Bojan Hodak Yakin Mampu Benam Persija Jakarta

Jurulatih Persib Bandung, Bojan Hodak percaya anak-anak buahnya mampu mengatasi cabaran Persija Jakarta dalam aksi Liga 1 Indonesia seterusnya. Sabtu ini bakal menyaksikan perlawanan paling ditunggu-tunggu dalam liga iaitu Persija menentang Persib. Perlawanan yang diberi jolokan derby Indonesia dianggap antara yang terbesar di Asia. Perlawanan ini sentiasa menarik perhatian lebih-lebih lagi dengan permusuhan penyokong kedua-dua […]

Dua Penalti Elak Bojan Hodak & Persib Dimalukan PSIS Semarang

Persib Bandung berjaya mencatat kemenangan tipis dalam aksi Liga 1 Indonesia berdepan PSIS Semarang pada semalam. Dua jaringan ketua pasukan Persib Bandung, Marc Klok memastikan tiga mata berjaya diraih Persib di laman lawan. Anak buah kendalian Bojan Hodak memecah kebuntuan pada minit ke-24 menerusi sepakan penalti. Pemain tengah Persib, Marc Klok mudah merembat masuk bola […]

Ini Sebab Utama Park Hang-seo Tolak Tawaran Kelab Indonesia

Bekas jurulatih kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo baru-baru ini telah menubuhkan Akademi Bola Sepak di Hanoi atas namanya sendiri.  Sebelum ini, beliau telah menerima tawaran lumayan untuk menjadi ketua jurulatih pasukan Persib Bandung. Namun, beliau menolak tawaran tersebut. Jurulatih berusia 65 tahun ini tekad mahu melahirkan pemain-pemain muda Vietnam yang berkualiti untuk terus bersaing ke peringkat […]

Bojan Hodak Buat Rombakan Besar-Besaran, Rehatkan 10 Pemain

Jurulatih Persib Bandung, Bojan Hodak membuat keputusan mengejut dengan merehatkan 10 orang pemain daripada menjalani sesi latihan bersama pasukan pada Sabtu lepas. 10 pemain tersebut ialah Fitrul Dwi Rustapa, I Putu Gede, Daisuke Sato, Dedi Kusnandar, Ezra Walian, Ciro Alves, David da Silva, Nick Kuipers, Alberto Rodriguez dan Beckham Putra Nugraha. Keputusan bekas jurulatih KL […]

Bojan Hodak Sekat Pendahulu Liga Indonesia

Pengendali baharu Persib Bandung, Bojan Hodak mula dengan langkah yang positif apabila berjaya menyekat kemaraan pendahulu Liga 1 Indonesia, Bali United.  Dalam perlawanan semalam, Persib Bandung dan Bali United terikat tanpa jaringan.  Bali United turun dengan rekod tanpa kalah tiga perlawanan berturut-turut sementara Persib Bandung baru sahaja memperoleh kemenangan pertama dalam perlawanan sebelum ini.  Menurut […]

Park Hang-seo Tolak Tawaran RM4 Juta Setahun Kelab Indonesia

Bekas pengendali kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo dilaporkan menolak tawaran menjadi ketua jurulatih sebuah pasukan yang beraksi di Liga 1 Indonesia, Persib Bandung. Jurnalis Vietnam, Minh Hai menyatakan bahawa Persib telah menawarkan sebanyak 22.5 Juta Dong Vietnam iaitu sekitar RM4.3 Juta untuk membawa masuk jurulatih dari Korea Selatan itu ke Indonesia. Bagaimanapun Park Hang-seo menolak tawaran […]

Gabungan ‘DNA Taktikal’ Bojan Hodak & David Da Silva Menjadi Di Indonesia

Penghijrahan bekas pengendali KL City FC, Bojan Hodak ke kelab Indonesia, Persib Bandung memberi impak yang cukup besar terutamanya dibantu oleh impak peledak berbisa pasukan, David Da Silva. Jurulatih kelahiran Croatia itu membuat keputusan untuk berhijrah selepas tiga tahun menabur bakti di Malaysia. Percaturan awal bekas pengendali PSM Makassar ini berjaya diserap dengan begitu cepat […]

Bojan Hodak Terima Sambutan Hangat Di Persib

Pengendali baharu Persib Bandung, Bojan Hodak mendapat sambutan hangat di Indonesia. Setibanya beliau di bumi Sang Garuda, beliau tak tunggu lama dan terus berjumpa dengan para pemain Persib Bandung. Kehadiran Bojan telah menerima sambutan hangat daripada pemain, barisan kejurulatihan dan pegawai-pegawai pasukan. Bojan kelihatan begitu mesra menyapa dan bergurau senda dengan beberapa pemain Persib. Bojan […]

