gergasi di Eropah menyatakan bahawa kualiti pemain Indonesia kini layak untuk dipasarkan ke Jerman. Pengendali berusia 57 tahun itu melihat perkembangan positif yang berlaku dalam kancah bola sepak Indonesia sejak ketibaannya tahun lalu. Individu yang mahu dikenali sebagai Thomas Doll itu menyatakan bahawa beliau sememangnya sudah tersalah sangka terhadpa kualiti […]

Nama Safawi Rasid Disebut-sebut Di Indonesia

Nama pemain sayap Ratchaburi FC, Safawi Rasid mula disebut-sebut oleh penyokong Indonesia yang mahu melihat kelibatnya beraksi di sana. Bintang kelahiran Terengganu ini sedang beraksi di Thailand selepas dipinjamkan oleh kelab asalnya, Johor Darul Ta’zim (JDT). Namun begitu, tempoh pinjamannya yang bakal tamat menyebabkan timbulnya pelbagai spekulasi yang melibatkan masa depan pemain berusia 26 tahun […]

Persija Jakarta Tolak Permintaan Borussia Dortmund

Umum mengetahui bahawa kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund akan melakukan jelajah di rantau Asia Tenggara semasa Piala Dunia 2022 dijalankan. Antara negara yang terlibat adalah Indoensia, Vietnam dan Singapura. Dortmund dijangka akan beraksi di Indonesia dengan mengadakan perlawanan berkonsepkan trofi di mana mereka akan menentang dua kelab Indonesia iaitu Persib Bandung dan Persebaya Surabaya. Namun […]

Penyokong Persija Kagum Dengan Aksi Gary Steven Robbat

Disebalik kemenangan aksi persahabatan menentang Persija Jakarta dengan keputusan 2-1 semalam, aksi pemain tengah Sabah FC, Gary Steven Robbat berjaya mencuri tumpuan penyokong Persija dengan menampilkan persembahan yang sangat baik di atas padang. Pemain tengah bertahan berusia 30 tahun ini merupakan pemain yang baru berhijrah ke Sabah pada awal musim ini dari kelab gergasi Malaysia, […]

Sabah Mendonia Tewaskan Persija Jakarta

Sabah FC menampilkan aksi yang cukup bertenaga dan memberangsangkan untuk menewaskan Persija Jakarta dengan keputusan 2-1. Perlawanan persahabatan antarabangsa pasukan kendalian Dato’ Ong Kim Swee ini menyaksikan beliau telah pun hampir kesemua pemain kesebelasan terbaiknya untuk memberi cabaran yang sewajarnya. Hal ini terbukti apabila Sabah FC bermula dengan cukup garang untuk mengatur gerak melancarkan serangan […]