Euro 2024: Gol Dibatalkan VAR Buatkan Perancis & Belanda Berkongsi Mata

Aksi kedua peringkat kumpulan D Euro 2024 menyaksikan Belanda dan Perancis terpaksa berpuas hati dengan satu mata setelah terikat seri dalam perlawanan penuh sengit. Kedua-dua pasukan yang berjaya menewaskan lawan masing-masing dalam aksi pertama lalu memasang impian untuk meraih kemenangan kedua untuk menjadi pasukan seterusnya yang layak ke pusingan kalah mati. Perancis turun tanpa kelibat […]
Euro 2024: Gol Sendiri Austria Penyelamat Maruah Perancis

Perancis mengutip kemenangan pertama dalam kempen Euro 2024 apabila berjaya menewaskan Austria. Didier Deschamps menagih bisa Kylian Mbappe, Antoine Griezmann, Kolo Muani serta Marcus Thuram dalam menggempur gawang gol pasukan Austria. Austria yang dipimpin oleh Ralf Rangnick menagih bisa pemain seperti Konrad Laimer, Marcel Sabitzer, Max Wober serta C. Baumgartner untuk aksi pertama Euro 2024. […]
Mbappe Patah Hidung

Penyerang Perancis, Kylian Mbappe mengalami kecederaan patah hidung dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan D menentang Austria bagi aksi saingan Euro 2024 pagi tadi. Perkara ini telah disahkan oleh jurulatih Perancis, Didier Deschamp sejurus selepas tamat perlawanan. Insiden yang dialami oleh Kylian Mbappe itu ketika aksi separuh masa kedua pada minit ke-86 dimana beliau berlaga bahu […]
Raphael Varane Tinggalkan Manchester United

Pemain pertahanan tengah, Raphael Varane bakal meninggalkan Manchester United pada akhir musim ini setelah 3 tahun di Old Trafford. Raphael Varane mengumumkan berita tersebut dalam sebuah video perpisahan yang penuh emosi di laman media sosial miliknya dan juga kelab. Bek tengah Perancis itu melakukan 93 penampilan buat The Red Devils termasuk membantu kelab menjulang Piala […]
Kylian Mbappe Dedah Punca Tinggalkan PSG

Pemain sensasi Perancis, Kylian Mbappe telah mendedahkan punca beliau meninggalkan PSG pada akhir musim ini. Jodoh Mbappe bersama PSG akhirnya tiba ke penghujung apabila kontrak beliau bakal tamat akhir musim ini dan Mbappe memilih untuk tidak menyambung kontrak bersama PSG. Kylian Mbappe telah memuat naik satu video ucapan perpisahan penuh emosi di laman media sosial […]
Cara Unik Hantar Bola Perlawanan Di Perancis Guna Helikopter

Perlawanan kelab bola sepak Perancis, Brest dan AS Monaco semalam mencuri tumpuan penyokong ekoran cara penghantaran bola perlawanan yang unik. Perlawanan Ligue 1 itu yang berlangsung di Stade Francis-Le Ble menyaksikan bola perlawanan dihantar oleh helikopter Tentera Laut Perancis. Krew helikopter kemudiannya menurunkan tentera yang bertanggungjawab membawa bola ke tengah padang. Tentera tersebut kemudiannya menyerahkan […]
Media Perancis Anggap Vietnam Dan Indonesia Sebagai Pasukan Pengacau

Media Perancis, Lucarne-opposee baru-baru ini telah melabel pasukan Vietnam dan Indonesia bakal jadi pasukan yang mengganggu kemaraan pasukan-pasukan lain di kejohanan Piala Asia Bawah 23 (B-23) Qatar. Dalam erti kata mudah, dua pasukan Asia Tenggara ini bersama-sama tiga lagi negara iaitu Jordan, Tajikistan dan China akan menyukarkan perjalanan pasukan lain di kejohanan ini. Selain melabelkan […]
Perancis Tunduk Kepada Jerman

Perlawanan persahabatan antarabangsa hari ini menyaksikan pertembungan di antara Perancis menentang Jerman yang berakhir dengan keputusan 0-2. Seawal 1 minit permainan, bintang muda Jerman, Florian Wirtz menjaringkan gol pertama pasukan menerusi sepakan deras dari luar kotak. Ini merupakan jaringan pertama peribadi buat dirinya bagi skuad senior. Separuh masa pertama memihak kepada Jerman menerusi penguasaan bola […]
Liga Perancis Dijangka Tukar Nama Ke Ligue 1 McDonald’s