Persib Bandung Letak Harapan Besar Kepada Bojan Hodak

Kelab Liga 1 Indonesia, Persib Bandung mengharapkan jurulatih baru mereka, Bojan Hodak dapat menggunakan magisnya bagi merealisasikan sasaran musim ini. Pengurusan Maung Bandung menetapkan sasaran empat kedudukan teratas dalam liga untuk saingan liga musim ini. Ini bermakna Hodak perlu mengulangi pencapaian jurulatih sebelumnya, Luis Milla yang meraih tempat ketiga Liga 1 Indonesia untuk Pangeran Biru […]

Bojan Hodak Jawab Punca Tinggalkan KL City

Berita mengenai peletakan jawatan Bojan Hodak selaku ketua jurulatih KL City pastinya mengejutkan ramai pihak terutamanya dalam kalangan para penyokong The City Boys. Bojan Hodak memaklumkan bahawa beliau telah menerima 3 tawaran pada Disember tahun lepas dan telah berbincang perkara tersebut dengan Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard. Namun menurutnya ketika itu beliau masih belum […]

Warga Indonesia Gerun Tengok Bojan Hodak

Kehadiran bekas pengendali KL City FC, Bojan Hodak mendapat liputan meluas di Indonesia yang gerun dengan reputasi dan gayanya mengendalikan pasukan. Jurulatih berusia 52 tahun itu bersama The City Boys sejak tahun 2021 dan mengecapi kejayaan yang cukup memberangsangkan terutamanya apabila membawa pasukan ke pentas akhir Piala AFC. Bekas jurulatih JDT ini bagaimanapun membuat keputusan […]

Bojan Hodak Kini Jurulatih Persib Bandung

Bekas pengendali Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak akhirnya melebarkan sayap karier beliau sebagai jurulatih ke Indonesia bagi melatih pasukan gergasi Liga 1 Indonesia, Persib Bandung. Perkara tersebut telah pun disahkan pihak pengurusan Persib Bandung melalui satu ciapan twitter di twitter rasmi kelab. Ciapan tersebut juga memaparkan harapan tinggi diletakkan ke atas Bojan untuk memberikan […]

3 Tanda Bawa Kemungkinan Benjamin Mora Ke Indonesia

Penyokong dan peminat pasukan Liga 1 Indonesia, Persib Bandung kini masih berteka-teki dengan kehadiran jurulatih baharu pasukan. Selepas pengendali terdahulu, Luis Milla secara rasmi meninggalkan kelab Persib Bandung, bekas ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora kini dikaitkan sebagai sosok yang berpotensi mengendalikan pasukan. Benjamin Mora yang kini mengemudi pasukan Atlas FC sedang mengharungi […]

Levy Madinda Sertai Persib Bandung

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) FC, Levy Madinda tidak lagi beraksi dengan Negeri Sembilan FC selepas sah dipinjamkan ke kelab Liga 1 Indonesia, Persib Bandung. Pengumuman perpindahan tersebut dibuat kelab yang diberi jolokan Pangeran Biru itu di laman media sosial rasmi mereka hari ini. Perpindahan pinjaman bekas pemain tengah Celta Vigo itu melengkapkan kuota […]

Bekas Penyerang Terengganu Tepis Tanggapan Buruk Di Malaysia

Bekas penyerang Terengganu FC, David Da Silva terus mengukuhkan kedudukannya selaku penyerang berbisa di Liga 1 Indonesia. Pemain kelahiran Brazil itu merupakan tunjang utama di barisan serangan Persib Bandung sekaligus menyaksikan mereka melalui musim yang cukup cemerlang apabila menamatkan saingan di tempat ke-3 pada 2022/2023. Kemenjadian penyerang berusia 34 tahun ini berterusan pada musim ini […]

Penyokong Persib Bandung Nyalakan Suar

Persib Bandung mengakhiri musim Liga 1 Indonesia dengan kekalahan besar 4-1 di tangan pasukan pelawat, Persikabo. Di sebalik kekalahan itu, ramai penyokong mereka memilih melepaskan suar dalam stadium bagi mengakhiri musim ini. Insiden melepaskan suar ini dikatakan bermula lima minit sebelum perlawanan Persib Bandung-Persikabo berakhir. Penyokong yang kecewa pada awalnya hanya sekadar mencemuh pasukan termasuk […]