Keghairahan Luka Milunovic Bawa Padah Buat Perak

Keghairahan pemain Perak FC, Luka Milunovic dalam meraikan jaringannya ketika menentang Kuala Lumpur City FC (KL City) membawa padah. Ini kerana, pemain Serbia itu dilaporkan mengalami kecederaan selepas meraikan gol dan ianya membimbangkan jurulatih Perak, Yusri Che Lah. Bagi Yusri, Milunovic sangat komited dengan pasukan namun mungkin keghairahan beliau menjaringkan gol membuatkan beliau mengalami kecederaan […]

Aksi Haziq Nadzli Raih Pujian

Aksi penjaga gol Perak FC, Haziq Nadzli ketika bertemu Kuala Lumpur City FC (KL City) pada Sabtu mendapat pujian daripada pundit bola sepak yang juga jurulatih, Datuk Zainal Abidin Hassan. Dalam perlawanan sengit itu, Haziq telah mempamerkan beberapa aksi memukau dalam menyelamatkan pintu gol Perak daripada dibolosi. Perak berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 1-0 hasil […]

Liga Super: Perak Hapus Badi Laman Sendiri, Benam KL City

Hasrat Perak FC untuk meraih kemenangan pertama di gelanggang sendiri bagi saingan Liga Super musim ini menjadi kenyataan selepas berjaya menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City) pada Sabtu. Perak yang dibimbing Yusri Che Lah meletakkan barisan terkuat dengan Clayton Da Silva menjadi penyerang tunggal di bahagian hadapan manakala KL City dilihat sedikit tempang selepas […]

Johor Pertahan Kejuaraan Bola Sepak MSSM

Skuad bola sepak Johor Bawah 15 Tahun (B-15) unggul mempertahankan kejuaraan bola sepak Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) untuk kategori B-15. Kejayaan itu dicapai dengan menewaskan pasukan Majlis Sukan Sekolah Negeri Perak (MSSP) 2-1 di pentas final yang diadakan di Stadium Mini Taman Ungku Tun Aminah. Johor selaku juara bertahan mahu mempertahankan gelaran juara yang […]

Liga Super: Perak Jadikan Negeri Sembilan Mangsa Kebangkitan

Perak berjaya menumbangkan Negeri Sembilan untuk meraih tiga mata berharga dalam saingan Liga Super. Kemenangan ini mengubati kekalahan Perak yang lalu di tangan Kuching City sewaktu beraksi di Ipoh. Yusri Che Lah mempertaruhkan Haziq Nadzli selaku penjaga gawang utama pasukan manakala trio serangan dibarisi Wan Zack Haikal, Azfar Fikri dan Clayton da Silva.Hein Htet Aung, […]

Cuti 7 Minggu Beri Kesan Kepada Perak

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah mengakui tempoh rehat selama tujuh minggu memberi kesan kepada pasukan itu. Tempoh rehat yang lama ini berlaku disebabkan penundaan aksi Liga Super antara Perak dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada 17 Ogos lalu. Perlawanan yang diadakan di Stadium Perak itu hanya dapat dilangsungkan selama beberapa minit sebelum […]

Hadi Fayyadh Milik PDRM

Bekas penyerang skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Hadi Fayyadh Abdul Razak kembali menyertai PDRM FC. Sebelum ini, wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi mendedahkan Hadi bakal melengkapkan perpindahan pinjaman dari Perak ke PDRM. Kini, perpindahan penyerang berusia 24 tahun itu disahkan pengurusan The Cops menerusi satu pengumuman di platform media sosial rasmi mereka. Hadi akan […]

Perak Tempuhi 3 Aksi Berbeza Bulan September

Selepas hanya menghadapi satu perlawanan liga pada bulan Ogos, Perak FC bakal berdepan tiga aksi mencabar pada September ini. The Bos Gaurus yang dibimbing Yusri Che Lah sepatutnya berdepan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) untuk satu-satunya aksi liga mereka pada Ogos. Walau bagaimanapun, perlawanan yang berlangsung pada 17 Ogos itu di Stadium Perak terpaksa […]