Liga utama Perancis, Ligue 1 dijangka akan menukar nama ke Ligue 1 McDonald’s setelah bakal menerima penaja baharu. Ketika ini liga tersebut dikenali sebagai Ligue 1 Uber Eats sejak awal musim 2020/21 setelah Uber Eats bersetuju menaja liga tersebut sebanyak RM80 juta setahun. Namun pihak Uber Eats dijangka tidak akan meneruskan kerjasama mereka pada musim […]
Kylian Mbappe Mahu Sertai Sukan Olimpik Paris 2024

Penyerang sensasi, Kylian Mbappe mendedahkan hasrat mahu menyertai Sukan Olimpik Paris 2024. Walaupun Mbappe sudah berusia 26 tahun, pemain ini masih berkesempatan memperkuatkan pasukan Perancis dalam sukan Olimpik berdasarkan slot 3 pemain berusia 23 tahun ke atas. Malah jurulatih bawah 23 tahun Perancis, Thierry Henry terbuka jika Mbappe mahu membantu skuad Perancis dalam saingan Sukan […]
Polis Perancis Siasat Perpindahan Neymar Ke PSG

Arena sukan Perancis dikejutkan dengan serbuan yang dilancarkan polis Perancis ke atas kementerian kewangan negara itu. Serbuan itu dibuat bagi menyiasat dakwaan wujud unsur penipuan dalam perpindahan penyerang Brazil, Neymar dari Barcelona ke Paris Saint-Germain (PSG) pada 2017. Portal Perancis, Mediapart mendakwa kelab gergasi Perancis berkenaan mendapat bantuan untuk tidak membayar sebarang cukai kepada kerajaan […]
Hoki Piala Dunia Remaja: Jerman Muncul Juara Kali Ketujuh, Tewaskan Perancis

Jerman terpaksa bekerja keras sebelum menggondol gelaran juara Piala Dunia Hoki Remaja buat kali ketujuh dalam sejarah kejohanan. Kejayaan itu dicapai selepas mengatasi cabaran Perancis di pentas final Piala Dunia Hoki Remaja 2023 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Dari segi rekod pencapaian, skuad hoki remaja Jerman lebih berpengalaman kerana pernah menjulang trofi itu sebanyak […]
Hoki Piala Dunia Remaja: Perancis Atasi Sepanyol Untuk Raih Tiket Ke Final

Perancis mengiringi Jerman ke pentas akhir setelah mengenepikan cabaran Sepanyol dalam aksi separuh akhir Hoki Piala Dunia Remaja 2023. Perancis tidak menunggu lama untuk mempimpin perlawanan menerusi Brieuc Delemazure yang menyudahkan pukulan sudut penalti seawal minit kedua. Sebelum berakhir suku pertama permainan, pemain tengah Sepanyol, Aleix Bozal menyamakan kedudukan apabila pukulan sudut penaltinya terus menerjah […]
Jerman Muncul Juara Piala Dunia B-17 Kali Pertama, Gah Tumbangkan Perancis

Pasukan kebangsaan Jerman melakar sejarah untuk menjulang Piala Dunia B-17 selepas menundukkan jaguh Eropah, Perancis dengan keputusan 4-3 hasil penentuan sepakan penalti. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Manahan menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat untuk menjulang trofi berprestij ini. Anak didik Christian Wuck tampil lebih garang pada babak pertama sekaligus menyebabkan Perancis lebih banyak bertahan. […]
Piala Dunia U17: Perancis Manfaatkan Kekurangan Mali Untuk Ke Final

Perancis menepati ramalan untuk ke perlawanan akhir Piala Dunia Bawah 17 Tahun (U17) selepas menewaskan Mali dalam aksi separuh akhir di Stadium Manahan Kota Surakarta, Indonesia sebentar tadi. Perlawanan dimulakan dengan aksi positif kedua-dua pasukan dengan Mali terlebih dahulu menguji gawang Perancis yang dijaga Paul Argney seawal minit ke-5 melalui rembatan Ibrahim Diarra namun berjaya […]
Piala Dunia U17: Mali Kejutkan Maghribi, Lawan Perancis Di Separuh Akhir

Aksi suku akhir Piala Dunia U17 antara pasukan Maghribi dan Mali berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada Mali menerusi gol tunggal perlawanan saat akhir. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Manahan itu menyaksikan pasukan bimbingan Said Chiba menurunkan kesebelasan seimbang untuk menandingi percaturan Mali yang lebih bertahan. Percubaan pertama perlawanan hadir menerusi penyerang Mali, Ibrahim Kanate yang […]