SUKMA: Perak Genggam Gangsa, Tundukkan Pulau Pinang

Skuad futsal Perak menyumbang meraih pingat gangsa acara futsal SUKMA 2024 apabila menewaskan Pulau Pinang dalam penentuan pingat gangsa. Selepas kedua-dua pasukan masing-masing tewas kepada Sarawak dan Selangor di peringkat separuh akhir, ini peluang buat Perak dan Pulau Pinang menutup kempen futsal dengan pingat gangsa. Skuad futsal Harimau Kumbang meraih pendahuluan seawal minit ketiga menerusi […]

SUKMA: Sarawak Ke Final, Singkirkan Perak

Skuad futsal Sarawak menempah tiket final acara futsal SUKMA 2024 apabila menewaskan pasukan utara tanah air, Perak di peringkat separuh akhir. Selepas berjaya mengalahkan pemenang pingat emas yang lalu, Terengganu di peringkat suku akhir, Perak semakin bersemangat memburu tiket final. Manakala Sarawak juga mengidam perkara sama sebagai tuan rumah. Separuh masa pertama menyaksikan tuan rumah […]

SUKMA: Melaka Kejutkan Perak

Hasrat Perak mara ke separuh akhir acara bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 tidak kesampaian apabila tewas mengejut kepada Melaka di peringkat suku akhir. Kedua-dua pasukan masing-masing mengidam tiket ke separuh akhir. Ini selepas Perak dan Melaka mara selaku juara Kumpulan D dan naib juara Kumpulan C. Separuh masa pertama menyaksikan Perak berusaha menggugat gawang […]

SUKMA: Senarai Aksi Sengit Futsal Separuh Akhir

Ini merupakan senarai aksi sengit yang bakal berlangsung di peringkat separuh akhir acara futsal bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024. Empat semi finalis telah menempah tiket di separuh akhir dengan tuan rumah, Sarawak mengetuai senarai selain Perak, Pulau Pinang dan juga pasukan pilihan ramai, Selangor. Di peringkat suku akhir pada Isnin, berlaku kejutan apabila Perak […]

Peguam Ini Jelaskan Mengapa Aksi Perak & JDT Tak Perlu Ditangguh

Peguam sukan, Zhafri Aminurashid menjelaskan mengapa aksi Liga Super di antara Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Sabtu tidak perlu ditangguhkan ke tarikh yang lain. Aksi di antara Perak dan JDT itu ditangguhkan ke tarikh lain selepas hujan turun dengan lebat dan menyebabkan keadaan padang ditakungi air. Dalam manual pertandingan yang dikeluarkan Malaysian […]

Yusri Che Lah Mahu Manfaatkan Tempoh 7 Minggu Sebaik Mungkin

Pengendali Perak, Yusri Che Lah mahu memanfaatkan tempoh rehat 7 minggu sebaik mungkin setelah aksi berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) ditunda pada Sabtu. Perak turun ke gelanggang sendiri setelah mencatatkan 3 kekalahan berturut-turut bagi saingan liga dan dijadualkan menentang jaguh dari selatan tanah air, JDT di Ipoh. Ketika permainan baru memasuki minit ketiga, pengadil terpaksa […]

Liga Super: Aksi Perak-JDT Ditunda

Perlawanan Liga Super melibatkan Perak menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Sabtu terpaksa ditunda. Setelah mencatat kemenangan tiga kali berturut-turut ke atas Kedah, JDT hadir dengan momentum positif untuk berdepan Perak yang tewas dalam tiga aksi terakhir liga. Kesebelasan utama JDT diketuai oleh pemain kebangsaan, Matt Davies di benteng pertahanan manakala Perak turun tanpa Lee […]

3 Tonggak JDT Cetus Kerisauan Buat Yusri Che Lah

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah sedar akan kemenjadian prestasi tiga tonggak utama Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang perlawanan Liga Super di antara Perak dan JDT malam ini (17 Ogos). Tiga tonggak yang dimaksudkan Yusri adalah Juan Muniz, Bergson da Silva dan pemain sayap lincah, Oscar Arribas. Bagi Yusri, ketiga-tiga pemain ini sangat merbahaya dan […]